Browsing articles from "August, 2009"
Uncategorized
Aug 7, 2009

Nak iPhone 3GS Dengan Percuma?

topbannerilovem Nak iPhone 3GS Dengan Percuma?

Belum lagi sampai 6 jam selepas entri ini saya dah buat keputusan drastik untuk keluarkan satu entri baru tentang sesuatu yang harus anda rebut sepantas yang mungkin. Tak pernah lagi saya post entri baru secepat ini eheh.

Seperti banner di atas, entri ini adalah peluang untuk anda menjadi insan bertuah yang akan mendapat iPhone 3GS dan Western Digital 320GB Hard disk secara percuma daripada Exabytes, sebuah syarikat webhosting terkemuka di Malaysia. Jarang² dapat peluang macam ni tuan-tuan. Cara nak menyertainya pula sangatlah mudah. Tak perlu slogan, tak perlu review dan paling penting tak perlu bayar yuran penyertaan satu sen pun. Hanya isi borang ini dan hantar, itu saja. Tidak ada syarat² yang menyusahkan pun. Apa yang anda perlu ada hanyalah sebuah laman web atau blog. Sebabnya anda dikehendaki untuk memaparkan logo iLoveMalaysia Campaign di website ataupun blog anda seperti di bahagian kanan atas blog saya ni.

Jangan lupa, ketika anda isi form tersebut masukkan alamat email saya iaitu prince.amirez[at]gmail.com sebagai referrer’s email sebagai syarat untuk melengkapkan borang tersebut. Tanpa referrer email, penyertaan anda tidak lengkap. Sila gantikan [at] dengan simbol @. Saya sengaja buat macam tu, tak nak email spam masuk ke inbox saya bertimbun². Saya pembersih orangnya hehe. Rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.

formo Nak iPhone 3GS Dengan Percuma?

Kalau referrer email ni untuk berikan hadiah kepada dua pihak. Contoh, jika orang yang refer pada email anda menang, maka anda pun turut sama mendapat hadiah. Menarik bukan? Jadi takde siapa yang rugi pun. Kalau anda letak email saya sebagai referrer, sekiranya anda menang, saya pun akan dapat hadiah yang sama. Terima kasih hehe.

Setelah anda tekan butang Submit, pihak Exabytes akan menghantar email kepada anda untuk memberi satu link kod logo tersebut. Copy kod yang diberi dan paste di kod laman web atau blog anda selepas kod </html>. Tak faham? Saya akan tunjukkan caranya.

Bagi yang menggunakan blog WordPress, boleh buka file header.php dan kemudian paste kod yang diberi tadi selepas </html>. Ada sesetengah template kod </html> terletak di dalam file footer.php seperti template yang saya guna ni. Sama je. Boleh rujuk gambar di bawah.

footerzoz Nak iPhone 3GS Dengan Percuma?

Save file tersebut dan upload semula ke server. Sama juga dengan pengguna blogger. Pergi ke bahagian dashboard dan klik pada bahagian template setting. Anda boleh paste kod yang diberi tadi pada bahagian HTML.

Lebih banyak penyertaan melalui referrer anda, lebih cerah peluang untuk memenangi iPhone 3GS ni sebabnya pemenang dipilih secara rawak. Kira macam cabut nama dalam botol. Mungkin anda salah seorang pemenangnya nanti. Siapa tahu kan? Tidak semestinya anda memerlukan blog yang popular dengan 1000 orang pelawat sehari untuk menang.

Daftarkan nama anda segera. Mana tahu dengan satu referrer saja anda berpeluang untuk menang. Mungkin tuah anda pada bulan Merdeka 2009 ini. Jangan lupa masukkan prince.amirez[at]gmail.com sebagai referrer anda icon smile Nak iPhone 3GS Dengan Percuma? Penyertaan ini terbuka kepada semua.

Uncategorized
Aug 7, 2009

Hadiah Free Lunch

maxpc Hadiah Free Lunch Hari ni hati riang. Lepas solat Jumaat tadi singgah lunch kat satu kedai makan dengan Hassan. Tengah² memilih lauk tadi Hassan terperasan anak muridnya yang belajar al-Quran dengan dia sedang makan. Hassan menegur anak muridnya itu yang mungkin umurnya sekitar 30 tahun. Kami duduk makan di meja bersebelahan.

Sedang rancak berbual tentang Nokia E71 yang baru dibelinya, pelayan datang ke meja kami lalu berkata, “Makan ni dah ada orang bayar ye, orang tu.” Jari telunjuknya mengarah kepada anak murid Hassan tadi yang belum pun sampai seminit mengucap salam sebelum dia berangkat pergi ke tempat kerja. Rasa beruntung pula berkawan dengan Hassan hehe. Alhamdulillah, free lunch.

