Jom Join Catcheye
Ini satu lagi peluang untuk kita mendapat pendapatan di Internet. catcheye baru je dilancarkan pada 25 Oktober yang lepas. Masih lagi baru dan masih lagi panas. Yang bestnya tentang catcheye ni pendaftarannya tidak dikenakan sebarang bayaran. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom join catcheye ni dulu. Jangan risau, tiada risiko.
Macam mana nak dapat duit?
Secara ringkasnya catcheye ni menggunakan kaedah “lihat iklan, jawab soalan dan terima ganjaran”. Ganjaran adalah dalam bentuk duit ataupun hadiah lain. Hanya daftar secara PERCUMA kemudian lihat dan klik iklan untuk menerima ganjaran. Bunyi seperti scam, tapi firasat aku mengatakan ianya bukan satu penipuan. Lagipun tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar. Kenapa tidak kita mencuba peluang yang baik ni, kan? Lagipun ianya program buatan Malaysia.
Juga dinyatakan yang catcheye ada program amal. Dengan join program amal catcheye ni kita boleh pilih pertubuhan amal yang ingin kita sertai dan tingkatkan dana mereka dengan melihat iklan² yang kita terima. Kalau ada niat nak berbakti tu inilah peluangnya.
Jom join catcheye sekarang. Oh ye, perlu jawab 3 soalan sebelum lengkapkan pendaftaran. Soalan senang je. Nak lagi senang, meh aku bagi jawapan bocor hehe. Jawapannya ialah A, B dan A. Kalau salah jawab tak dapat mendaftar.
Jawapan dah ada, jadi apa perlu tunggu lagi. Korang cubalah program buat duit ini sekarang!
Klik di sini untuk mendaftar.
Pembersih Database untuk WordPress
Terkenang kembali masa Amirez.com dulu difokuskan kepada tips² berkaitan dengan komputer dan Internet. Tapi disebabkan kekangan masa untuk mengikut arus perkembangan teknologi dan mendalami hal² berkaitan komputer dan Internet, terpaksalah fokus blog ni ditukar (malas sebenarnya haha).
Punca utama aku kurang idea nak menaip entri baru kebelakangan ni disebabkan kurangnya membaca buku mahupun majalah dan juga ketiadaan masa untuk merangkak ke blog² kawan mahupun lawan (ada ke?). Jadi tipsnya di sini untuk mengelakkan mental block, rajin²lah membaca. Sejak dua menjak (istilah BM salah! Jangan amalkan dalam ujian BM) ni sibuk dengan kerja. Kerja kat ofis, outstation dan juga projek sendiri yang bakal dilancarkan insyaAllah 25 November nanti. Bukan calang² projek. Projek usahasama dengan saudara Nordin Jaafar, bekas vokalis kumpulan nasyid Alarme dan Raihan. Dan mungkin juga akan berkolaborasi (chee wah) dengan kartunis Ubi. Projek apa..? Akan dimaklumkan nanti
Ok. Sedang membaca di Google Reader tadi tertangkap satu entri dari Blog Perfume tentang Wp-Optimize. Plugin untuk WordPress ni sangat berguna untuk kita bersihkan database wordpress kita daripada segala macam yang tidak perlu. Salah satu kelebihannya boleh buang post-revision. Post-revision nilah yang selalu makan banyak space dalam database kita. Penerangan lanjut boleh baca di entri Blog Perfume.
Baru try tadi untuk blog kompeni dan resultnya aku berjaya jimatkan space sebanyak 488.195 Kb. Banyak juga tu. Klik pada screenshot di bawah untuk sedikit gambaran.
Plugin ni sedikit sebanyak membantu juga untuk jimatkan ruang database kita. Untuk makluman, space hosting Amirez.com dah over limit huhu. Tengah mencari solusi untuk buang segala bendalah yang tidak diperlukan.
Maybank Penipu!!
Salam semua. sihatlah hendaknya sekarang ni. Wabak H1N1 pula dah lama tak kedengaran. Harap² wabak tersebut hilang dan lenyap di dunia buat selamanya. Sejak Tuan Guru Nik Aziz buat solat hajat tak berapa lama dulu, kes kematian akibat H1N1 makin lama makin kurang kedengaran. Alhamdulillah. Mungkin berkat doa daripada orang lain juga. Sama²lah kita berdoa.
Ringkas saja.
Tengah check email Yahoo yang penuh dengan mesej sampah tadi terperasan satu email daripada pihak Maybank. Siapa yang tidak mahu buka email daripada pihak yang menyimpan duit kita kan? Tanpa fikir panjang aku terus klik pautan email tersebut, walaupun aku tau ianya bukan email daripada pihak Maybank. Ianya adalah email spam atau lebih tepat dipanggil fraud email. Sila ambil perhatian, pihak² bank tidak akan menghantar sebarang email pemberitahuan atau apa² notis kepada kita melalui email. Jika ada sebarang maklumat penting, pihak bank akan menghantar surat terus ke rumah kita.
Email yang aku dapat seperti gambar di bawah:
Siapa² yang klik pada pautan Login tersebut, kemungkinan besar anda telah terjerat. Segala maklumat akses ke akaun Maybank anda dapat diterima oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ni. Boleh jadi dalam sekelip mata duit anda di dalam bank tersebut akan lenyap. Jadi berhati²lah ye.
Accident di R&R Gua Musang
Baru je sampai KL. Bertolak pukul 4 petang, sampai tepat² pukul 10:30 malam. Memang dah bajet sampai waktu tu pun. Balik kampung Jumaat lepas cukup² 6 jam. Selalunya makan masa banyak tulah. Tapi kepala aku masih kehairanan macam mana balik raya puasa tahun lepas boleh drive cuma 5 jam setengah je. Dah la berenti kat Petronas setengah jam, minum² kat R&R Gua Musang lagi dalam 45 minit. Drive taklah laju sangat. Macam mustahil je boleh laju macam tu.
Masa bertolak dari kampung tadi rasa dah boring dah balik sorang². Hanya celoteh Dj dan lagu Jepun yang aku burn hari tu je jadi peneman. Kereta pulak agak banyak. Nak laju sangat pun tak boleh, sekitar 80 KM/j je bleh drive. Mata dah mengantuk dah drive slow² neh. Lebih kurang 100m dari R&R Guna Musang dah mula jem. Nun jauh di depan tak nampak apa² berlaku. Nak kata road block mustahil pulak tengah² hujan lebat neh. Mungkin accident.
10 minit nak ke tempat kejadian, memang sah ada accident. Sebelah jalan ditutup. Polis dah sampai dah. Sempat jugak aku rakam kereta malang tu. Kasihan dia. Tuannya tak tahulah macam mana. Harap² oklah. Saksikanlah sendiri keadaan kereta tu. Maaflah ye kawan² video kurang best. Masa rakam tu mata tengok ke depan eheh.
[pro-player width='500' height='300' type='video']http://www.youtube.com/watch?v=YqAcDjOkhMQ[/pro-player]
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~






