Ada Apa Dengan Nuffnang
Nuffnang, untuk blogger mungkin bunyinya tak asing lagi dah. Boleh dikatakan sinonim jugalah dengan nama blogger walaupun tak semua blogger suka pasang iklan dekat blog diorang. Ada juga orang buat blog semata-mata untuk generate income dan hasilnya kurang memuaskan untuk dibaca. Takde salahnya pun cuma niat berblog tu boleh mempengaruhi cara penulisan blog korang. Tulislah blog secara ikhlas, insyaAllah blog korang sedap dibaca. Jangan buat blog merapu macam Amirez.com ni. Asal blog pasal komputer tapi sekarang dah jadi macam rojak buah haha.
Beberapa hari sudah aku buat entri tentang kelebihan Glitterati Nuffnang. Tapi ada yang tanya apakebendanya Nuffnang ni. Secara ringkasnya Nuffnang ni satu syarikat pengiklanan Malaysia yang berikan peluang kepada publisher iaitu blogger untuk dapat earning daripada diorang dengan memaparkan iklan diorang kat blog kita. Berapa yang kita dapat? Secara umumnya bergantung kepada berapa ramai yang klik iklan yang keluar kat blog kita tu. Makin ramai klik, makin tinggilah pendapatan yang kita dapat. Itu dipanggil Cost Per Click (CPC). Ada juga iklan Nuffnang berbentuk CPM (Cost Per Impression) yang lebih best daripada CPC.
Apa yang bestnya dengan iklan berbentuk CPM daripada Nuffnang ni? Ah ha. Iklan ni tak perlu orang klik pun untuk kita dapat earning. Hanya tempek iklan ni kat blog dan tunggu Nuffnang bayar kat kita bila dah tamat tempoh iklan. Best kan? Tapi lagi best kalau blog korang dapat trafik (unique visitor) yang tinggi. Lagi tinggi trafik, lagi tinggi bayaran yang korang terima sebab bayaran berdasarkan purata pelawat unik ke blog korang. Alhamdulillah, masa entri ni ditulis ada satu lagi iklan CPM baru kat blog ni. Tapi earning tak banyak sangat. Takpelah. Rezeki, terima seadanya hehe.
Tak semua blog akan dapat iklan CPM ni. Sebab tu bayarannya lebih lumayan daripada iklan bentuk CPC. Jadi kuncinya kat sini kalau nak dapat iklan CPM mesti mempunyai trafik yang baik untuk blog korang. Berapa ramai, tak dapat nak dipastikan. Kalau korang perasan ada iklan yang sama menempek kat blog korang setiap kali blog dibuka, maybe itulah iklan CPM. Kat bahagian dashboard korang dalam Nuffnang boleh check iklan ni dengan klik pada ikon Earnings. Iklan CPM ni dinamakan Buffered Earning.
Kesimpulannya kalau korang ada blog dan nak cuba dapatkan pengalaman earning melalui blog bolehlah cuba untuk daftar Nuffnang secara percuma. Kita tak perlu bayar apa-apa pun kat diorang, diorang yang akan bayar kita. Tugas kita hanya pastikan trafik blog kita bagus dengan content yang bagus. Itu saja. Jangan terkejut ada blogger yang dapat RM2,000 hanya melalui Nuffnang. Aku pun dah layak untuk terima cek Nuffnang tapi aku tak apply lagi. Nak kumpul beribu-ribu dulu baru nak request cek tu baru best nak clear kat bank hehe. Kalau bulan-bulan dapat beribu-ribu memang seronok. Silap-silap akauntan bank pun tanya macamana kita dapat earning camtu
Sebagai makluman, aku dalam proses nak siapkan satu ebook berkenaan dengan cara percuma buat duit dengan Internet. Setakat ni ada 15 cara tapi makan masa yang agak lama nak siapkan. Mungkin ebook tersebut akan dipecahkan kepada dua bahagian supaya aku dapat siapkan bahagian pertama lebih cepat. Ramai yang dah tanya bila nak siap huhu. Aku minta maaf sangat sangat. Bila dah siap kerja-kerja sekarang ni aku akan lancarkan ebook bahagian pertama tersebut. Ebook tersebut bukan untuk dijual. Aku akan berikannya percuma saja!! Jadi kalau tak nak terlepas bolehlah langgan blog aku ni melalui feed atau email yang lebih mudah.
p/s: salah satu daripada 15 cara buat duit di Internet adalah Nuffnang yang akan diterangkan dengan lebih detail
18 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






Macam mana kta nak tahi iklan tu cpc ke cpm ke
[Reply]
Amirez Reply:
October 16th, 2011 at 10:29 pm
kalau nuffnang, iklan cpm ditanda sebagai Buffered Earning. kalau tak ada Buffered Earning dlm akaun nuffnang bermakna BE tu tak dapat lagi
[Reply]
Amirez,mcm mana nak dpt BE..tak pernah dpt langsung..mmungkin sebab blog saya kurang trafik blog.dlm sehari dlm 20je view.blog Amirez ni mesti banyak trafik..mcm mana nak dpt byk trafik..
farhan´s last [type] ..IniAnwarHadi… dia terkenal ke..
[Reply]
Amirez Reply:
September 14th, 2011 at 9:34 am
setakat yg tahu, nak dapatkan BE kena cukupkan syarat Glitterati dulu. itu paling basic. boleh rujuk entri Kelebihan Glitterati.
trafik tak sure main peranan atau tak. tapi once dah dapat BE, for sure trafik yg banyak sgt diperlukan utk generate earning yg lebih banyak.
nak dapatkan trafik yg banyak, paling simple kena blogwalking selalu seramai yg mungkin. kedua, entri yg boleh menarik minat pembaca. ada banyak lagi cara. satu lagi main dengan SEO tapi banyak kerja sket
[Reply]
sy dah sign up nuffnang tp bla nak log in dia kata Cubaan log masuk anda tidak berjaya, mungkin disebabkan e-mel atau kata laluan yang diberikan tidak sah.
Sila cuba lagi. biar betol…
[Reply]
Amirez Reply:
December 16th, 2010 at 7:55 pm
eh ye ke. bila tu? kalau sehari dua yang lepas maybe ada prob, sbb diorang tengah maintenance. try esok atau lusa. kalau tak dapat, try register baru guna email yg sama
[Reply]
suke baca post ni..lebih tahu sedikit bab nuffnang ni:)terima kasih:)
[Reply]
Amirez Reply:
December 7th, 2010 at 1:46 pm
terima kasih farah
[Reply]
wow!!!! detail sgt!!! i loike!!! thanks for sharing!!!
Aisyah AR´s last [type] ..Beza Foundation & Concealer
[Reply]
Amirez Reply:
November 30th, 2010 at 5:35 pm
owh, detail ke? rasanya macam banyak lagi tak share hehe. thanks aisyah
[Reply]
suka saya baca entry ni, tambah2 lg saya ni orang baru dalam dunia blooging ni….
boleh la kiranya buat NUFFNANG ni kan
Cik wan´s last [type] ..New Post
[Reply]
Amirez Reply:
November 17th, 2010 at 9:38 pm
terima kasih cik wan sebab suka dengan entri saya yg tak seberapa ni
boleh je nak bernuffnang, tak ada salahnya
[Reply]
saya suka baca blog ni…sedikit sebanyak membantu saya yg masih baru sgt dalam blogger ni…
sab´s last [type] ..WAHAI HATI
[Reply]
Amirez Reply:
October 22nd, 2010 at 3:58 pm
terima kasih kerana sudi bertandang
[Reply]
biasa2 je edy. masih bertatih utk maju mcm blogger2 lain hehe
[Reply]
mesti kencang nuffnang kan
edy´s last [type] ..Nuffnang hukumnya haram Biar betul
[Reply]
thanks ken for dropping by
[Reply]
im on nuffnang =)
ken´s last [type] ..Manchester United New Shirt Sponsorship
[Reply]