Apa kaitan pula free lunch dengan gambar majalah Maximum PC ni? Ha, sebab hati rasa riang ini hari jadi aku nak bagi satu hadiah buat pembaca blog ni. Tak kiralah yang selalu datang ke, yang datang dan pergi ke, yang sekadar baca tapi malu² segan nak tinggalkan komen ke, tak kisah. Hadiah ini untuk semua terutamanya bagi yang minat dengan komputer. Jumpa ebook ni pun masa rayau² kat Internet sebelum solat Jumaat tadi. Ebook ni dapat free, eloklah juga bagi free kat semua.

Menarik dalam majalah Maximum PC edisi Julai 2009 ni, terdapat 21 cara untuk upgrade PC anda dengan segera. Aku belum sempat lagi baca ebook ni. Balik rumah nanti baru baca. Jadi tak dapat nak ulas panjang².

Selain daripada tu terdapat juga 6 tweaks untuk jadikan pelayar Firefox anda lebih laju melayari bahtera Internet. Tweaks baru kot untuk Firefox versi 3.5. Juga terdapat 38 aplikasi dan alat yang bagus untuk komputer anda. Jadi majalah ni sangat berbaloi untuk dibaca.

Oklah. Tak nak bebel panjang², download majalah Maximum PC edisi Julai 2009 ni di sini. Kalau dah download tu, rasa berbesar hati kalau ada yang ucapkan terima kasih di ruang komen icon smile Hadiah Free Lunch

Aug 6, 2009

Syurga Cinta Kurang Berkesan

syurgacinta Syurga Cinta Kurang Berkesan

Baru semalam berkesempatan menonton Syurga Cinta di panggung buatan sendiri kat rumah. Nak juga tahu adakah filem arahan Ahmad Idham terbitan David Teoh ni betul² sama dengan filem Kiamat Sudah Dekat atau tidak seperti yang dikatakan Ahmad Idham tidak meniru mana² filem lain. Kita mulakan dengan intro cerita.

Jujur, intro filem ni agak menarik. Bukan kerana gadis² seksi yang ditonjolkan di club, tapi istilah² yang digunakan oleh tiga sekawan iaitu Irham, Alex dan Zainal. Contohnya, ‘nasi lemak 50 sen’ bagi gadis Melayu manakala ’1 pound’ bagi gadis mat saleh. Dulu tak faham juga. Bila tengok filem Cinta Kolesterol kalau tak silap baru faham ‘nasi lemak 30 sen’ yang dimaksudkan oleh Chef Wan dalam filem tersebut eheh. Ada juga istilah lain tapi lupa dah.

Cuma tak berapa bestnya lagak ‘mat saleh’ Irham nampak seperti agak dibuat². Stop di situ.

Setuju juga dengan pendapat Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com. Dari segi olahan skrip patut diperbaiki. Kajian masyarakat kita yang jauh menyimpang dengan agama juga perlu dikaji dengan lebih dalam oleh pengarah. Kalau dilihat filem ni, boleh dikatakan tidak berapa nak hidup jalan ceritanya. Tapi saya suka part di mana Irham menunjukkan penyesalannya secara menyeluruh apabila hendak meneguk segelas arak di meja. Dia tersentak dan tersedar daripada dosa yang bakal dilakukannya apabila secara spontan membaca bismillah sebelum minum. Lakonannya memang hidup ketika itu. Rasanya mungkin itulah satu²nya part yang dikatakan oleh penonton² sebelum ini yang membawa kesan kepada mereka. Yang lain semuanya masih lagi ‘drama Melayu’.

Tiru Kiamat Sudah Dekat

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Aug 3, 2009

Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

spookyyzw Diperhati Makhluk Halus Ketika Tidur

Sebelum ini aku berpeluang menikmati tidur yang lena di atas tilam yang empuk dan bilik berhawa dingin seperti hotel di Glory Beach Resort. Tetapi dua hari lepas aku tidur bertilamkan karpet berbantalkan beg baju di atas lantai simen. Bangun pagi sekitar 4:30, terasa badan seperti ditumbuk² 10 orang lelaki gagah perkasa. Apa nak buat, semua orang berkorban. Korban keluarga, korban masa, korban tilam, korban tidur yang lena malah berkorban Internet dan blog.

Dua hari satu malam aku di sebuah sekolah di kawasan Bandar Kinrara bermula pada 1 Ogos yang lepas. Kami terdiri daripada empat jejaka kacak dan empat srikandi sunti hadir ke sekolah tersebut untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kami. Suasana sekolah kelihatan seperti tiada apa² yang menakutkan sehinggalah malam berkunjung tiba.

Empat srikandi kami menginap di bilik kaunseling yang kami rasa agak selesa dan baik untuk mereka. Manakala kami jejaka tampan memilih untuk melenakan mata di dalam dewan beralaskan karpet dan tikar. Jam 1 pagi kami mula melelapkan mata. Alunan zikir Syamil dipasang sebagai terapi lelap kami. Tidur kami agak nyenyak sehingga pukul 2:30 pagi.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks