Browsing articles from "June, 2009"
Uncategorized
Jun 17, 2009

Serendah Padi Berisi

padi2 Serendah Padi Berisi

Ikutlah resmi padi; makin berisi makin tunduk.

Aku masih ingat lagi arwah abah pernah terangkan maksud ungkapan di atas. Tapi waktu itu aku masih hingusan, darjah 5 rasanya. Cikgu berikan perkataan ‘resmi’ untuk dicari maknanya. Lalu aku bertanya abah. Arwah abah jelaskan kepadaku hinggalah aku betul² faham akan perbezaan antara perkataan ‘resmi’ dan ‘rasmi’. Kisah lama.

Ungkapan resmi padi tersebut diwujudkan atas tujuan supaya orang yang makin berilmu akan lebih merendah diri. Ramai juga yang aku jumpa bersikap begitu. Baguslah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berfikir.

Ada orang yang mempunyai ilmu akan sesuatu, tapi tidak disedari orang lain. Orang itu sedia untuk membantu tapi tidak ingin dikatakan seperti ingin menunjuk². Pengetahuannya disembunyikan kerana sifat merendah diri seperti yang diungkapkan si padi. Dia memilih untuk diam hingga diminta pertolongannya. Itupun jika diminta. Kalau tak?

Diam tidak bererti bisu. Diam tidak bermaksud sombong. Diam bukan bermakna tidak tahu. Tapi diam kerana berfikir.

Jadi persoalan di sini, apakah cara terbaik untuk menunjukkan kelebihan diri tanpa dianggap sebagai menunjuk² atau berlagak pandai? Mari kita berkongsi dan berbincang.

Uncategorized
Jun 9, 2009

Kenapa Internet Aku Laju?

Dalam dua hari ni aku rasa sangat gembira suka hati dengan kelajuan Internet HSDPA sumber daripada syarikat telekomunikasi yang pernah ‘mencuri’ kredit aku berbulan² dahulu tanpa aku menggunakannya, Maxis Mobile Services Sdn Bhd. Hinggakan aku berpaling arah kepada Celcom Postpaid Executive 50 dengan mengekalkan nombor lama. Siapa² yang pernah SMS atau call aku tapi terasa cepat habis kredit, inilah jawapannya haha.

Tapi Maxis memang bijak. Dia ‘bayar’ balik ‘kekecewaan’ aku dulu dengan kelajuan Internet jalur lebar yang superb setakat pernah aku guna iaitu mencecah 200Kbps. Setakat aku menggunakan Streamyx hampir 3 tahun, jangankan 200Kbps, 50Kbps pun tak pernah cecah dengan pakej 512Kbps. Well, logiklah. Maxis Broadband berkelajuan 3.2Mbps. Jadi aku akan dapat sekitar 7% daripada yang dibekalkan, itupun kalau bernasib baik. Sama juga dengan Streamyx. Kat ofis guna Streamyx berkelajuan 1Mbps. Jadi aku akan dapat download rate sekitar 70Kbps maksimum. Pernah juga dapat sekitar 100Kbps tapi cuma sementara. Lepas tu terus putus Internet.

Kalau dikira dari segi harga, mana lebih untung? Semua pandai mengira sekarang. Jadi aku biarkan soalan itu tergantung tidak bertali eheh. Bukan tujuan asal entri ini ditulis.

Aku pelik, kenapa sebelum ni Maxis Broadband agak kedekut nak bagi aku gembira dengan download berkelajuan tinggi tapi akhir² ni laju semacam pula? Buktinya seperti screenshot kat bawah:

26237150 Kenapa Internet Aku Laju?

Daripada screenshot di atas, meh aku olahkan sikit.

Baca Seterusnya »

Jun 7, 2009

Masuk Pusat Pemantapan Akidah

p6030200 Masuk Pusat Pemantapan Akidah

Lama juga aku tak update. Ke mana aku menghilang? Siapa² yang add aku kat facebook mesti tahu ke mana aku pergi seminggu lepas. Kat twitter pun aku ada bagitau. Bagi yang tak tahu, baca sekali lagi tajuk di atas. Aku masuk Pusat Pemantapan Akidah JAKIM di Jelebu, Negeri Sembilan baru² ni.

Hoho, jangan melopong. Bukan kerana aku bermasalah akidah. Aku ke sana atas urusan kerja, kerjasama dengan pihak JAKIM untuk Program Pemantapan Akidah & Bina Taqwa bagi peserta dari IJED, jurutera² tentera dari Port Dickson. Selesai tugas kat Trolak, Perak terus ke Jelebu esoknya selama empat hari. Kasihan kucing kat rumah takde orang nak jaga seminggu huhu.

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman kat sana. Sikit je. Kalau banyak² nanti boring pula.

Kat sana aku paling suka ke kantin. Makanan yang disediakan sangatlah lazat. Hari pertama makan tambah juga, tapi bila fikir perut dah naik sejak di Perak lagi bahana makan sampai tiga pinggan, aku control sikit makan. Takut boroi pula nanti haha. Beringat sebelum boroi.

Tapi ada satu lagi daya tarikan kat kantin tu, dua ekor kucing anak-beranak. Rasanya kucing tu penghuni tetap kat kantin tu agaknya. Uniknya si ibu kucing, dia ada 6 jari kaki. Sebelum ni aku pernah jumpa kaki kucing sampai 5 jari. Si ibu ni memang unik. Bersih pula tu. Aku dengan Hassan memang tak pernah lepas lawat diorang bila ke kantin.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks