close button

Transformers: Revenge of the Fallen Mengujakan

Akhirnya tertunai juga hajat nak menonton Transformers: Revenge of the Fallen kat panggung wayang. Tak dapat kat GSC 1 Utama, GSC Selayang Mall pun jadilah. Kata Leh diorang dah tukar sound system baru. Kalau still macam dulu, rasa longlai sikit nak menonton kat sana. Bila dengar semalam, bergegar juga satu badan. Mantop!!

Ad-hoc punya plan nak tengok Transformers, dapat tiket midnight. Ingat pukul 11 malam, sekali pukul 12:20 pagi haha. Layankan je walaupun mata dah mengantuk sejak pukul 11 lagi.

Berbeza dengan filem sebelum ni, Transformers 2 ni 90% aksi dan kurang lawak berbanding dulu 60% aksi dan lebih banyak dialog lucu. Memang tak berkelip mata bila tengok Autobots dengan Decepticons berlawan sepanjang masa. Boleh dikatakan takde masa nak keliplah haha. Aku paling suka part Optimus dan Bumble Bee melutut lawan. Nampak hebat dan gagah. Lagi satu, aksi diorang lebih realistik berbanding sebelumnya, rasa macam diorang ni betul² wujud di alam nyata. Kalau betullah wujud, aku nak Bumble Bee eheh. Boleh jalan² dengan Chevy Camaro. Sungguh bergaya!!

Sinopsis pendek

Baca lagi…

GSC Full!!

Hari ni cubaan kali ke 9 aku menerjah ke laman web Golden Screen Cinema untuk booking 4 keping tiket Transformers: Revenge of the Fallen tapi gagal lagi. Aku rasa ramai yang berebut² nak booking tiket cerita robot yang superb hebat ni sampaikan laman web GSC diserbu hingga server down. Ataupun peminat Terminator Salvation masih lagi ramai belum menonton di panggung wayang. Pendek kata, seminggu dua ni bertimbun² movie best dari barat. Sampaikan aku rasa movie tempatan karam di negara sendiri.

gscfull GSC Full!!

Haih, bila la dapat tengok Transformers kat panggung sementara tengah panas neh. Rugi pula tak terus book tiket 2 hari lepas kebetulan dapat cuti hari Isnin.

Aku ingat lagi 2 minggu lepas pada hari Sabtu malam. Berempat masa tu nak pergi tengok Terminator Salvation kat GSC 1 Utama. Manusia punyalah ramai beratur dekat kaunter tiket GSC. Sangap sangat, aku dengan Arip beratur. Sebenarnya aku taklah minat sangat terminator ni, saja layan angin si Arip eheh. Tak minat pun tapi kalau tengok ramai² mesti rasa best, lagi² kat panggung wayang.

Baca lagi…

Happy 4th Anniversary

  • 1 Mushroom Soup
  • 2 Bun
  • 1 Slice Cheese Cake
  • 1 Slice Chocolate Strawberry Cake
  • 2 Ice-blended Chocolate

@ 1 Utama Secret Recipe

My Blog is Back!!

Fuh! Satu pengalaman yang sungguh mentenatkan otak.

Petang semalam tengah sedap² upgrade plugin untuk blog ni tiba² jadi blank lepas refresh. Gelabah tu ada la sikit. Ingat pihak webhosting tengah ada problem. Pastu aku try taip amirez.com kat address bar. Eh, ada pulak! Sah bukan masalah dengan pihak webhosting iaitu NetKL Network. Gelabah mula melanda jiwa raga.

Gelabah² pun kerja mesti dibereskan. Dapat tugas adhoc burn 107 keping CD untuk diserahkan kepada client. 107 keping tu bro! Kalau 10 tak heran. Kerja mem’burn’ dimulakan guna dua PC dengan satu laptop. Start dari pukul 5:15 petang, selesai pukul 8:13 malam. Rasa macam kilang cetak rompak la pulak eheh.

Balik rumah try access blog ni sekali lagi. BLANK!! Apa ke heynye?? Puas check dengan FTP, tak selesai² jugak. Aku tidur, bangun pagi godek² lagi kat ofis. Tapi lepas siap kerja la eheh.

Tanya pakcik Google kenapa jadi macam ni. Pakcik Google kata mungkin plugin ada yang tak compatible lagi dengan WordPress 2.8. Baru teringat pasal plugin² baru yang aku upgrade semalam. Cubaan satu per satu plugin aku delete dengan menggunakan FTP. Akhirnya, blog aku kembali hoho. Rupanya plugin wp-useronline buat hal.

Rasa macam baru setup blog pulak. Sebab tu aku dengan segera menyalin kulit blog ini dengan satu theme yang aku jumpa minggu lepas. Proses godek menggodek kod php dilakukan sejak petang semalam. Jadi inilah hasilnya serba sedikit. Kalau kamu mendapati ada ralat, sila beritahu aku dengan segera ye.

Ok. Kerja ofis dah selesai. Dah nak habis waktu kerja. Sat lagi nak pergi lepas gian main badminton. Empat bulan juga tak main. Badan dah sengal² dah. Patutlah tak berapa sihat, jarang bersukan rupanya. Mulai esok aku away selama 3 hari. InsyaAllah hari Isnin akan ada post baru. Jumpa lagi.

Serendah Padi Berisi

Serendah Padi Berisi

Ikutlah resmi padi; makin berisi makin tunduk.

Aku masih ingat lagi arwah abah pernah terangkan maksud ungkapan di atas. Tapi waktu itu aku masih hingusan, darjah 5 rasanya. Cikgu berikan perkataan ‘resmi’ untuk dicari maknanya. Lalu aku bertanya abah. Arwah abah jelaskan kepadaku hinggalah aku betul² faham akan perbezaan antara perkataan ‘resmi’ dan ‘rasmi’. Kisah lama.

Ungkapan resmi padi tersebut diwujudkan atas tujuan supaya orang yang makin berilmu akan lebih merendah diri. Ramai juga yang aku jumpa bersikap begitu. Baguslah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berfikir.

Ada orang yang mempunyai ilmu akan sesuatu, tapi tidak disedari orang lain. Orang itu sedia untuk membantu tapi tidak ingin dikatakan seperti ingin menunjuk². Pengetahuannya disembunyikan kerana sifat merendah diri seperti yang diungkapkan si padi. Dia memilih untuk diam hingga diminta pertolongannya. Itupun jika diminta. Kalau tak?

Diam tidak bererti bisu. Diam tidak bermaksud sombong. Diam bukan bermakna tidak tahu. Tapi diam kerana berfikir.

Jadi persoalan di sini, apakah cara terbaik untuk menunjukkan kelebihan diri tanpa dianggap sebagai menunjuk² atau berlagak pandai? Mari kita berkongsi dan berbincang.