close button

Tak Tahu Jangan Malu Bertanya

Baru tonton satu cerita kat TV tadi. Adalah satu part ni yang saya fikir nak buat lawak la kononnya. Sketsanya macam ni:

Siti sedang terbongkok² dan merangkak² menilik lantai marmar yang tak jauh dari ruang tamu tempat tiga orang rakan serumahnya leka menonton drama Melayu. Dengan penuh teliti Siti mencari sesuatu di atas lantai marmar tersebut. Puas mencari, Siti memanggil kawan²nya, “Wei korang. Mai sini sat,”.

Dua orang kawannya datang, Nurul dan Amy dengan wajah kehairanan. Amy mula bertanya, “Kau cari apa tu Siti?”. Siti teruskan meneliti lantai marmar sambil menonggeng tanpa menjawab pertanyaan Amy.

Tiba² Ruby datang, kawannya yang seorang lagi, lalu terdengarlah bunyi seperti ada sesuatu benda kecil remuk dan pecah. Siti mengangkat kaki kanan Ruby, lalu dia bersuara, “Laa, pecah contact lens aku,” kata Siti dalam nada sedih bercampur marah.

Cerita kemudiannya bersambung dengan kisah yang sebenarnya berlaku. Adegan tadi hanyalah selingan sementara. Saya bukanlah nak mengulas part tadi. Cuma ingin sampaikan satu soalan, siapa yang bersalah sebenarnya dalam kes contact lens dipijak Ruby?

Baca lagi…

Salin Kulit Lagi

Saya terpaksa tukar theme baru untuk blog saya ni. Theme sebelum ni saya rasa agak berat untuk load. Theme baru ni cuma sementara je pakai, theme ni dah pernah guna tahun 2007 dulu kalau tak silap tapi pada blog lain yang dah lupus. Tak sangka dalam banyak² theme saya kumpul dalam hard disk ni, theme lama ni jugak yang dipilih.

Dalam kepala dah ada cadangan theme yang nak diguna, cuma tunggu masa yang sesuai je nak pakai. Ikut mood semasa kot. Projek² lain pun banyak lagi tak siap. Jadi makan masa sikit nak selesaikan masalah theme baru ni.

Apa yang membuatkan saya agak lambat untuk memilih theme ni cuma ada dua perkara je; background gelap atau terang? Apa pendapat anda?

Update 3 Jun 2010 : Dah tukar ke theme yang saya guna sekarang. Rasanya saya puas hati dengan theme ni :D

50% Discount for Theme Junkie WP Theme

If you wanna find a clean, neat and beautiful yet advanced wordpress theme, I recommend Theme Junkie. Why Theme Junkie? There are 9 themes to be selected and you don’t have to worry about its quality. Also you’ll get these things:

  • Advanced Theme Control Panel
  • Auto-sized Thumbnail Management
  • Fully Widgeted Sidebars
  • Advertisement Management
  • Analytics/Stat Management
  • Built-in FeedBurner Support
  • Threaded Comments
  • Gravatar Ready
  • Custom Page Templates
  • Dropdown Menu Navigation
  • WordPress 2.9+ Compatible
  • Cross-Browsers Compatibility
  • Email & Forum Support
  • Lifetime Upgrade

What’s more and more important is the price! Lots cheaper than others…

And another good news is NOW Theme Junkie offer 50% discount for ANY theme that you like! And if you buy ALL NINE themes, you only have to buy $34.98. Incredible promotion right?

So, what should YOU do now?? Just click here and enter coupon card THEME50 to get 50% less. The coupon is only valid until 1st July 2010. So, be hurry friends!!

New Price

  1. Newswire: $9.98
  2. FashionPro: $9.98
  3. Gadget: $9.98
  4. ClearType: $9.98
  5. Portal: $9.98
  6. NewsTube: $14.98
  7. Bigfoot: $14.98
  8. All-Theme Package: $34.98

Don’t hesitate as you’ll miss this golden oppurtunity! Download now while you still have a chance.

Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

flvdirect Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya Rasanya saya perlu cepat postkan entri ni supaya tidak ada lagi rakan-rakan yang kena serangan malware FlvDirect ni. Sekali tengok macam software video player yang biasa tetapi bila saya buat sedikit carian di Internet ramai yang tak senang hati dengan software ni dan rata-rata mengatakan ianya adalah sejenis malware.

Sebelum saya tunjukkan cara untuk uninstall atau delete software ni sepenuhnya, baik saya cerita sikit pengalaman dapat software ni.

Pada suatu hari…haha…entah macam mana boleh terinstall software ni tanpa kerelaan saya. Bila saya cancel, saya ingat dah ok. Rupanya, setiap kali login ke Windows ada satu popup message muncul yang bunyinya lebih kurang macam ni, “Your FlvDirect is outdated, please update.”. Gitulah lebih kurang. Sebenarnya panjang tapi lupa nak buat screen shot. Sebab ingat cara yang akan saya tunjuk ni tak menjadi, sekali jadi daa eheh.

Lagi satu petanda korang dijangkiti dengan malware si FlvDirect ni, search engine di web browser korang bertukar rupa seperti gambar di bawah ni:

flvdirect5 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Oh, sangat tak best huhu.

Ok. Mesti korang tak sabar nak tau cara untuk hapuskan si durjana malware ni FlvDirect ni. Teruskan bacaan…

Baca lagi…

Selamat Hari Guru

sekolah1r Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sama ada yang baik mahupun yang garang ;) Dan lebih utama ucapan ini ditujukan kepada isteri saya yang juga seorang guru yang disukai pelajar-pelajarnya hehe dan juga kepada ibu mertuaku, mak saudara serta rakan-rakan yang sekarang ni memilih profesion guru sebagai kerjaya. Tahniah semua atas jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik anak bangsa.

Masih segar dalam ingatan ketika di sekolah rendah dahulu, cikgu Bahasa Melayu yang manis lagi comel datang dari sebuah Maktab Perguruan untuk mengajar kami selama beberapa bulan. Suaranya yang lemah lembut dan kasih sayangnya terhadap kami yang jelas terpancar pada kaca matanya membuatkan kami selesa dan amat menyukai cikgu kecik molek tu. Siapa yang tak suka cikgu yang baik, lembut dan comel kan? Sebab tulah kalau kelas cikgu comel tu kami satu kelas jadi bising sebab tau cikgu tu tak marah punya hehe. Tapi sebaliknya saya yang jadi pening sebagai ketua kelas yang terlalu lurus. Pantang bising je nak catit nama bagi kat cikgu. Tapi kalau cikgu dah tak kisah apa boleh buat. Itu masa Darjah 4.

Baca lagi…