close button

Setem USD4 Juta Jadi Rebutan

Review Filem Setem Khabir Bahtia*Kenapa lak si Leh ni pejam mata haha

Semalam, kami yakni empat orang bujang menghabiskan masa ke GSC 1 Utama untuk menonton filem Setem arahan Khabir Bhatia pada pukul 11:20 malam. Asalnya bos pun nak ikut juga tapi tak jadi bila isteri dan anak dia pun nak ikut sama haha. Kasihan orang yang dah berkahwin. Malam semalam hanya untuk orang bujang saja haha.

Aku, Azam dengan Leh kena bergerak awal nak ambik tiket yang aku tempah secara online petang semalam. Risau kalau² terlambat, nanti tiket tu dijual kepada orang lain kalau lewat dalam masa 45 minit sebelum tayangan bermula. Bila sampai ke kaunter, tak penuh pun GSC semalam. Lengang. Seat pun banyak yang kosong. Patutlah senang je nak book online. Kalau tak, jadi macam filem Transformers 2 dulu.

Ada 45 minit lagi sebelum Setem bermula. Nak buang masa pergi karaoke jap layan nasyid haha. Kiri kanan orang duk melalak lagu jiwang, kitorang tibai lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada UNIC. Sempat juga Azam berzikir dalam bilik kecik tu sampaikan bilik kiri dan kanan senyap seketika haha. Bagus betul Azam ni. Tak bestnya microphone kitorang tak berapa function. Suara aku tak dengar sangat biarpun dah keluar anak tekak. Suara Leh takpelah, suara dari perut. Tak pakai mic pun boleh dengar lagi.

Kitorang terlewat sikit masuk panggung sebab tunggu Hassan dengan kawan dia datang. Seminit pertama tayangan tak sempat nak tengok. Tapi boleh fahamlah juga intronya sebab dah baca sinopsis awal². Memalukan bila tempat yang kitorang duduk tu salah nombor haha.

Panggung tak ramai pun. Mungkin sebab weekday, mungkin juga sebab dah agak lewat malam. Tapi suasana masih lagi hingar dengan lawak² Afdlin dan Sathia. Pendek kata, filem ni memang menyeronokkan. Tak hangus begitu saja RM9 semalam.

Aku sangat tertarik dengan filem Setem ni sebab sinematografiknya sangat cantik, dengan angle yang menarik. Boleh rasa kelainannya dengan filem² tempatan yang lain. Nampaknya Khabir study macam mana nak buatkan sesuatu filem itu menarik seperti menonton filem² Hollywood dan Bollywood. Tengok trailer je pun dah mengujakan, apatah lagi filemnya ye tak?

Contohnya scene di mana Mani keluar penjara, sekali tengok memang seperti filem Hindustan. Dengan gaya jalannya, misai tebalnya, muzik latar belakangnya, best. Intro cerita pun best, ala² filem penyiasatan Hollywood. Belum pernah lagi aku menonton filem tempatan lain sebegini.

Baca lagi…

Cara Senang Nak Jadi Ustaz

Ada juga line Internet malam ni. Pada ketika ini aku berada di Glory Beach Resort kat Port Dickson. Menginap di bilik (atau apartment) kelas bisnes yang setahu aku berharga RM270 satu malam pada hari bekerja. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu dapur dan ruang tamu. Cukup selesa untuk satu keluarga. Aku kat sini selama 3 hari 2 malam dengan rakan-rakan sekerja. Terima kasih kepada pihak Felcra yang menanggung kos penginapan kami termasuk makan eheh. Mana mampu nak bayar sendiri oii. Baik kumpul duit untuk kawen eheh.

Ok. Berbalik kepada tajuk kita hari ini. Hari ini aku nak berikan beberapa cara untuk kamu yang ingin mendapat gelaran Ustaz dengan senang. Tak perlu belajar ilmu agama bertahun-tahun untuk jadi Ustaz jika ikut salah satu cara yang aku bagitau ni. Cukup senang, lagi-lagi kamu yang menetap di bumi Malaysia. Caranya adalah:

Baca lagi…

Nokia 5320 XpressMusic Dalam Genggaman

Aku tak percaya sangat cepat keputusan dibuat untuk beli Nokia 5320 XpressMusic ni kat Plaza Idaman tadi. Niat asal cuma sekadar nak survey. Bila dah sampai kedai yang dikatakan jual handphone dengan harga lebih murah daripada kedai lain tu, terus ke mesin ATM dalam 7-Eleven cucuk duit haha. Beli dengan duit elaun yang baru dapat 16hb lepas. Kepala pun masa tu entah kenapa macam tak berapa betul je. Hanyut semacam. Maybe sebab dilema yang aku alami sekarang agaknya.

