Anda di sini: Laman Utama » Uncategorized » 7 Bus Kelantan Tipu ke Final Piala Malaysia

7 Bus Kelantan Tipu ke Final Piala Malaysia

by Amirez on November 8, 2009 · 18 comments

Haha. Seronok pula bila tengok Kelantan kalah semalam. Ops, jangan pula cakap aku tak patriotik dengan negeri kelahiran mak ayah aku ni. Nak cerita pasal patriotik, mari aku mulakan dengan kisah di Tok Bali.

Dari 5hb lepas hingga 7hb aku berada di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan atas urusan kerja. Sepanjang berada kat sana tak pernah aku lupakan akan satu pertandingan julung² kalinya buat pasukan bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada malam 7hb. Semangat berkobar² untuk menyokong Kelantan walaupun aku sejak dari dulu lagi sangat tidak gemar dengan prestasi pemain² bola sepak Malaysia. Tapi kerana sokongan dan sambutan penyokong² Kelantan yang sangat luar biasa kali ni hinggakan 65 ribu tiket dijual kepada penyokong Kelantan dan berpuluh² bas ditempah khas untuk membawa penyokong² Kelantan ke Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat. Siapa yang tak naik semangat kalau begitu punya luar biasa sokongannya kan?

Hari terakhir di Tok Bali selesai sekitar pukul 2:30 petang. Pukul 3 dah mula bertolak balik ke KL dengan menaiki Naza Ria yang dipandu sendiri oleh aku. Baru dapat berita daripada ayah kepada bos aku yang semangat nak ke Bukit Jalil pada hari Jumaat sebelumnya. Katanya dia sekadar menonton Kelantan menentang Negeri Sembilan di rumah je, bas yang ditempah tu rupanya tipu. Ada 7 buah semuanya yang ditipu, sedangkan tiket perlawanan masing² dah beli. Kasihan.

Dalam keadaan macam ni pun masih ada pihak yang nak mengaut keuntungan dengan cara senang. Manusia kalau dah otak bisnes, kerja haram pun sanggup dia buat. Kalau tak, bertambah lebih kurang 280 orang penyokong di Stadium Bukit Jalil.

Tapi bagus juga, sekurang²nya tak menyaksikan kekecewaan di depan mata sendiri hehe.

Ok sambung tentang patriotik aku tadi.

Dalam perjalanan balik tu aku mengira² masa untuk sampai ke rumah. Dijangka akan sampai sekitar 8:30 malam. Hassan pun tengah mengira waktu untuk sampai sebab dia ada kelas mengajar Tarannum sekitar 10 malam. Yang aku tahu Syaari yang nak sangat menonton perlawanan tu. Walaupun aku tak kisah dapat tengok ke tak perlawanan tu, tapi seboleh²nya aku tak nak kecewakan harapan dua orang kawan aku ni. Dah la aku yang drive. Jadi segala perkara yang boleh melengahkan masa harus aku elakkan termasuklah makan malam huhu. Nak sokong Kelantan ni. Cukup patriotik dengan negeri tak? Eheh.

Sampai kat rumah sekitar 8:50 malam. Masa tu Negeri Sembilan baru nak buat sepakan penjuru. Tiba² banyak botol berterbangan ke arah pemain baju kuning tu. Sah dibaling oleh penyokong² Kelantan yang tiada adab. Tiba² perasaan menyokong Kelantan bertukar kepada Negeri Sembilan. Bukan bermaksud aku mudah berpaling tadah. Hanya mencari satu keadilan. Adakah kau suka menyokong seseorang yang zahirnya kelihatan kurang ajar? Aku hanya menyokong pada pihak yang bermain dengan baik dan utamakan semangat kesukanan. Tapi tiada pada penyokong² Kelantan, mahupun pemain.

Kalau nak dikira, kedua² pasukan bermain kasar (biasalah bola sepak) tapi aku perasan lebih banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain Kelantan terutamanya Indra. Malas nak sebut babak yang mana. Kalau kau menontonnya sendiri kau akan tau.

Apakah faktor kekalahan Kelantan?

Pada pandangan aku, mungkin disebabkan oleh satu sikap yang anti dengan pemain pasukan lain. Menganggap pemain lawan sebagai musuh untuk ditentang di atas padang kerana merebutkan sebiji bola oleh 22 orang pemain. Kalaulah perlawanan itu dianggap sebagai satu cabang untuk merapatkan ukhwah dan juga dijadikan sebagai satu riadah seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, mungkin perlawanan bola sepak ni dapat dijalankan dalam keadaan lebih selesa dan tiada emosional tidak baik berlaku.

Ada satu kenyataan agak pedas yang dipetik dari akhbar Utusan Malaysia:

“Kita tak pernah ada hutang dengan pemain dan gaji mereka dibayar tepat pada masanya, ini antara faktor kemenangan.” Kata Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Owh, teringat akan kisah pemain² Kelantan dahulu yang tidak dibayar gaji oleh KAFA.

Kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan dengan sokongan daripada 30% penyokong di Stadium Bukit Jalil. Tapi kalau ada anugerah jaringan gol terbaik aku akan memilih Indra yang membuat satu gol tunggal buat Kelantan pada minit² terakhir melalui sepakan percuma. Sangat cantik gol tu. Rasa macam tengok perlawanan EPL pula.

Kalau nak diulas tentang permainan, aku akan katakan masih seperti dulu…bermain dengan kelam-kabut sama ada pasukan Negeri Sembilan mahupun Kelantan. Mungkin untuk semua pasukan bola sepak Malaysia. Bukan itu je, penyokong pun tak habis² nak emosional lebih² lagi penyokong Kelantan. Tak cukup dengan baling botol air, dilemparnya pula mercun hingga berkepul² asap atas padang. Nak tambah lagi, kerusi pula dibakar. Hebat betul mereka ni.

Memang betul seperti yang dikatakan Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang penyokong² Kelantan tiada semangat kesukanan. Dan lazimnya juga bola sepak ni mesti ada pergaduhan atas padang dan rusuhan di luar stadium. Kerana berebutkan sebiji bola, dua negeri bermusuh.

Sebab tu aku tak berapa gemar dengan bola sepak. Baik main badminton hehe.

p.s: maklumat daripada peminat yang menyaksikan perlawanan di stadium, kedua² penyokong pasukan negeri masing² sama² baling mercun. sama² kasar. cuma kekasaran itu lebih jelas pada penyokong Kelantan kerana mereka adalah pasukan penyokong majoriti stadium.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 17 comments… read them below or add one }

anys nabilah December 4, 2009 at 11:59 am

hurm btowl ap yg yg dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz main bola or ape sje yg kte lkukn prlu slesa dn xperlu la da emosoinal yg xbek .hrap 2 kjadian yg sme xberulang lg…sy lg xmnat bola men bowling ag bez huhu bosan 2…

Reply

Amirez December 4, 2009 at 3:20 pm

sy pun x minat tgk bola. tp main game bola suka lak hehe

Reply

anis nabilah December 4, 2009 at 11:55 am

urm btowl2 kalo men bola ke ape ke xperlulah trlampau emosional sgt ..
hrap kjadian mcm 2 xberulang lg …hehe sy lg xminat bola huhu bosan 2…

Reply

rizal November 20, 2009 at 3:03 pm

jom main paintball kt tmpt sye. layari http://camprpg.blogspot.com
.-= rizal´s last blog ..BLACKHAWK DOWN =-.

Reply

Amirez November 20, 2009 at 6:21 pm

menarik tu. thx ya ;)

Reply

qider @ fie yang comei November 11, 2009 at 9:41 am

pagi tadi dgr kat radio ikim, bincang pasal piala malaysia hari tu.
satu pandangan yang aku rasa bagus dari sorang caller ni,dia kata ‘adakan pemeriksaan kat pintu masuk,tempat cek tiket dan ke tempat duduk (macam world cup pny style)’.

caller ni dia biasa menonton perlawanan bola sepak kat luar negara,satu contoh dari penonton @ peminat kat sana,andaikata ada sorang penonton dah start nak merusuh (dah baling botol ke) maka beliau akan ditangkap dan dihalau keluar stadium.

relevan tak nak apply kat malaysia?
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Ermm just something to write (Part 3) =-.

Reply

Amirez November 11, 2009 at 3:09 pm

bagus gak tu. rasanya kita kena tiru jugak style mat salleh.
yg baik tu kita amalkanlah. ni x. yg baik kita xnak ikut.
yg xbaik tu la nak tiru.

masalahnya, kat malaysia ni bleh x apply cara camtu?
rasa mcm susah..sbb org malaysia ni ‘berbudi bahasa’ eheh

Reply

qider @ fie yang comei November 9, 2009 at 10:11 am

betul3…layan badminton lagi best..melompat2 (betul2 punya melompat ni) aku sokong beregu main….
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Berdua denganmu (Part 1) =-.

Reply

Amirez November 9, 2009 at 5:27 pm

hehe…kenapa ni fie? happy dh kamu nampaknya. ada apa2 berita mengembirakan? sharelah…

Reply

qider @ fie yang comei November 10, 2009 at 1:13 pm

sudah gembira?because i finally found out why i was so depressed with no ending, that is : losing my self-confidence. now that i gain it back (slowly),i become happy day by day..eheh..

kalau malaysian main bola sepak bersungguh2 macam badminton,kompom aku dan dan minat serta menyokong.
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Ermm just something to write (Part 3) =-.

Reply

Amirez November 10, 2009 at 2:57 pm

hehe..baguslah. ini baru mcm fie yg kukenal dulu :)
seingat aku hg pernah dtg sokong aku lwn badminton kan?
tp hg dtg waktu aku perform x bagus.
waktu aku menang dpt no. 4 kategori single kat ito hg x mai lak huhu

Reply

qider @ fie yang comei November 10, 2009 at 3:51 pm

aku sokong sbb hg member aku..tapi tulah, ade jugak manusia2 yang fikir serong..jeles la tu aku ada member yang kool hua2
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Ermm just something to write (Part 3) =-.

Amirez November 10, 2009 at 4:25 pm

pk serong? pasai apa tu fie? ada berita yg aku x tau ke

qider @ fie yang comei November 11, 2009 at 9:16 am

ala salah fahaman antara persahabatan lelaki pompuan..org ingat aku suka kat hg (mcm aku tak tau kata hg dah berpunya time tu)..mustila aku suka kat hg,kalau tak takdenye nak member ngan hg.logiknya,kita takkan berkawan dengan org yg kita benci,ye tak?
(tula,ckp lagi dengan pompuan tak paham bahasa macam aku,heheheh)

alamak..sori tuan,dah keluar tajuk
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Ermm just something to write (Part 3) =-.

Amirez November 11, 2009 at 3:12 pm

eheh. mcm kes aku kwn ngan nora gaklah.
ntah camna bleh org ckp aku nak ngayat nora.
kisah sbnrnya nora nak jd kwn baik aku sjk balik dari
kem high voltage anjuran KKE sem 1 tahun 1 dulu.
adalah sbbnya dia ckp camtu..xperlulah aku bgtau kenapa.
hanya kami yg tau :)

Sna La La November 8, 2009 at 9:42 pm

Assalamualaikum, tuan empunya blog. =)
Saya terjumpa blog tuan yang menarik ini ketika mengkaji sesuatu. Alhamdulillah, bagus blog tuan ini. Teruskan. Mengulas perlawanan bola semalam, saya sebagai seorang perempuan yang tidak begitu minat menonton bola, sangat terkejut melihat reaksi para penyokong. Menurut rakan-rakan lain. reaksi emosional begitu memang lazim pada penyokong dari mana-mana negeri sekali pun. Cuma semalam kekecewaan penyokong Kelantan lebih terserlah kerana ianya final. Saya yang pada mulanya tidak menyokong mana-mana pasukan, terus menyokong Negeri Sembilan atas dasar ‘katakan tidak pada keganasan’. Tidak sangka pula tuan juga sama, malah lebih terkejut kerana tuan ada darah Kelantan. Nyata, stereotype orang Kelantan disanggah pada entri ini. Apa-apa pun, sungguh kasihan jejaka yang memadamkan kebakaran semalam. Jadi hero pun kepala kena baling botol. Kasihan sungguh. (Baik main paintball, hehe.)
.-= Sna La La´s last blog ..Demi La La dan Go Go! =-.

Reply

Amirez November 9, 2009 at 12:39 am

“bukan stereotaip” hehe..pinjam tagline Mohd Ismail.
main paintball walaupun kena tembak rasanya takde gaduh2 kan :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: