close button

Upgrade Maxis Broadband dari 3.6Mbps ke 7.2Mbps

Maxis Broadband

Semalam dah berjaya download satu siri drama Jepun berjudul BOSS episod terakhir. Kalau nak diharapkan dengan kualiti coverage Maxis Broadband kat kampung aku ni, seminggu download pun belum tentu dapat habis punya. Tapi nasib baik jugalah certain area dalam rumah aku ni di bawah liputan HSDPA Maxis. Tak dapat download rate yang laju pun at least boleh surf Facebook dengan sekali kelip pun dah ok. Kira laju la tu sekali kelip mata je dah full load hehe.

Thanks kepada saudara Eddie atas entri beliau yang satu ni. Sikit sebanyak dah buatkan masa untuk layan Internet aku tak terbuang dengan menanti web untuk load sampai habis dengan lama. Sebelum ni aku menggunakan Maxis BB pakej 3.6Mbps dengan caj RM138 sebulan (free modem & no contract). Sekarang ni dah upgrade ke 7.2Mbps. Tak tau banyak mana perubahan speed bertambah. Sebelum upgrade aku terlupa nak buat speedtest. Tapi yang pasti aku dapat rasakan ianya lebih cepat, pantas dan tuntas haha.

Ok. Nak upgrade sonang yo. Follow je instruction kat bawah ni untuk proses transformasi speed Maxis BB korang. Sebelum upgrade, cuba test kat speedtest dulu berapa speed yang korang dapat dengan 3.6Mbps ni. Dah test, baru buat kaedah berikut: Baca lagi…

PayPal Nak Bagi USD100 Melalui Facebook

paypalwishlist4 PayPal Nak Bagi USD100 Melalui Facebook

Baru saja dapat berita ni. Sememangnya berita baik buat pengguna Facebook dan mereka yang mempunyai akaun PayPal. Program ni dinamakan PayPal WishList dan kita berpeluang untuk mendapat sejumlah wang bernilai USD100 maksimum. Setiap 1 orang yang berjaya anda invite menggunakan link anda, anda akan dibayar oleh PayPal sebanyak USD1. Kalau saya agak mustahil nak dapatkan sehingga USD100 memandangkan saya takde kawan yang ramai di Facebook. Tetapi anda, saya yakin dengan senang je boleh dapatkan 100 Dollar ni.

Oh ye, sebelum menyertainya pastikan anda mempunyai akaun PayPal dulu. Tak susah, daftar secara PERCUMA je. Boleh ke www.paypal.com untuk mendaftar.

Kemudian, klik link ni untuk ke bahagian PayPal WishList dan tetapkan wishlist anda kemudian invite rakan² anda untuk turut sama menyertainya.

PayPal WishList ni antara topik yang hangat dibincagkan di forum Wangcyber.com, satu forum yang sangat popular bagi usahawan² Internet. Ramai orang telah mencubanya dan sudah ada yang berjaya mendapat sehingga USD50. Bukan orang putih, dia adalah orang Melayu. Caranya hanya mengajak rakan² melalui Facebook group. Dia boleh, saya boleh, anda lagilah boleh.

Jadi jom kita rebut peluang ni. Oh ye, PayPal WishList ni hanya dibuka sehingga 31 Disember 2009 atas tujuan ingin memperkenalkan program ini kepada pengguna Facebook. Bayaran akan diterima terus ke akaun PayPal anda. Mudah dan FREE, jadi apa salahnya mencuba ;)

Semoga berjaya!!

Cincin Pertunangan & RM335.92 Hilang

Hari ni hari yang sangat sangat tidak best. Mood sangat sangat tidak stabil. Pagi tadi demam sebab semalam buat kerja seharian suntuk menghadap komputer hingga bahagian depan kepala rasa berdenyut. Empat kerja nak disiapkan serentak. Akhirnya cuma siap tiga. Lagi satu terpaksa ditunda hari lain, mungkin bukan pada hari ni. Kalau buat hari ni juga confirm dan pasti hasil kerja sangat sangat tidak memuaskan. Hari ni masuk ofis tengah hari dalam keadaan otak masih lemah.

Cincin Pertunangan Hilang

Semalam, lepas selesai menunaikan solat Isyak aku terus meraba² poket seluar mencari cincin yang disimpan sebelum ke toilet. Lima poket seluar jeans hitam diseluk, tapi cincin penuh makna tu takde. Tak cukup poket seluar, empat poket jaket pula diseluk. Pun takde. Menggagau atas meja, selak segala buku dan kertas, takde. Bawah meja, celah kerusi…cincin yang dibeli dari Tomei tu tetap tidak munculkan diri.

Badan menjadi lemah. Terasa seperti kehilangan sebelah tangan. Tidak bermaya. Mulut jadi malas berbicara. Mood muram.

RM335.92 Lesap

Baca lagi…

MP3 Player 2GB Percuma daripada Raja Kamil

mp3r MP3 Player 2GB Percuma daripada Raja Kamil Raja Kamil seorang usahawan Internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi. Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, sangat mudah, seminit pun tak sampai masa yang diperlukan untuk merebut peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti 2GB, baca entri selanjutnya di http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

Solution – Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker

Panjang benor title kali ni haha. Ini kalau belum cukup bagus untuk SEO tak taulah eheh. Ok. Terus kepada point. Semalam ada satu video nak disiapkan. Dalam banyak² video maker yang canggih-manggih ni aku lebih selesa menggunakan Windows Movie Maker, lagi² versi untuk Windows Vista. Bukan apa, user friendly dan lebih cepat kalau setakat nak buat video yang simple. Size file yang siap pun taklah besar sangat. Tapi wujud satu error bila nak buka Windows Movie Maker semalam.

Video transition dengan effect hilang pada Windows Movie Maker. Dapat mesej ralat seperti gambar di bawah ni:

errorw Solution   Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker

Jadi apa yang perlu dibuat hanyalah beberapa langkah mudah seperti berikut:

Baca lagi…