Jan 25, 2012

5 Blog Fotografi Mesti Baca

Sedar tak sedar dah setahun lebih saya meminati bidang fotografi dengan menggunakan Nikon D3100. Sekadar minat, mahirnya belum lagi. Minat bidang fotografi ni mula timbul semasa saya kerja kat KL dulu, dalam tahun 2008 hingga 2010. Masih lagi ditahap belajar. Tapi belajar daripada bacaan jelah buat masa ni. Kata orang belajar sendiri ni lambat sikit nak mahir berbanding berguru dengan fotografer yang berpengalaman. Belajar daripada guru pun secara tak berapa formal semasa Outing Fotoshoot di Batu Caves tahun 2010 dulu.

Untuk hari ini saya nak kongsi 5 blog fotografi kegemaran saya yang selalu saya jadikan sebagai rujukan dalam bidang fotografi. Kelima-lima blog ni bukan sekadar mengajar teknik-teknik fotografi, malah turut memberikan beberapa tips dan panduan dalam memilih kamera mahupun lens yang sesuai dengan keadaan. Kalau korang minat fotografi, kelima-lima blog ni boleh dimasukkan dalam list blog fotografi korang.

Blog Ijam

Ijam 5 Blog Fotografi Mesti Baca

Kalau nak tahu, bro Ijam nilah guru Outing Fotoshoot di Batu Caves dulu. Ijam atau nama sebenarnya Noorizam selalu buat outing photoshoot secara percuma dengan menggunakan jenama UFO dan lokasinya hampir merangkumi seluruh semenanjung Malaysia (ke dah sampai Sabah Sarawak?). Ijam banyak bagi tips basic untuk fotografi sesuai dengan header blog beliau yang cukup simple. Katanya, basic fotografi adalah paling penting untuk mendapatkan gambar hasil yang baik. Sangat rugi kalau beli kamera dan lens mahal tapi asas fotografi pun tak master lagi. Asas fotografi yang dimaksudkan ialah Aperture, Shutter Speed dan ISO. Tanyalah mana-mana fotografer pun, inilah asasnya yang paling penting untuk belajar dulu. Baca Seterusnya »

Jan 20, 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee Selamat Diijabkabul

Personaliti TV3, Ally Iskandar telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya, Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi dengan dua kali lafaz. Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee dilangsungkan dalam pakaian pengantin serba putih dengan mas kahwin sebanyak RM250.

Menariknya, masing-masing menghadiahkan gajet pilihan masa kini sebagai hantaran iaitu sebuah iPhone daripada pihak Farah Lee, manakala pihak Ally Iskandar pula menghadiahkan sebuah Mac Book Pro selain daripada sebuah rumah.

gambar perkahwinan ally iskandar dan farah lee Ally Iskandar dan Farah Lee Selamat Diijabkabul Baca Seterusnya »

Jan 16, 2012

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

pengalamankenadendadisekolah Pengalaman Kena Denda di Sekolah Pengalaman kena denda di sekolah selalunya menjadi kenangan manis sesiapa saja yang pernah bersekolah. Orang tak sekolah tak dapat pengalaman kena denda ni hehe. Imbas balik pengalaman sekolah dulu memang ada pengalaman kena denda. Dulu saya ni antara student yang baik (kawan yang cakap, bukan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah ). Tak banyak buat hal kat sekolah. Cuma sekali dua je. Itu yang boleh ingat dengan jelas sampai ke sekarang ni.

Seingat saya cuma ada dua je pengalaman kena denda di sekolah yang betul-betul beri kesan kepada diri saya. Sekali di sekolah rendah masa Darjah 5, sekali lagi di sekolah menengah masa Tingkatan 2. Denda masa Darjah 5 ni bukan sebab nakal, tapi sebab banyak salah jawab kuiz Matematik. Denda masa Tingkatan 2 barulah disebabkan kenakalan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah

Masa sekolah rendah dulu skema sikit. Tak pandai lagi nak nakal-nakal. Jadi pengalaman kena denda sebab nakal rasanya tak ada. Yang ada pun disebabkan salah jawab soalan. Alkisahnya, cikgu Matematik yang mengajar saya masa Darjah 5 dulu suka buat kuiz. Lambat atau salah jawab akan kena denda. Dulu saya lembap sangat Matematik ni. Kira pun lambat. Tak pernah suka dengan Matematik. Yang jadi pelajar tetap kena denda, sayalah. Cikgu Zul cuma ada dua jenis je cara denda dia. Pertama, ketuk ruas jari dengan pembaris kayu. Bukan tapak tangan, itu tak cukup sakit. Ini ruas jari dari arah belakang tangan. Sakitnya jangan cakap. Tengah menaip ni pun boleh terasa. Satu soalan salah, dua kali kena ketuk. Kalau sepuluh soalan salah, alamatnya tak menulislah hari tu. Tangan terketar-ketar tahan sakit.

Baca Seterusnya »

Jan 15, 2012

Lee Chong Wei Juara Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2012

chongwei new Lee Chong Wei Juara Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2012 Cuma 36 minit masa yang diperlukan oleh Dato’ Lee Chong Wei untuk menjuarai Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menewaskan Kenichi Tago dari Jepun. Ini menjadikan kemenangan beliau yang ke-11 berturut-turut dalam 11 pertemuan antara mereka berdua.

Lee Chong Wei membawa pulang hadiah wang sebanyak USD 30,000 menjadikan wang kemenangan yang diperolehi beliau dalam dua perlawanan awal 2012 ini berjumlah USD 105,000 (RM 328,964.99 pada ketika entri ini ditulis) dalam masa hanya dua minggu!

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei. Alangkah ruginya tak dapat menyaksikan perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 petang tadi.

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

18 comments
15 comments
10 comments
10 comments
9 comments
7 comments
6 comments
5 comments
5 comments
5 comments

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks