9 Rancangan TV Yang Menarik Ditonton

Salam pagi buat semua. Apa plan hari ni? Pagi-pagi ni aku sekadar lepak di McD je, boleh jugak siapkan kerja-kerja freelance aku yang agak terbantut sket beberapa hari lepas. Hari ni order Sausage McMuffin dengan air ribena. Pagi-pagi dah minum ais, haish, tak bagus untuk kesihatan!!
Hari ni aku nak senaraikan 9 rancangan TV yang menarik untuk ditonton yang boleh bawa impak positif kepada kita. TV adalah hiburan tapi jangan jadikan ia sebagai hiburan yang terlalu melalaikan kita. Jadikan rancangan TV tu sebagai satu sumber ilmu yang bermanfaat, barulah hidup dengan sedap di dunia ni hehe.
1. Overhaulin’
Tahun lepas aku suka tengok Pimp My Ride. Tiap-tiap malam lepas balik kerja mesti download setiap episod sampaikan officemate yang seorang ustaz pun minat sama hehe. Tapi tak boleh la nak download selalu, kering la kuota Maxis broadband aku nanti. So skang ni aku selalu layan Overhaulin’ kat 8TV setiap hari Isnin pukul 11:45 malam. Aku suka tengok kereta yang dimodified dengan semangat berpasukan diorang siapkan kereta dalam 7 hari.
2. Dinner Impossible

Dulu selalu tengok Hell Kitchen, sekarang ni Dinner Impossible pulak. Kalau aku tak pergi kerja hari Selasa, aku suka layan Dinner Impossible di NTV7 setiap pukul 10 pagi. Kalau tak dapat tengok pagi, boleh tengok pukul 7:30 malam hari Isnin di NTV7. Aku suka tengok chef tu menguruskan masa yang diberi sebelum hidangkan dinner kepada tetamu. Ada tips memasak sekali. Sebenarnya aku suka masak tapi tak pandai eheh.
3. Driven
Boleh dikatakan sebagai Top Gear versi Malaysia. Pandangan jujur tester dalam Driven ni buatkan aku minat nak follow setiap episod walaupun masih ada ayat-ayat nak jaga hati. Tapi aku selalu lupa nak tonton setiap Ahad pukul 10:30 malam di 8TV. Selain daripada Driven aku suka tonton Jom Ronda Bersama Proton yang baru je tamat musim ke…erk…lupa la pulak huhu. Aku suka dengan borak-borak kelakar diorang dengan tips-tips penjagaan kenderaan daripada Proton. AG pulak memang seorang pengacara yang sangat bagus.
4. I’m Old Enough
Haha, rancangan ni selalu buat aku ketawa kecil tengok telatah kanak-kanak Jepun berumur sekitar 3 hingga 4 tahun keluar ke kedai beli barang sendiri untuk ibu diorang. Korang patut tengok kanak-kanak comel ni setiap Ahad pukul 6 petang di TV3. Bayangkan umur 3 tahun dah pandai berdikari. Jalan kaki keluar rumah, naik bas, naik feri, semua sendiri. Agak-agak anak kita boleh tak macam tu? Tapi kalau boleh pun kat Malaysia ni tak selamat biarkan anak-anak kecil berjalan seorang diri ke kedai, penculik dah macam satu profession kat negara kita ni.
5. Nanny 911

Sejak nak jadi ayah ni (insyaAllah hujung tahun ni
) aku suka tonton Nanny 911 di NTV7 setiap hari Jumaat pukul 8:30 malam. Rancangan ni tunjuk ajar kita macam mana nak didik anak-anak supaya lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek. Tapi ada teknik atau cara yang tak boleh kita nak sesuaikan dengan budaya Melayu dan agama Islam. Ambik yang positif jelah.
6. Ilmu Alam Ghaib
Aku suka dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan dalam rancangan Ilmu Alam Ghaib setiap Isnin pukul 10 malam di TV3 tentang perihal rasuk merasuk dengan makhluk halus. Perlu jugak tahu at least sikit pasal gangguan makhluk halus ni supaya kita dapat belajar cara untuk mengelaknya. Jadi aku beli buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus dengan CD sekali daripada Ustaz Sharhan sendiri. Sikit lagi nak khatam. Khatam buku je, bukan ayat-ayat untuk pulihkan orang yang kena rasuk hehe. Aku baca buku ni pun untuk diri sendiri. Nak tolong orang, rasanya tak layak eheh.
7. Akademi Quran
Dah lama minat tarannum tapi tak berpeluang lagi nak belajar. Dalam Akademi Quran Musim 4 aku rasa bangga kawan sendiri dapat masuk walaupun tak dapat ke peringkat akhir. Hassan ada bagi pinjam CD bacaan taranum tapi baru tengok gitu-gitu je. Tak best sangat kalau tak berguru dengan orang nak belajar tarannum. Semalam tamat sudah AQ Musim ke-empat dengan juara disandang oleh Ustaz Ahmad Tirmizi. Tahniah!!
8. Discovery Channel
Balik rumah mertua mesti nak tengok Discovery Channel hehe. Lagi best kalau time tu tengah tayang pasal mega structure. Tengok rancangan ni buatkan minda aku terbuka sangat luas. Baguslah DC ni dalam pakej basic Astro. Nanti nak pasang kat rumah tak perlulah tambah pakej lain.
9. National Geographic
Ini satu lagi rancangan kegemaran aku daripada Astro. Kalau tayang pasal haiwan-haiwan atau alien memang tak berganjak dari sofa la jawabnya eheh.
Eh, takde ke rancangan daripada RTM? Haha, memang takde. Jarang-jarang sangat tengok RTM. Kalau tengok pun cerita P.Ramlee kat TV2. Tapi tak bermakna rancangan RTM tak paparkan rancangan berilmiah. Aku rasa rancangan-rancangan kat saluran RTM lagi banyak yang berunsur ilmiah daripada hiburan. Cuma penyampaiannya kurang menarik minat aku untuk menonton.
Oh ye, cerita CSI dah takde ek kat TV? Rumah aku skang ni takde Astro lagi. Sebut pasal Astro, semalam aku perasan ada piring Astro warna kelabu gelap. Itu piring Astro baru ke?
10 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






[...] asal ni. Aku nak ajak korang fikir pasal cerita TV yang ada sekarang ni. mengikut post dari Blog Amirez [...]
eheh..takpe fie. hg memang pemegang pengomen terpanjang setakat ni
aju dah selamat bersalin. tak lama turn hg pulak hehe
[Reply]
eh eh..aku suka layan Kelas Fardhu Ain TV9 pukul 6.30..saja nak mengajar baby2 aku tgk benda2 bermanfaat..
CSI aku dah lama tak tgk,dah hilang aura agaknya..tapi Nanny 911 tu hubby aku suka layan,mula2 aku malas nak tgk sbb pada aku benda tu ala2 realiti TV (aku skeptical sket bab2 realiti TV ni),last2 aku pulak melayan sekali dengan dia.byk ilmu parenting yg boleh digunapakai TAPI kena kutip yg masih pada landasan syariat la..
Imam Muda tu pun mula2 aku bolayan,tapi dah aku maternity leave awal,takde benda pulak nak tgk kat OASIS tu (aku tak tahan dengan drama,bisa muntah),layan jelah siaran ulangan.serius,i am so impressed,sbb byk ilmu2 (sembelihan,rumahtangga dll) secara praktikal dilakukan oleh peserta2 yg sekaligus memahamkan kita pasal ilmu agama.pastu dgr hujah2 peserta imam muda tu dalam setiap tugasan,rasa terbuka sikit otak aku.dah lama dahagakan ‘perbahasan’ agama cenggitu..
sekarang ni,aku ngan hubby dok melayan drama KCB (spesial ramadhan).disebabkan nama pun drama,maka aku ngan hubby tak marathon abiskan semua episod,just 1ep sehari.my comment so far,seriously sgt2 mempunyai mesej2 yg berguna wpun ada la sket2 soap operanya (nm pun drama indon).tp takle sbyk bwg putih bwg merah tu.
aiseh..terpanjang pulak komen..maaf ye tuan rumah..moga kamu dan anis baik2 aja
qider´s last [type] ..My Pregnancy Part 4
[Reply]
salam norazam.
thanks sudi berkunjung ke blog picisan sy ni.
owh minat motorbike rupanya.kat malaysia rasanya takde lagi rancangan pasal motorbike kan? sepatutnya kena buat gak satu, baru meriah industri permotoran kita. bleh panggil Welly sebagai penerbit rancangan eheh
[Reply]
Salam..wah..blog saudara memang cantik dan tersusun.Saya punya,kalang kabut.Saya bukanla blogger profesional,sekadar tau tekan2 keyboard je.OVERHAULIN…sama la minat kita.Tapi,saya lebih ke superbike..dan sering lipat telinga dgn geng moto kuasa tinggi kat jalan ulu yam..
[Reply]
sejak dua menjak ni pun aku suka tgk chuck. tp sebab main kat tv2 aku selalu lupa nak tgk eheh.
lama tak dgr khabar bro? sihat?
[Reply]
aku plak ske nengok overhaulin dengan chuck..kalo x kat tv2 aku genti ngk time keja ari rabu.. hohooh
Domz´s last [type] ..Apa kata survey
[Reply]
lupa pulak ada kat tv1. thx bro
[Reply]
National Geographic setiap hari jam 7 malam di TV1.
[Reply]
9 Rancangan TV Yang Menarik Ditonton…
Hari ni aku nak senaraikan 9 rancangan TV yang menarik untuk ditonton yang boleh bawa impak positif kepada kita. TV adalah hiburan tapi jangan jadikan ia sebagai hiburan yang terlalu melalaikan kita. Jadikan rancangan TV tu sebagai satu sumber ilmu yan…