Masuk dalam kereta, terus aku call si dia nak cuba try test handphone baru ni. Bukan main happy aku cerita kat dia beli handphone baru dengan 2Gb memory card menggantikan handphone Sony Ericsson K701i yang rosak sebab masuk air Sabtu lepas huhu. Tengah syok mengeksen, si dia mencelah. Dia kata macam sama dengan dia punya je. Check kotak, memang sama model. Katanya lagi, setahun dah pun keluar model tu. Chais. Ingat paling baru di pasaran bagi kategori XpressMusic. Memang buta handphone aku ni. Patutlah sebelum sampai Plaza Idaman rasa macam nak beli yang sama dengan si dia punya je. Yang herannya masa duk belek² kat kedai tadi tak terlintas pula rasa sama. Gelak sakan si dia. Malulah juga eheh. Takpe. Sama tandanya sejiwa hehe.

Alkisah si Sony aku tu…

Baca lagi…

Kereta Parking Kurang Ajaran

Kereta Parking Merata-rata

Ini kisah sebuah kereta yang parking tanpa menghiraukan orang lain. Ops, bukan salah si kereta, salah si pemandunya yang hanya memikirkan diri sendiri. Kisah ini berlaku petang semalam sekitar 5:30 petang ketika aku hendak ke suatu tempat dengan segera selepas habis waktu kerja.

Amalan mem’block’ kereta lain di area tempat aku kerja sudah menjadi satu kebiasaan. Sejak wujudnya sebuah bank dengan penuh gah di sini, makin banyak kereta parking di kawasan line kuning. Itu belum dikira kereta yang block di belakang kereta orang lain. Kalau sekejap tak menjadi masalah. Ini makan masa sampai setengah jam, apa kes? Pernah terjadi kepada kereta bos aku sendiri yang waktu itu dia ingin segera ke suatu tempat untuk meeting. Tak pasal² lambat jumpa klien gara² kereta dihalang dari belakang. Pulak tu, tuan empunya kereta pergi minum di gerai mamak.

Tapi petang semalam sebijik kereta Myvi hijau daun pisang ni menghalang kereta aku dari sebelah tepi dengan penuh bangganya. Ini kali pertama aku jumpa seorang pemandu yang sangat ‘berhemah’ begini. Lihat gambar di atas, itulah kereta beliau. Paling tak tahan, dia boleh selit kupon parking kat wiper. Apa ingat tak kena saman Majlis Perbandaran ke parking macam tu walaupun ada kupon parking? Hahaha memang aneh orang ini.

Baca lagi…

Ghost Finale – Awek Gannu Mabuk Minum Arak

Baru saja habis tengok drama Ghost 2 tadi. Tapi agak kecewa, ending kurang menarik. Ops, bukan jalan cerita yang aku maksudkan. Dari segi story board best juga, cuma nampak sedikit slack dalam lakonan. Kurang hebat berbanding sebelum ni. Betullah kata PakciQue, nampak makin mengarut pula dekat² nak habis cerita. Anyway, good drama by 8TV.

Beberapa persoalan terjawab. Antaranya, Inspektor Mazdin boleh nampak Harum dan Zack disebabkan hantu Ramlan rasuk tubuh badan abangnya, Mazdin. Logik jugalah kan, hantu mesti boleh nampak sesama hantu. Nampaknya, hantu Ramlan jugalah yang merasuk tubuh badan Ridzuan sewaktu dia ditangkap Wai (dah ingat nama dah haha).

Tapi persoalan tentang Alam masih tergantung. Siapa Alam yang sebenarnya? Mungkin tak mendatangkan kesan apa² pun kalau dapat tahu identiti sebenar Alam kan? Saja being curious. Nak juga tahu asal-usul orang yang ada kuasa psikik ye tak? Yang pasti Alam sudah mati. Andai ada Season 3 lepas ni, mungkin Alam pun akan jadi hantu. Dan mungkin..dan mungkin bila nanti, kita kan bertemu lagi…haha ternyanyi pula. Mungkin Alam akan jadi hantu yang boleh ramal masa depan. Dalam episod terakhir Season 2 tiba² dia boleh tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya. Eheh, pendapat aku la. Orait juga apa haha. Last² ada bunyi ‘beep’, mungkin Eza memilih untuk hidup setelah dipujuk oleh Zack. Macam ada sambungan je. Tapi di laman 8TV dah letak banner (banner ke??) “Ghost Season Finale”. Takde dah kot sambungan lepas ni? Sedihnya…

Ok. Tamat cerita Ghost. Kita sambung dengan cerita pasal masalah sosial remaja masa kini.

Baca lagi…