
Seronok sambut raya Cina baru² ni? Walaupun kau Melayu, perayaan diorang kita juga yang tumpang senang. Sebab kita berkongsi cuti yang sama haha. Diorang bakar mercun, kita pun nak bakar mercun. Yang masuk hospital putus tangan, orang Melayu.
Seminggu sebelum cuti hari tu, 2, 3 hari juga merasa limau Mandarin pemberian tulus ikhlas daripada sorang kawan rapat ofis berbangsa Cina. Memang sedap limau Mandarin tu. Tapi bila aku tengok gambar kat bawah ni rasa macam ada benda gerak² pulak dalam perut. Hati² wei, mungkin dalam limau Mandarin kau ada sejenis cacing macam kat bawah ni.
Tapi yang ini mungkin di China. Cacing tu pulak belum lagi diketahui memudaratkan kesihatan manusia. Patutlah sedap semacam je limau yang aku makan hahaha.
Fuh! Semalam perjalanan yang seronok bagi aku dari Kelantan ke KL selama 7 jam walaupun sesak di Raub, Bentong dan sepanjang highway ke tol Gombak. Seronoknya sebab pakcik polis dengan orang PLUS buka laluan tambahan kepada pemandu yang menuju ke KL. Walaupun jaraknya tak jauh mana, sekurang²nya melancarkan perjalanan. Terima kasih diucapkan kepada pakcik² polis yang tak makan rasuah dan anggota PLUS yang sanggup pecahkan divider highway untuk buka satu lane lagi. Jadinya kat highway tu cuma ada 1 lane dari arah bertentangan. Aku tak ingat kat kawasan mana. Sebelum Genting Sempah rasanya.
Bukan nak cerita pasal perjalanan aku semalam yang sesak tu. Ini aku mahu cerita atau sebenarnya untuk bawa kita sama² berfikir sejenak…berkenaan dengan blog. Aku yakin ramai sudah yang tau apa itu blog, lagi² yang tengah baca apa yang aku tulis ni. Tapi ada jugak yang masih lagi keliru antara blog dengan forum. Isk isk. Aku pernah jumpa orang macam ni. Takpe, bukan salah ibu mengandung.
Baca lagi…
Hari ni badan rasa penat, otak pun sama penat. Mungkin kerana semalam sehari suntuk appointment dengan klien, dari Putrajaya Presint 16 ke 11, kemudian ke Presint 14. Selesai di Presint 14 terus ke Rawang pukul 1:30 tengah hari, waktu yang pasti akan sesak di Pandan Indah. Pukul 5 petang baru sempat pijak ofis.
1:10 petang, waktu rehat. Aku keluar ofis untuk lunch. Nak masuk kereta, ternampak sekeping kertas terselit pada wiper kiri. Kertas itu aku ambil dengan cepatnya, sebab aku tahu dari awal² lagi ia adalah surat yang sama dikirimkan. Ia adalah surat cinta yang ke-7 aku terima dalam 3 bulan ini. Haih, rimas jugak dibuatnya.
Baca lagi…
Tidak aku dapat berdiam diri bila melihatkan penduduk Palestin di Gaza diperang, dibunuh, didera dengan tentera laknatullah Israel. Banyak blog WordPress mahupun Blogspot seminggu dua ini menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang dilakukan tentera Israel di Gaza. Andai aku terus leka dengan entri² syok sendiri, pasti aku dianggap tidak mempunyai belas dan sensitiviti terhadap saudara Islam di sana…walaupun jauh di lubuk hati menangis menatap wajah mereka di kaca televisyen.
Lama sudah aku pendamkan untuk menulis entri ini. Tapi aku tidak tahu apa dan bagaimana hendak aku suarakan. Jadi aku sertakan beberapa pautan kepada blogger² yang kukira menarik dan patut dibaca.
Statistik semalam jumlah manusia yang mengundi Palestin mahupun laknatullah Israel. Aku terkilan, ada segelintir manusia berbumi Malaysia yang mengundi Israel.
Undi Palestin, jika kau kasihankan saudara kita di sana. Walaupun ini kufikir tidak mendatangkan apa² kesan mahupun menghidupkan kembali rakyat Palestin yang telah syahid, sekurang²nya kau menunjukkan sedikit protes terhadap Israel. Undi sekarang!
Sebelum jemari aku pantas menaip mengikut arahan fikiran, aku ingin menegaskan entri ini bukan untuk menjatuhkan mana² pihak terutamanya orang Kelantan. Sekadar meluahkan apa yang terlihat pandangan mata sendiri.
Usai menonton tayangan Budak Kelantan di skrin Acer AL1717 19″ semalam buatkan aku terfikir, bagaimana kalau aku ini seorang perempuan? Pasti aku akan ketakutan setiap hari. Takut akan manusia bergelar lelaki. Lelaki ini sungguh bahaya, merosakkan si dara. Kalau dibiarkan ketakutan membelenggu diri, tidak akan menikah sampai ke mati.
Nampaknya Wan Azli berjaya buat aku kagum dengan filem sulungnya. Walaupun jelas tampak tidak mengikut aliran filem² tempatan yang lain, ataupun dikatakan tidak mengikut musim filem, Budak Kelantan bagi aku amat berjaya. Penggambaran seperti benar² berlaku di depan mata. Dialognya betul² Kelantan walaupun ada sedikit seperti bahasa Kelantan disusun dalam ayat KL. Perilaku Kelantannya hidup. Betullah, Budak Kelantan memang gedebe.
Baca lagi…
Recent Comments