Ini kali pertama blog aku ni dikunjungi 7 iklan Buffered Earning secara serentak. Kesemua iklan kebanyakannya iklan SkyScrapper dengan Leader Board. Memang dua jenis iklan tu je yang paling banyak menyumbang earning dalam sebulan dua ni. Dan seperti yang aku jangka iklan SkyScrapper paling senang untuk mengaut earning terbanyak lepas jadikannya sebagai floating ads kat sebelah kanan bawah skrin. Mungkin sebab ianya lebih catchy pandangan mata jadi pihak advertiser lebih yakin untuk beriklan kat blog picisan aku ni hehe. Betul ke tak entahlah. Sekadar teori saja.
Screen shot kat atas ni adalah untuk beberapa hari yang lepas sebelum dua iklan BE tamat menjadi Metered Earning iaitu iklan Sunway Velocity dengan Toyota Altis dua hari lepas. Iklan AMP Era.FM tu baru je bertandang pada hari aku ke Tasik Metropolitan baru-baru ni. Try tengok iklan AMP Era.FM tu, rupanya Radio Era dah membuka satu lagi stesen kat Kuching, Sarawak. Suka tengok laman web Era Kuching tu, cerah je dengan warna kuning hijau eheh dan gambar burung enggang pada homepage menjadikan laman web tu nampak macam tradisional tapi moden. Nice!
Screen shot kat bawah ni pula adalah iklan-iklan Buffered Earnings yang tengah running kat blog ni. Dalam pemikiran aku hari tu cadangnya nak buat la entri ala-ala advertorial untuk kesemua iklan BE yang ada ni. Tapi bab-bab review ni tak berapa pandai sangat. Tak naklah buat review sekadar melepaskan batuk di tangga macam beberapa orang blogger yang dipilih oleh Maxis untuk buat review khas tentang Nokia N8. Sebut pasal Nokia N8, kalaulah ada entri review terbaik aku akan pilih entri Khai sebagai pemenang tanpa was-was. Review dia memang padat, banyak info, bila baca tak rasa macam review kosong. Memang terbaik!
Sejak bulan 8 yang lepas nampaknya prestasi iklan Buffered Earnings kat blog ni makin bagus. Kalau dulu dapat earning pun tak sampai RM7 untuk satu-satu iklan dengan CTR Bonus pun biasanya kosong je, tapi sekarang alhamdulillah, setiap iklan ada CTR Bonus. Kalau dulu suka tengok berapa earning yang terkumpul, tapi sekarang ni suka tengok tulisan hijau CTR Bonus pulak hehe. Oh ye, entri kali ni bukan niat untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar untuk dijadikan motivasi buat diri sendiri, mungkin untuk korang yang baru join Nuffnang. Apalah sangat earning yang aku dapat ni. Ramai lagi blogger lain yang tiap-tiap bulan dapat earning berkepuk-kepuk daripada Nuffnang. Yang dapat beribu-ribu sebulan pun ramai. Diorang rileks je, tapi aku pulak sibuk nak tunjuk padahal berapa sen sangat dapat hehe. Sekadar motivasi saja, ok? Tak ada niat lain.
Penyumbang utama kepada earning iklan Buffered Earning atau eCPM ni semestinya daripada jumlah pelawat unik. Jadi ucapan terima kasih patut diberikan kepada korang yang sudi berkunjung ke sini. Tanpa korang, tak ada gunalah aku pasang iklan Nuffnang ni lagi-lagi untuk iklan CPC.
Sebagai membalas jasa baik korang, aku akan buat satu contest mudah dengan hadiah dalam bentuk duit. Mungkin ada tambahan hadiah, setakat ni aku cadang nak bagi voucher barang kemas. Woah!! Macam hebat je hadiah sampai nak bagi voucher eheh. Tengah fikir-fikir lagi. Nanti aku akan umumkan bila dah sampai masa yang sesuai. InsyaAllah.



{ 17 comments… read them below or add one }
aku nak jugak 7. baru dpt 1 ja nie..
Anwar Osman´s last [type] ..Celcom Xpax-The Everyone Sales
takpe, sikit2 iklan bertambah
sama-sama bro heh.
rezeki namanya
hafidz´s last [type] ..Cuti Rehat Cuti Sakit
wow..
lumayan2…
alhamdulillah
wah banyak tuh…steady bro..
zik´s last [type] ..Khasiat buah pala dalam kesihatan
adalah sikit2, alhamdulillah
sejak tukar domain ni, susah betul nuffnang nak bagi BE.
intankuterpilih´s last [type] ..Shah Jaszley Asmara Digosipkan Dengan Maria Faridah
oo ye ke. maybe lambat sket. ataupun try update survey
enak…enak…
Sarimin´s last [type] ..Mengintip 6 Blog Pribadi Marissa Haque
hehe..dah macam makanan pula
saya mmg tak reti semua nih.. huhu…
takde susahnyalah hehe.
tapi bro dah berkepuk2 poket dengan fotografi..
itu lagi mendatangkan kepuasan
aku dapat 3 je BE..PR pun rendah je..huhu..
waveX´s last [type] ..Review Blog Bulan Oktober 2010
ok dah tu 3 BE. maybe tak lama lagi bleh dapat banyak
Good 4 u.. Aku ni join je.. Dapat ke tak dapat ke.. Tak ambil port sangat..
fairus´s last [type] ..MY SPEECH PRESENTATION
takpe fairus. pelan-pelan kayuh. insyaAllah tak lama lagi ada la tu iklan BE berlegar2 kat blog
{ 2 trackbacks }