Browsing articles from "November, 2009"
Uncategorized
Nov 18, 2009

Solution – Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker

Panjang benor title kali ni haha. Ini kalau belum cukup bagus untuk SEO tak taulah eheh. Ok. Terus kepada point. Semalam ada satu video nak disiapkan. Dalam banyak² video maker yang canggih-manggih ni aku lebih selesa menggunakan Windows Movie Maker, lagi² versi untuk Windows Vista. Bukan apa, user friendly dan lebih cepat kalau setakat nak buat video yang simple. Size file yang siap pun taklah besar sangat. Tapi wujud satu error bila nak buka Windows Movie Maker semalam.

Video transition dengan effect hilang pada Windows Movie Maker. Dapat mesej ralat seperti gambar di bawah ni:

errorw Solution   Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker

Jadi apa yang perlu dibuat hanyalah beberapa langkah mudah seperti berikut:

Baca Seterusnya »

Nov 16, 2009

Hadiah Harijadi Dari US

15112009954 Hadiah Harijadi Dari US 15 November semalam genap sudah saya berusia 25 tahun di dunia ni. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan² yang memberi wish di Facebook, Friendster dan tak lupa kepada yang SMS saya ketika di Sik, Kedah semalam. Kat Twitter tak sempat nak check pula. Hari ni 16 November hadijadi Johari pula atau lebih mesra dipanggil Joe, rakan sekuliah dari Tahun 1 di UTHM. Happy birthday Joe (walaupun dia tak baca blog ni eheh).

Kebetulan 13hb lepas kena pergi ke Bendang Man Resort sampai tengah hari 15hb. Sengaja tak bagitau rakan² sekerja birthday saya jatuh pada 15hb. Kalau diorang tau mesti kena prank kaw² pun. Dah jadi budaya syarikat pulak prank setiap kali ada staf yang menyambut hari lahir. Nasib baik tak panggil krew Wakenabeb atau Bang Bang Boom hehe. Kalau tak, masaklah kena prank. Tapi saya tak diprank semalam walaupun sebenarnya tengah menanti apa prank yang diorang nak buat kat saya hehe.

On the way balik dari Kedah ke KL, singgah kejap dinner di R&R Tapah lepas solat jamak Maghrib dengan Isyak. 7 orang semuanya; 4 lelaki dan 3 srikandi dari Darul Quran. Lepas siap makan, Zool hilang tiba². Masa tu tak jangka apa². Ingat dia pergi beli air ke apa kat gerai. Tak lama lepas tu dia datang dari belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday dengan sebiji kek perisa nescafe (ke kopi ek??). Terkejut, tapi macam biasa cool sentiasa hehe.

Buat pertama kalinya sambut birthday di R&R. Rasa terharu….sebab takde lilin cucuk kat kek haha. Apa² pun syukran kepada sahabat² atas pengalaman yang sangat bermakna ni. Nasib baik tak kena prank kat R&R tu hehe. Katanya nak prank kat Sik lagi tapi takde idea nak prank apa. Fuh…nasib baik hehe.

Sampai ke rumah sekali lagi terkejut. Ada sebungkus hadiah atas meja. Bila dibuka, hadiah tersebut merupakan sebuah MP3 Player yang dibungkus dengan kotak silika. Taulah saya hadiah tersebut dari US yang dikirimkan oleh Russell Brunson, seorang Internet Marketer terkenal dunia.

pb151066 Hadiah Harijadi Dari US

Beberapa hari yang lepas saya berkunjung ke laman web beliau yang menerangkan tentang Micro Continuity. Secara jujurnya saya tak faham 100% apa yang diceritakan pada web tersebut. Apa yang saya tau ianya adalah satu coaching tentang bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan Internet. Bila saya usha laman web beliau, tiba² mata terpaku pada satu imej MP3 player ni. Menurut Russell, beliau akan berikan MP3 player tersebut secara percuma. Kita cuma perlu bayar harpa shipping sahaja. Sebagai bonus, Russell masukkan 4 klip audio berharga tentang coachingnya dalam program Micro Continuity ni. Jadi bolehlah dengar di mana² je tentang perniagaan Internet. Bagus juga cadangannya tu.

Saya menganggapnya sebagai satu hadiah harijadi saya yang ke-25 ni icon wink Hadiah Harijadi Dari US

Uncategorized
Nov 12, 2009

Blogger Boy Season 2 Menyusul

40651ba7e7 Blogger Boy Season 2 Menyusul

Berita baik buat peminat² drama bersiri Blogger Boy di 8TV. Malam ni Blogger Boy musim ke-2 akan menyusul pada pukul 9:30 malam dan akan ditayangkan sebanyak 20 episod. Pastikan pop corn, pepsi dan segala macam jajan disediakan di depan TV eheh. Jom tengok preview Blogger Boy musim ke-2 ni dulu.

Sinopsis

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Nov 10, 2009

TuneUP Utilities 2010 Ready to Download

a74c122c8b TuneUP Utilities 2010 Ready to Download Dah nak masuk tahun 2010, software pun mesti keluar versi yang baru. TuneUp Utilities ni sangat² disarankan untuk pengguna² desktop mahupun laptop dan notebook untuk menjaga performance PC anda. Yang dah tahu kehebatan software ni bolehlah terus download dengan menggunakan link di bawah. Jangan risau, serial key disertakan sekali dan saya baru saja menggunakannya, berkesan 100%.

Download TuneUp Utilities 2010 + Serial Key

Pembaharuan

Terdapat dua pembaharuan pada versi 2010 ni iaitu:

  1. Turbo Mode – Nyahaktifkan proses yang tidak diperlukan dan tumpuan diberikan kepada semua kuasa pemprosesan PC bagi program² yang aktif.
  2. Live Optimization – Meningkatkan kepantasan startup dan masa tindak balas setiap program yang dijalankan bagi mengoptimakan performance PC anda.

Interface seperti biasa, sedikit berbeza dengan versi 2009 tetapi masih mengekalkan fungsi yang sama dengan versi sebelumnya. Versi 2010 ni compatible dengan Windows 7. Tak perlu celoteh panjang, anda boleh download segera di sini.

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks