Korang Ingat Lagi Dengan Street Fighter?
Ingat zaman kanak-kanak dulu main game Street Fighter? Zaman aku mula-mula kenal Street Fighter ni masa darjah 1 lagi. Memang minat sangat dengan Street Fighter sampaikan sanggup beli komik dia dalam bahasa Cina. Tengok gambar pun jadilah walaupun tak faham sepatah haram hehe. Susah nak cari komik dalam bahasa Inggeris masa tu, apatah lagi dalam Bahasa Melayu.
Kecik-kecik dulu balik sekolah je terus main game Street Fighter kat video game Micro Genius haha. Korang yang lahir tahun 80-an mesti ingat vidoe game macam kotak ni. Sape-sape yang dah ada Micro Genius masa tu boleh dikatakan dah cukup hebat jugaklah hehe. Yang ada Super Nintendo tu lagilah korang nampak mewah. Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang ni, Micro Genius macam PlayStation 1, Super Nintendo macam PlayStation 2 la kiranya. Karakter yang paling aku suka masa tu mestilah Ryu. Budak-budak selalunya suka yang hero, sebab kalau guna hero boleh menang dengan senang haha. Dah besar sikit barulah faham, yang menentukan kemenangan bukanlah watak hero, tapi skill perlawanan jadi penentuan. Bila main Street Fighter versi komputer pulak aku lebih suka watak Akuma a.k.a Gouki sebab senang nak buat power. Kawan-kawan aku cakap Akuma paling susah nak buat power tapi bagi aku dia paling mudah.
Social Media Cheatsheet
Tak tau nak translate tajuk dalam Bahasa Inggeris ni ke Bahasa Melayu. Kang aku tukar ke BM nanti jadi pelik pulak bunyinya. I sound stupid when speak in Malay la eheh.
Sebelum aku ke masjid untuk solat Jumaat sat lagi, nak share satu artikel (erk..artikel ke?) menarik dari blog Ades. Thanks dude. Sangat berguna untuk social marketing. Kalau kecik, boleh klik pada gambar bawah ni untuk paparan sebesar alam eheh.
Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress
Nak pasang Google Friend Connect pada blog taklah susah. Tutorial yang akan aku tunjuk nanti boleh digunakan untuk blogspot mahupun WordPress. Tapi aku lebih spesifikkan cara memasang Google Friend Connect pada blog WordPress. Google Friend Connect ni boleh dijadikan sebagai satu cabang komuniti buat blogger. Nak join senang, syaratnya cuma perlu ada email sama ada Gmail ataupun Yahoomail. Kat blog aku ni baru je pasang Google Friend Connect sebagai widget. Aku letak kat bahagian sidebar kanan bawah sekali lepas NetworkedBlog. Takde orang pun lagi yang join kecuali aku sendiri hehe. Aku rasa sangat sangat berbesar hati kalau korang sudi untuk join kedua-duanya sekali
Install Google Friend Connect
Berilah Sedikit Walau Seringgit

Lepas aku keluar dari satu kedai makan semalam ada sorang lelaki dalam lingkungan sekitar 40-an menyapa aku dari belakang. Sebenarnya aku dah agak dia akan sapa aku lepas dihalau cara baik oleh tuan kedai bila dia datang mintak sedekah. Dia bagi salam lalu perkenalkan diri dia ustaz dari sebuah sekolah tahfiz di Pattani. Tengok pada gaya, memang gaya ustaz. Sihat tubuh badan, ada semangat, nampak alim la jugak.
Ustaz tu buka buku besar yang dalamnya aku perasan ada sijil-sijil, gambar-gambar, surat, termasuk satu buku resit yang aku rasa dah separuh dah habis. Dia kata ini memang betul, bukan tipu. Aku tengok acuh tak acuh je sebab nak cepat. Masa tu nak lintas jalan, kereta aku parking block kereta orang lain, tak boleh parking lama-lama sangat kalau dah parking macam tu.
Dipendekkan cerita ustaz tu nak mintak derma. Rasanya korang pun pernah alami situasi ni. Orang datang mintak derma lepas tu bagi kita resit. Itupun kalau kita derma RM5 atau RM10. Kalau RM1 tak dapat resit. Itu biasa dah aku jumpa. Tapi ustaz ni lain sikit. Ini kali pertama aku jumpa orang macam ustaz ni.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~






