Aug 23, 2010

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah

  • Share
  • Share

solattidakditerimaallah 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah

Solat itu adalah tiang agama, perumpamaan yang disamakan dengan tiang seri sesebuah rumah. Jika tiada tiang seri maka tidaklah lengkap rumah itu dengan tidak memiliki bumbung.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa terdapat 10 orang solatnya yang tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi  tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba’.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh daripada Allah.”

Hassan r.a berkata : “Jika solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Semoga kita mengambil berat dengan amalan solat kita seharian.

pixel 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah

10 Comments

  • ashud: kalau tak pakai tudung mana boleh solat, kan syarat sah solat tu bg pompuan hehe.

    jgn kerana org yg bertudung tp x solat kita jadikan perbandingan. yg penting satu suruhan Allah kita dah buat (pakai tudung) walaupun dia tak solat. itu lebih baik drp org yg tak bertudung + tak solat

    [Reply]

  • org pmpn yg megerjakan solat tanpa memakai tudung????adoiyt…terasa seyhh..tp budak2 umah kite sume pakai tudung tapi tak solat pon..hurmm…

    [Reply]

    zara Reply:

    tu laaa. tp memakai tudung??
    atau menutup aurat sebenarnya??
    yg mane 1 nie?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    mungkin ada dua maksud; sama ada perempuan yg free hair bila keluar rumah tapi dalam masa sama dia tunaikan solat ataupun tudung tu simbolik kepada aurat yg maksudnya tunaikan solat tanpa menjaga aurat

    [Reply]

  • Solat itu tiang agama, yeah!
    Moga solat kita semua diterima oleh-NYA, amin :)

    [Reply]

  • amin…

    [Reply]

  • Semoga solat kita diterima oleh Allah, amin~~
    Hamli´s last [type] ..Aku cinta Allah

    [Reply]

  • berusahalah supaya diterima :)

    [Reply]

  • emmm..mcm takot jer kot2 tak diterima ;-(

    [Reply]

  • 10 Jenis Solat Tidak Diterima Allah | Amirez {dot} com…

    Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks