close button


7GB Maxis Broadband Bandwidth

Maxis Broadband 7GB Bandwidth

Semalam aku ada tunjuk Data Usage Maxis Broadband yang aku guna skang ni. Hari ni pulak Data Usage yang baru. Sebelum ni punya balance dah tinggal 0GB sebab dah habis limit. Hari ni ada 7.050GB balance. Maknanya ini adalah kuota baru aku untuk bulan Julai ni.

Tapi yang aku pelik kenapa ada 7GB? Setahu aku sepatutnya cuma 6GB je sebab dulu dapat SMS daripada Maxis sendiri bagitau kuota aku diupgrade dari 3GB ke 6GB sebab dah guna lebih setahun. Korang tau tak pasal ni?

Tang bil pulak yang sepatutnya bulan ni aku cuma kena bayar RM118 berbanding dulu RM138 tak dapat confirm lagi. Bil tak sampai lagi dalam kotak email aku. Maybe petang karang kot. Dah dapat nanti aku akan update secepat mungkin. Maybe lewat sket sebab kena pergi ke Damansara Height ada urusan penting. Harap² Lebuhraya PLUS dah tak sesak dah macam tadi ada lori terbalik. Jalan sesak bukan main panjang. Biasalah, pemandu Malaysia pemandu prihatin. Nak jugak tengok apa jadi kat pemandu, ataupun mungkin ada yang ambik nombor plet buat main 4D, huh!! Diorang tak fikir ada orang lain yang emergency kat belakang nak ke toilet ke apa ke. Haih, bila la nak sedar. Radio, tv dah bagitau jangan slowkan kenderaan sebab nak tengok kemalangan. Biarlah pihak tertentu je yang sibuk² buat kerja diorang.

Related Posts with Thumbnails

4 comments so far

  1. apis
    #1

    zaazz..broadband actually laju ke x ek?

  2. Amirez
    #2

    sebenarnya depends pada coverage.
    kalau area kampung biasanya celcom lebih kuat.
    macam tempat sy ni coverage maxis bb ngan celcom bb memang sgt memuaskan. laju je nak online. download pun best.
    apa yg penting sebelum subscribe broadband make sure
    check dulu coverage kat area rumah ok ke tak.
    better pegi ke center terus. jgn kat booth, selalunya diorang cakap ok je coverage padahal coverage tak berapa kuat

  3. yes
    #3

    klau no plet cuma ada 2 nombor macam mana pulak?
    haha!

  4. Amirez
    #4

    haha. mesti orang tu kecewa :P

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

One Trackback/Ping