close button

Cantiknya Masjid Beijing di Kelantan

Masjid Beijing di Rantau Panjang - Amirez.com

Owh, kenapa aku tidak tahu akan masjid yang dirancang pembinaannya sejak 7 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ni? Daripada sumber yang diperolehi, masjid ini dipanggil Masjid Beijing ataupun turut juga dikenali sebagai Masjid China oleh penduduk di sekitar Rantau Panjang, Kelantan di mana masjid indah ini dibina. Namun nama sebenar masjid ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Sekali lihat pasti tidak menyangka ianya adalah sebuah masjid andai menara kubah di sebelahnya tidak kelihatan. Teringat beberapa buah masjid cantik di Melaka yang mengambil idea daripada seni bina China.

Dikatakan kos pembinaan masjid ini menelan belanja RM 9 juta dan mula digunakan pada Ramadhan yang lepas dengan mengundang seorang imam dari negara China bagi mengimamkan solat Terawih. Masjid ini boleh memuatkan seramai 300 orang jemaah pada satu² masa dan dilengkapi dengan perpustakaan, pejabat, klinik serta tadika. Macam Masjid Wilayah Persekutuan.

Bila agaknya dapat merasa berjemaah di masjid yang indah ni? Harap² ramailah yang berjemaah di Masjid Beijing ni dan berusaha untuk cukupkan 5 waktu solat berjemaah. Jangan sekadar dijadikan hiasan atau replika pula.

Baca lagi…

Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Selamat hari raya semua. Banyak dapat duit raya? Tak sangka betul, dah setahun lebih kerja ni pun ada lagi orang yang sudi bagi duit raya kat aku hehe. Tapi taklah sebanyak yang adik² aku dapat. Itulah rezeki namanya.

Seminggu dua sebelum raya hari tu selalu juga dengar lagu ni diputar berulang² kali kat Hot FM. Pasang telinga juga apa tajuk lagu ni tapi selalu terlepas. Akhirnya, baru tadi adik aku bagitau lagu tersebut dinyanyikan oleh Hujan dan Raihan dengan tajuk Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda. Rupanya inilah lagu best yang si dia bagitau hari tu. Aku bagitau ada satu lagu rock hari raya yang best, tapi bukan dinyanyikan oleh Hujan dan Raihan. Haha…

Ringkas saja. Jom layan video klip lagu ni sambil makan kuih tat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Update live daripada Amirez
Satu lagi kad yang dibuat sambil² membuang masa sebelum tidur hehe. Terimalah seadanya daripada kami. Andai ada tersilap bahasa sepanjang blogging di sini, sepuluh jari dihulur tanda maaf dipohon. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Dari jauh kami bertandang
Bermaaf-maafanlah sesama kita

Masak udang gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Bunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kini kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang seorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Lodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini makan kuih jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh dibayar
Hutang dodol dibawa mati

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Kad Raya Aidilfitri 1430H

Copy dan paste code di bawah ke dalam Blog, Friendster, Myspace mahupun Facebook:

Apa Orang Malaysia Suka Ketika Memandu?

Kesesakan Lalu Lintas

Raya dah tak lama lagi dah. Confirm jalan sesak nak balik raya nanti, tambahan pulak KPM baru umumkan pihak sekolah boleh ambil cuti pada hari Jumaat ni. Rasanya Khamis malam esok mesti dah berduyun² kenderaan merangkak pulang ke kampung terutamanya ke Kelantan, termasuklah aku sendiri eheh.

Seronok jugak kalau ramai² balik kampung. Tapi yang tak bestnya kalau berlaku traffic jam. Aku tak kisah kalau jem sebab kenderaan terlalu banyak dan padat (erk…kisahlah jugak sikit hehe). Tapi aku cukup sakit hati kalau sesak sebab kereta² mahupun lori serta van ikan kat depan tu perlahankan kenderaan sebab nak tengok accident. Tak kira accident kecik ke, besar ke, diorang tetap nak tengok. Lagi² kalau ada lampu biru pakcik polis terpasang. Rasanyalah kan, pemandangan accident ni lebih menarik perhatian daripada gadis² super sexy yang ada kat tepi jalan.

Nak balik cuti Merdeka hari tu, sesak bukan main panjang. Ingat ada road block kat depan Batu Caves. Rupanya ada sebuah kereta tercium punggung kereta lain. Tuannya dah takde kat tempat kejadian tapi orang masih lagi mengcuriouskan diri untuk tengok tahap kerosakan yang dihadapi. Mana tak lama…orang duk kira berapa part yang rosak, berapa harga kemungkinan orang tu kena tanggung untuk ganti, harga ketuk dan cat lagi, pemandunya hidup lagi ke tidak…macam² orang nak tau. Buat tak tau sudah.

Balik dari Masjid Wilayah Persekutuan tadi pun sama. Haih…radio dah pesan jangan perlahankan kenderaan kalau ada kemalangan kat depan. Pesanan radio tak berkesan, mungkin kena guna iklan tv pulak kot.

Baca lagi…