Browsing articles from "September, 2010"
Uncategorized
Sep 30, 2010

Jawapan Persoalan Kuota Maxis Broadband

28311704 Jawapan Persoalan Kuota Maxis Broadband Sebelum raya hari tu aku ada buat perbandingan antara Maxis dengan Celcom Broadband dan keputusannya Maxis Broadband yang berjaya bertahta di hati eheh. 15 September yang lepas aku, isteri dan adik ipar ke KB Mall semata-mata nak beli Uno Game Card seketul hehe. Nasib baik ada, kalau tak terpaksalah ke pasaraya lain. Nak meredah jem yang malas tu. Lepas dah beli Kad Uno kitorang merayau-rayau kejap lalu ternampaklah satu booth ni tampal sehelai kertas tertulis “Maxis Broadband RM38/Month – No Contract”.

Try tanya staf yang jaga booth tu promosi sampai bila. Katanya promosi tamat sampat habis stok. Kat booth dia cuma tinggal lebih kurang 10 applications je lagi. Jadi esoknya ayah mertua aku pergi daftar atas namanya sebab promosi Maxis Broadband RM38 sebulan ni hanya untuk pengguna Maxis Postpaid sahaja. Maklumat lanjut bolehlah baca kat entri ni.

Ada yang bertanya, apa akan jadi bila kuota dah sampai limit. Persoalannya tu terjawab dengan SMS yang diterima oleh isteri aku melalui Maxis Broadbandnya baru-baru ni. Rujuk gambar kat bawah, kalau tak berapa jelas boleh klik untuk tumbesaran tulang-belulang eheh. Baca Seterusnya »

Sep 30, 2010

Raya Pertama Tanpa Ibu

Sebenarnya aku tidak mahu buat entri berkaitan dengan kenangan-kenangan sedih yang melibatkan diri aku sendiri seperti entri ini. Lelaki yang korang kenal ini sangat tidak suka kepada kesedihan. Sebab itu kalau ada sesuatu yang menyedihkan berlaku aku cuba selindungkannya di sebalik wajah selamba atau hanya sekadar diam. Kadang-kadang kesedihan itu bagus juga untuk seseorang merasai keinsafan. Tetapi keinsafan itu hanya untuk diri sendiri, bukan untuk dipamerkan kepada orang lain. Setiap orang ada caranya tersendiri untuk menyerap keinsafan dalam diri masing-masing. Tak perlulah kita menilai seseorang hanya kerana penampilan luarannya saja.

Dua minggu sudah berlalu sejak menyambut Hari Raya Pertama Aidilfitri yang jatuh pada hari Jumaat, 10 September 2010. Raya tahun ini merupakan raya pertama sebagai seorang anak tanpa ibu. Ibu telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Januari 2010 yang lepas akibat breast cancer stage 3. Lama juga arwah ibu menanggung derita, seingat aku hampir dua tahun. Banyak tempat sudah berubat tapi apa boleh buat, ajal tetap ajal. Kita hanya sekadar berikhtiar, yang menyembuhkannya adalah Tuhan Yang Esa.

pusara Raya Pertama Tanpa Ibu

Ironinya arwah ibu pergi meninggalkan aku dan tiga orang adik dua minggu sebelum anak sulungnya ini melangsungkan perkahwinan. Terkilan juga. Kalau dulu arwah ayah tidak sempat melihat anak-anaknya menamatkan pengajian di IPTA termasuk aku, kini ibu aku pula yang tidak sempat melihat anaknya berumahtangga. Niat aku untuk berumahtangga bukanlah untuk kepentingan sendiri, tapi untuk dijadikan hadiah paling berharga untuk arwah ibu dengan seorang menantu yang sangat baik dan penyayang. Ada sesetengah perkara yang tak mampu aku lakukan terhadap arwah ibu tetapi boleh dilakukan oleh isteri aku, namun tidak kesampaian.

Baca Seterusnya »

Sep 29, 2010

Siapa Sebenarnya Benjamin Stephen?

benjaminstephen Siapa Sebenarnya Benjamin Stephen? Berita Benjamin Stephen menghina Islam yang dipaparkan melalui Youtube sebenarnya dah lama tapi baru nak dijadikan isu oleh pihak kerajaan. Lambat betul alert dengan kes panas penghinaan Islam ni. Sepatutnya awal-awal dulu lagi dah ambil tindakan, bukan lepas bertahun-tahun baru nak ambil langkah.

Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap kes ini. Apa yang nak aku kongsikan hari ini adalah mengenai siapa sebenarnya Benjamin Stephen yang begitu lantang menghina Islam bahkan pandai membaca al-Quran dan berbahasa Arab.

Aku dapat tahu serba sedikit pasal Benjamin Stephen ni pada tahun lepas semasa aku ke Kg. Batu Gajah, Perak atas urusan kerja selama tiga hari. Dua orang rakan sekerja aku merupakan penduduk kampung berkenaan. Entah macam mana ketika makan bihun sup di satu gerai boleh terbuka cerita pasal Benjamin Stephen.

Menurut salah seorang rakan, Benjamin Stephen merupakan bekas senior dia semasa di sekolah menengah agama yang terkenal di Perak. Bila dah sekolah agama semestinya pelajar-pelajarnya beragama Islam.

Baca Seterusnya »

Uncategorized
Sep 29, 2010

Main Kutu Salah Di Sisi Undang-undang

Semalam sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos atas nama Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatat keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan seramai 30,000 ahli. Terkejut juga bila baca berita ni tapi bukan terkejut sebab keuntungan RM30 juta yang diorang dapat, terkejut sebab main kutu ni rupanya salah di sisi undang-undang.

Hot Chat hari ni pun duk cerita pasal akta main kutu yang aku rasa ramai tak tau kewujudan akta ni. Ramai yang terlibat dengan main kutu terkejut bercampur kecewa lagi-lagi yang tengah tunggu giliran nak dapat duit kutu.

Apa yang buatkan aku rasa pelik, syarikat sepasang suami isteri tersebut iaitu World Heritage Resources berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang tapi selepas dua tahun diserbu sendiri oleh pihak SSM termasuk dua lagi syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos. Persoalannya, kenapa dulu SSM meluluskan pendaftaran syarikat tersebut? Sedangkan cuma bank dan koperasi saja yang dibenarkan untuk mengambil wang daripada orang awam.

Apa sebenarnya Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 ni? Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks