Anda di sini: Laman Utama » Personal » Ada Apa Dengan 14 Ramadhan

Ada Apa Dengan 14 Ramadhan

by Amirez on August 14, 2011 · 24 comments

Terasa macam dah agak lama tak update blog padahal baru tiga hari. Yang boleh terasa lama tu sebab hari Jumaat dengan Sabtu semalam tak sentuh laptop sebab aku ke Kuantan hari Jumaat lepas. Ada urusan penting sikit. Pukul 6:30 petang semalam baru balik rumah.

Ok. Sedar tak sedar dah 14 hari kita berpuasa. So, ada apa dengan 14 Ramadhan ni? Tak ada apa sangat. Cuma nak bagitau dah masuk separuh bulan dah kita berpuasa :) Awal-awal puasa dua minggu yang lepas kalau pukul 3 petang tu dah rasa tak bermaya sangat dah. Tekak dah dahaga sangat. Perut dah mula berkeroncong. Tapi sekarang ni agak steady mungkin sebab dah biasa. Dua minggu puasa takkan tak biasa lagi kot haha. Sebab tu jugalah kita disunatkan berpuasa dalam awal bulan Syaaban yang lepas sebagai persediaan berpuasa di bulan Ramadhan.

Selain daripada dah 14 hari kita berpuasa, hari ni genaplah 9 bulan usia ‘Iffah mengikut kalendar Masihi. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je ‘Iffah dilahirkan. Setakat ni merangkak tu tak pandai lagi, baru boleh melutut sikit-sikit. Tapi menyulur dah laju dah macam komando. Terbaru, ‘Iffah dah pandai bangun untuk duduk sendiri. Gigi pun dah nampak sebatang kat gusi bawah. Hari tu demam satu malam sebab nak tumbuh gigi. Seronok bila bergelar bapa ni. Nak sangat dengar ‘Iffah sebut ‘abi’ nanti :)

Eh, hampir terlupa 14 Ogos ni adalah tarikh last road tax kereta aku. Sebelum ke Kuantan hari tu tak sempat nak renew, lagipun tak berapa ambik kisah sangat sebab bawak kereta isteri. Tapi tak payah nak risau sangatlah kalau nak renew road tax ni, boleh je renew secara online. Lepas tu tunggu je road tax sampai depan pintu. Nak lagi cepat boleh terus ambik kat pejabat Myeg yang terdekat. Korang macam mana? Jangan lupa check road tax seminggu sebelum balik kampung nanti.

Lagi dua minggu nak raya. Baju raya pun tak beli lagi ni. Malas nak tempah-tempah aih. Sekarang ni banyak pilihan baju Melayu raya jual kat shopping complex. Murah dan berkualiti. Tapi kenalah pandai memilih ;) Akhir kata, selamat berpuasa untuk minggu yang kedua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 24 comments… read them below or add one }

iffah November 13, 2011 at 4:50 pm

huhu…nme bby sme nme ngn sy…comel tol dy…

Reply

Amirez November 22, 2011 at 6:19 am

hehe. org nama iffah memang cute kot :)

Reply

Haru August 18, 2011 at 7:09 pm

dan 20 ramadan akan ada event majlis buke pose blogger kelantan..hoho
Haru´s last [type] ..Jemputan Berbuka Puasa Untuk Blogger Kelantan

Reply

Amirez August 18, 2011 at 11:33 pm

hoho..tu yg paling penting ;)

Reply

W.R August 18, 2011 at 4:31 pm

sekejup masa berlalu..:)
W.R´s last [type] ..wrizuan.net disinggahi Google Sitelink..

Reply

Khidhir August 17, 2011 at 1:24 pm

cheh. ingatkan kenapa la dgn 14 ramadhan..
Khidhir´s last [type] ..Daftar Email 1 Malaysia Myemail.my

Reply

azura August 17, 2011 at 12:06 am

raya pertama sebagai bapalah yer bro…alahai untunglah Iffah sebagai pelengkap…

Reply

Amirez August 17, 2011 at 12:39 am

tahun lepas raya sebagai suami. tahun ni sebagai bapa pula :)

Reply

nuriz August 16, 2011 at 6:06 pm

comelnya iffah, memang cepat masa berlalu dah tengah2 ramadhan

Reply

Amirez August 16, 2011 at 6:14 pm

baju raya ‘iffah dah beli awal2 dah hehe. baju raya abinya je baru nak beli esok

Reply

nurqider August 17, 2011 at 10:33 am

peh,aku plak orang dok soh beli baju raya kat budak2 tu tapi aku tak konpiden nak bagi depa pakai..kang satgi dok bebel2 soh bukak baju melayu sebab panas..kan haru..
nurqider´s last [type] ..Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 5)

Reply

Amirez August 17, 2011 at 6:53 pm

haha. orang mmg suka tgk baby pakai baju melayu kecik. comel je. hari tu cari gak baju kurung utk ‘iffah tapi takde lagi saiz dia. saiz 0 pun besor lagi

Reply

muhammad fakhruddin August 16, 2011 at 4:00 pm

Sedap sungguh nama anak bro tu :)

Reply

Amirez August 16, 2011 at 6:14 pm

gabungan pilihan sy dgn isteri :)

Reply

nurqider August 16, 2011 at 1:08 pm

dulu si kembar baru 5 bulan,orang dah tak sabo nak nengok depa merangkak..kakak sepupu aku ada ajar soh urut2 paha ke kaki baby bagi otot2 kat situ terangsang dan semoga baby cepat jalan and aku buat,yang kelakarnya,diorang dok mengesot/menyulur sebab tak mampu nak angkat badan yg montel itu..

sekali bila bertandang kat umah kakak sepupu itu,(dia cuti belajar so available le kat umah),aku tatau la apa yg dia praktiskan kat hero dua orang tu,by 6 month dah boleh bangun dan belajar merangkak perlahan2..

best sebenarnya dengan anak2 ni,tambah2 kalau progress diorang ada sumbangan dari kita..sekarang ni aku dok ajar diorang jgn manja sangat,baru ja belajar berjalan,nampak aku trus soh dukung..aih hancur (T_T)

Reply

Amirez August 16, 2011 at 6:13 pm

dulu ada org ckp baby laki lambat berjalan compare ngan baby pompuan. baru2 ni ada lak yg ckp terbalik. ntahlah..aku dah konfius.

baru td aku perasan ‘iffah mcm nak merangkak dah cuma dia tak pandai nak melutut lagi.

memang seronok tengok perkembangan anak depan mata kita sendiri, kan :)

Reply

nurqider August 17, 2011 at 10:27 am

hadeh,susah jugak kalau bab2 ckp org ni,sebab tu aku suka suggest parents supaya banyak membaca dan gain experience through other people and anak sendiri..pada aku yang penting kita cuma boost je perkembangan anak,kalau dah mmg diorg lambat,rilek2 aje..

aku tensen orang dok kata si kembar tu gemuk tu yg lambat berjalan,tapi pada aku diorang ok je (pada logik akal,bukan pada pandangan seorang ibu yg defensive) sebab diorang keluar dulu pun dah memang besau eheh..sebab aku yg kontrol apa yang anak2 mkn..

cuma kalau anak kita tu mmg dah lambat bebeno,baru le kena risau,bawak jumpa paed,but as long as instinct rasa fine,takde apelah..’iffah tu bukan ape,cuma nak manja2 ngan abi dia,si kembar aku tu pun sama ja..haha
nurqider´s last [type] ..Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 5)

Reply

Amirez August 17, 2011 at 6:52 pm

itulah. orang bleh cakap macam2 padahal diorang tak tau hal yg sebenar. kita raikan diorang jelah. anis dulu 15 bulan baru bleh berjalan hehe.

Reply

nizamghazi August 16, 2011 at 10:41 am

Comelnya iffah :)
Macam muka papa dia ke mama dia?

Reply

Amirez August 16, 2011 at 2:41 pm

comel macam abinya…hensem macam umminya :P

Reply

danish August 14, 2011 at 8:53 pm

cantik gambar baby tu..
Road tax kereta saya lepas raya ni baru mati..

Reply

Amirez August 15, 2011 at 1:01 am

sempatlah balik kampung :)

Reply

Shahrulsite August 14, 2011 at 5:28 pm

cepat sungguh masa berlalu…tak sedar

Reply

Amirez August 14, 2011 at 5:35 pm

tak lama lagi dah nak raya. rasa baru bulan lepas puasa 1431H :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: