Browsing articles from "March, 2009"
Uncategorized
Mar 26, 2009

Penyakit Kepada Blogger

Dah seminggu tak update blog ni selain entri kontot 2 hari lepas. Bagi yang selalu ikut perkembangan entri di blog yang makin jauh menyimpang dari landasan asal ni mesti tau ke mana aku pergi selama seminggu lepas.

Dalam awal seminggu lepas, ada cerita pendek yang nak aku kongsikan dengan korang. Nantilah aku cerita lepas aku ‘bercuti’ dari blogging 5 hari start Jumaat ni. Kena pergi Johor pulak untuk 3 hari kat Kukup Golf Resort, Pontian. Habis kat sana terus ke Dahimah Guess House pulok di Gannu Kite untuk 2 hari. Berjalan je koje. Kata bos dah beli Serena sebijik, second-hand je tapi ok lagi. Oraitlah kalau Serena. Takkan nak bawak Vanette buruk pergi Johor. Sampai kat Pontian tengok² ekzos tertinggal kat tol Sungai Besi haha. Naza Ria silver masuk workshop kena tukar enjin. Habis RM 15k dengar kata, gile ah ding dong. Naza Ria hitam buat masa ni masih dalam kondisi yang baik, cuma banyak anak lipas merayau².

Owh, menyimpang pulak aku. Ok. Balik dari Putrajaya Khamis lepas aku terus balik kampung kat Kelantan naik bas Transnational. Berpusing² otak aku, punya laju driver tu bawak. Bertolak pukul 9:30 malam dari Greenwood, pukul 4:30 pagi dah sampai Machang. Machang ke Ketereh pulak taklah jauh, dekat jah lebih kurang 15 minit kalau takde kereta menyesakkan jalan. Sampai rumah dalam pukul 5 pagi, terus tidur kat sofa ruang tamu. Uiks, menyimpang lagi. Ok mari kita ke topik sebetulnya.

Baca Seterusnya »

Mar 24, 2009

Special Birthday & Happy Anniversary

Tak pandai nak berbahasa jiwa bangsa mengungkapkan kata² pujangga. Biarlah ringkas, asalkan si dia memahami dengan penuh dalam.

Hari ini genap si dia berusia 24 tahun. Selamat hari ulang tahun kelahiran buat dinda. Kanda doakan dinda sentiasa ceria dan menjadi isteri kanda yang mithali nanti, insyaAllah. Chee wah. Berkanda² dinda pula eheh.

Hari ni jugak hari ulang tahun perkenalan kami. 46 bulan sebenarnya, belum cukup 4 tahun. Tapi takpelah. Nak sebut anniversary jugak. Happy anniversary buat dinda.

Maaflah, tak pandai nak berjiwang. Bak kata orang, biar tak pandai berjiwang di luar, asalkan romantik di dalam.

ps: seminggu tak jamah Internet, kering idea habis

Mar 14, 2009

Cerai Bukan Penyelesaian

Sebelum aku bergerak ke Kedah mungkin pada malam ni, ingin aku kongsikan sedikit pendapat mengenai satu kes rumah tangga yang aku dengar melalui radio Hotfm.

Dulu aku peminat radio Era. Tapi sekarang telinga aku lebih selesa mendengar radio Hotfm. Dalam radio Hotfm selalu juga diulang satu panggilan daripada pendengar yang memberikan pendapatnya berkenaan dengan satu krisis rumah tangga yang berbunyi begini:

Si isteri membuat pengakuan yang dia pernah bekerja sebagai GRO sebelum mereka bernikah. Si suami pula tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya dahulu merupakan seorang GRO.

Jadi, Faizal Ismail atau FBI dengan Fara Fauzana atau Fafau membuka talian kepada pendengar untuk berikan pendapat. Adalah satu panggilan ni daripada seorang perempuan. Pendapatnya, maafkan si isteri dan lepaskannya, sebab status bekas GRO itu akan menjadi filem yang selalu bermain di depan si suami, tak mustahil bila mereka bertelingkah hal tersebut akan diungkit.

Aku tidak dapat terima pendapat akak tersebut. Bagi aku agak negatif pandangannya. Dia lebih memikirkan tentang akibat pertelingkahan suami isteri, bukan nak fikirkan bagaimana untuk elakkan pertelingkahan. Prevention is better than cure. Bukankah itu lebih baik? Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Jadi ini pendapat aku secara peribadi.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Mar 12, 2009

Kubur Seksi

Lama tak update (erk..lama ke?). Sekarang ni aku dalam mode membusykan diri. Selain kerja² peribadi, aku kena prepare untuk ke Kedah pada Ahad ni selama 3 hari di Pendang Lake Resort. Selesai di Kedah terus ke Putrajaya pula selama 3 hari lagi. Fuh, penat tu. Tapi kepenatan itu akan hilang bila aku mula naik bas balik ke kampung pada malam 19hb nanti atas urusan…adalah…hehe.

Sedang aku nak siapkan front page untuk modul² baru syarikat, terjumpa gambar² menarik ni hehe. Mungkin banyak lagi. Cuba search di Google Images dengan keyword “kubur”. Mesti ada punyalah haha. Ada lagi gambar² kat bawah.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks