Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub A.S. ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?” Nabi Ayub mejawab “Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kita selalu mendengar perkataan berkat, tapi bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan yang sebenarnya daripada Allah? Berikut adalah 11 cara untuk mendapatkan keberkatan:
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53

Waktu ini tepat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 sekaligus membawa erti Tanah Melayu sudah bebas daripada cengkaman penjajah lebih daripada separuh abad. Rancangan TV sekarang ni pun banyak siarkan rancangan-rancangan berunsur patriotik. Semalam Leftenan Adnan dan 1957 Hati Malaya. Sekarang ni pula sedang tayang cerita Sarjan Hassan yang dah jadi cerita wajib setiap tahun menjelang malam 31 Ogos di saluran RTM.
Bila sebut berkenaan dengan merdeka, ramai orang akan tanya, “Merdekakah kita?” yang menjurus kepada persoalan berkaitan dengan akhlak dan tingkahlaku sebahagian rakyat Malaysia khususnya remaja. Isu mat rempit, dadah, ragut dan macam-macam lagi masalah jenayah. Itulah yang selalu orang ungkit-ungkitkan setiap kali tibanya hari merdeka.
Watashi Wa Maru Desu
Ini kisah kucing gemuk bernama Maru dari Jepun…
[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=O9r50gVN5_8[/pro-player]
HIDUP SEORANG BLOGGER Lagi
HIDUP SEORANG BLOGGER datang lagi eheh. Kali ni aku nak ceritakan pengalaman awal aku mula terjebak dengan blog. Rata-rata blogger sekarang guna Blogspot dulu kemudian berpindah ke WordPress. Aku pulak terbalik. Mula dengan WordPress Self-Hosted kemudian baru belajar guna Blogspot, tapi blog yang berenjinkan WordPress tetap main.
Awal-awal dulu aku berkenalan dengan bro Domz kat forum Scukz. Masa tu dia tawarkan subdomain kepada sape-sape yang berminat. Atas niat nak belajar blogging, aku try apply dengan menggunakan url amirez.domzone.net. Aku pun dah lupa blog tu pasal apa. Rasanya merapu-meraban je isinya hehe. Bermula dari hari itulah aku mula kenal HTML, CSS apa semua. Belajar sendiri, takde sifu pun. Dalam masa yang sama aku selalu follow blog Adesblog, LiewCF dan Hongkiat. Sedikit sebanyak menaikkan semangat aku untuk terus blogging.
Tak lama lepas tu blog tersebut kena suspend sebab masalah payment hosting Exabytes yang pending. Tak tau kenapa bro Domz tak bayar masa tu. Sebab sayang dengan blog lama, aku beli domain dengan hosting sendiri. Maka lahirkan Amirez.com. Asalnya blog ni diwujudkan untuk berkongsi pengetahuan tentang komputer dengan IT.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...
- mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
- mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
- mira: saya bersekolah di johor bahru...
- cikguden: sayang anak...
- ohcikgu: pernah makan ayam dan...
- apai: best~ cite nie memang best~





