Browsing articles from "December, 2009"
Dec 31, 2009

Cinta Bertandang di Hati

Hari ni hari terakhir 2009 dan esok hari permulaan bagi 2010. Soalan lazim setiap akhir tahun, apa azam korang? Bila dengar perkataan azam kadang² buat aku rasa menyampah pulak. Azam macam² ditanam, tapi satu pun tak tertunai haha. Itu aku. Sebab itulah aku jarang berazam. Tapi tak salah kalau menyatakan apa azam kita untuk tahun depan, ye tak? Walaupun tak terbuat, sekurang-kurangnya kita merancang sesuatu. Azam aku tahun depan…nak jadi seorang suami yang bertanggungjawab dan dicintai isteri sentiasa…chee wah. Poyo sungguh bunyinya tapi…lantak akulah haha.

loveloves Cinta Bertandang di Hati Sebagai penutup tahun 2009 ni aku nak kongsikan satu pengalaman sebagai tips buat korang yang sedang dilamun cinta. Tak pasti korang boleh terima ke tak, tapi ini memang berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri 100%. Tiada cilok daripada sape² pun. Tips yang korang akan dapat nanti adalah datangnya daripada seorang lelaki yang sudah berusia 25 tahun ini dan mempunyai pengalaman 4 kali dalam bercinta. Alhamdulillah, percintaan yang ke-4 ni merupakan percintaan sejati aku yang pertama. Si dia banyak mengajar dan mendidik dalam mengikat kasih kami yang sudah 4 tahun 5 bulan hubungan terjalin tanpa berselindung daripada keluarga.

Tiada niat sebesar kuman sekalipun untuk merasa bangga diri dengan apa yang ada. Hanya ingin berkongsi, memandangkan beberapa orang rakan² aku kurang berjaya dalam hal pikat memikat wanita hehe. Maaflah kalau ada yang terasa. Boleh tinggalkan segera blog aku ni kalau masih lagi ego dalam percintaan.

Ok. Berikut adalah 6 tips yang ingin aku kongsikan.

Baca Seterusnya »

Dec 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

maalhijrah Salam Maal Hijrah 1431

Ucapkanlah selamat datang kepada tahun baru Islam pada Maghrib nanti dengan membaca doa awal tahun 1431H. Dan pada Asar ini kita bacakan doa akhir tahun 1430H sebagai tanda akan bermulanya azam baru dalam kalendar Islam.

Ingat lagi doa akhir dan awal tahun Hijrah? Takpe kalau tak ingat, boleh dapatkan doa-doa tersebut di blog ini, ada maksudnya sekali. Aku pun tak ingat hehe. Yelah, setahun sekali. Kalau tak amal memang susah nak lekat dalam ingatan. Sama-samalah kita menanam azam baru di bulan Muharram ini.

Salam Muharram semua. Aku balik ke kampung Maghrib nanti. Bakal menempuh 6 jam perjalanan seorang diri. Harap perjalanan lancar dan hujan di Kelantan akan reda sekembalinya aku ke sana seperti selalu. Chee wah…haha…

Uncategorized
Dec 6, 2009

KB Mall Tak Runtuh Tapi Kereta Yang Jatuh

kbmallruntuh KB Mall Tak Runtuh Tapi Kereta Yang Jatuh

Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung dan tersepit di celah escalator hingga menyebabkan 3 kematian dan 3 orang awam yang tercedera (kalau tak silap info).

Alkisahnya, sekitar 5 petang aku melayan perlawanan perseorangan Lee Chong Wei dengan Park Sun Kwan dalam pertandingan Super Series di JB. Habis je set pertama yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei, aku terima panggilan bahawa KB Mall runtuh baru sekejap tadi. Terkejut juga. Ditambah lagi dengan fly over yang sedang (atau akan) dibina berhampiran dengan KB Mall menyebabkan kes KB Mall runtuh mungkin disebabkan oleh construction tersebut akibat daripada struktur tanah yang kemungkinan longgar. Macam² la tafsiran boleh buat, faktor hujan (walaupun KB tak hujan mana skang ni) pun boleh jadi juga.

Lalu aku hebahkan di Facebook dan menerima respon yang cepat daripada kawan² yang alert. Bukan setakat Facebook, aku hantarkan mesej kepada sesiapa saja kenalan aku di Kelantan dan menerima banyak panggilan untuk pengesahan berita tergempar tersebut. Penat menaip SMS dan menjawab telefon, sambil² menonton perlawanan set kedua Chong Wei dan Park Sun Kwan di RTM1 online. Chong Wei juara weh, memang mantap persembahan beliau eheh.

Ok. Kita kembali ke pangkal jalan.

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks