Abadikan Gerbang Perkahwinan di Internet
Ramai juga yang menamatkan zaman bujangnya baru² ni. Yelah, asalkan cuti je mesti bertimbun kad walimah datang ke rumah. Alhamdulillah, perkahwinan itu satu cabang ke arah kebaikan hidup di dunia ini.
Sabtu lepas kawan sekelas aku, Rashidah telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Rafiq yang juga kawan sekelas dengan aku di UTHM. Esoknya pula lagi satu pasangan sekelas dengan aku di UTHM berkahwin di Penang, Noor Hidayah dengan Imamuddin. Tahniah semua
Maaflah kepada Rashidah, tak dapat nak ke kenduri kahwinnya di Kota Tinggi. Ada urusan di PICC pada hari tu. Kenduri rumah Dayah pun tak dapat pergi. InsyaAllah aku akan ke kenduri di rumah Imamuddin Sabtu ni. Sekali lagi minta maaf kepada Rafiq tak dapat ke kenduri di rumahnya di Pahang pada hari yang sama. Apa² pun, tahniah.
Oh ye, tak lupa juga kepada Haslina Sulfani yang bernikah pada 24 September lepas. Kekesalan masih berbuku di hati sebab tak dapat tunaikan permintaan dia untuk jadi wedding photographer huhu.
Suka aku nak kongsikan satu website ni yang sangat sesuai kepada pasangan² pengantin yang ingin memori indahnya disemadikan di Internet buat tatapan rakan² dan sanak-saudara yang jauh. Boleh masukkan gambar, cerita kisah pertunangan dan perkahwinan, masukkan map untuk ke tempat kenduri kahwin, ucapan kawan² dan macam² lagi. Template disediakan. Tinggal nak edit teks je. Memang mudah. Paling penting ianya PERCUMA dan kekal.
Jadi silalah ke MomentVille.
Alternatif
Kalau nak nampak lebih menarik bolehlah mengupah kami untuk setupkan satu laman khas untuk perkahwinan anda. Tapi dikenakan sedikit bayaran untuk membeli webhosting dan domain name serta maintenance. Semuanya kami uruskan. Apa yang anda perlu sediakan hanyalah gambar², teks dan maklumat saja. Dengan ini anda mempunyai satu laman web sendiri yang nampak lebih profesional dan lebih menarik.
Harga PROMOSI yang ditawarkan adalah RM 350 RM 290 RM 160 sahaja. Harga ini akan kekal sehingga akhir tahun 2009. Kami yakin tidak ada servis lain serendah harga ini. Mungkin kami boleh dikatakan gila dengan meletakkan harga yang amat rendah ini, tapi demi anda yang berkunjung ke sini kami tidak berkira sangat. Anda tidak akan jumpa di tempat lain dengan harga sebegini rendah pada ketika ini. Hubungi kami sekarang untuk tempahan.
oh ya, servis ini hanya untuk setupkan laman web bagi memaparkan gambar² kenangan manis anda (pertunangan, perkahwinan atau apa saja) sahaja. Atau dengan istilah lebih tepat dipanggil photoblog.
Semoga kenangan indah anda akan bersemadi di alam Internet
9 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- tarmizishukri: nice one, lepas ni...
- Fazreen: nak try dengan iphone teknik...
- nizam: memang best main bokeh...
- nizam: terima kasih atas perkongsian...
- nizam: lagu ni memang unik…aku...
- Denaihati: tiada diet sebaik diet...
- azman: Bila nak ada dslr nih..dah...
- payiet82: Satu tips yang sangat...
- Shahrul: cool…buleh try ni
- akubiomed: Setakat ini belum...






sebenarnya sy hampir lupa nak setup 1 laman khas utk servis tu. dh hampir setahun, tak siap lg sbb bz ngan keje lain. means, sample pun tak siap huhu. insyaAllah dlm masa terdekat ni sy akan siapkan. nati sy kaborkan kat saudara.
ok gak kalau nak collaborate
win-win
[Reply]
Ada sample tak? bagus utk masuk dalam pakej ni.hehe
[Reply]
salam klikers.
1stly, thx atas kunjungan saudara ke sini
pakej ni saudara akan dpt domain baru.
RM160 termasuk webhost dengan domain name
[Reply]
Salam,
Pakej Photoblog tu dapat domain baru ke shared domain (subdomain)?
.-= Myklikers´s last blog ..We are alive and kicking! =-.
[Reply]
wah projek baru eh…teruskan usaha memanting tulang anda yer..sentiasa menyokong anda
[Reply]
Amirez Reply:
October 6th, 2009 at 8:30 pm
hehe.makaseh
[Reply]
usaha baik bro .. salam tabik !
.-= eldy´s last blog ..Cerita Kedai Kopi – Malique feat Salam =-.
[Reply]
Amirez Reply:
October 6th, 2009 at 4:57 pm
thanks bro
nice blog.
merah itu passion eheh
[Reply]
Abadikan Gerbang Perkahwinan di Internet | Amirez…
Suka aku nak kongsikan satu website ni yang sangat sesuai kepada pasangan² pengantin yang ingin memori indahnya disemadikan di Internet buat tatapan rakan² dan sanak-saudara yang jauh. Boleh masukkan gambar, cerita kisah pertunangan dan perkahwinan, ma…