Aug 17, 2010

Adab Membaca al-Quran

  • Share
  • Share

alquran Adab Membaca al Quran

Bulan Ramadhan ini adalah bulan mengajar kita menjadi seorang yang soleh dan dapat mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Salah satu cara untuk mengisi masa dengan baik bagi mengawal diri kita daripada melalukan perkara-perkara yang dilarang dan tidak sepatutnya ialah dengan membaca al-Quran.

Selain sembahyang Tarawih, bertadarrus membaca (tilawah) al-Quran al-Karim adalah satu amalan yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Seperti ibadah yang lain, tilawah al-Quran juga mempunyai peraturan dan adabnya agar amalan mulia ini menjadi lebih bermakna dan mendapat pahala daripadanya.

Adab-Adab Membaca al-Quran

Faham Terhadap Tafsiran

Adalah lebih utama (awla) membaca al-Quran mengikut kefahaman terhadap maksud atau tafsiran ayat-ayatnya lalu mengamalkannya. Pembacaannya hendaklah mengikut hukum tajwid dan peraturan-peraturan yang tertentu

Allah Taala berfirman, mafhumnya, “Orang- orang yang telah kami datangkan al-Kitab sedangkan mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya, maka mereka itulah yang beriman kepadanya, dan barangsiapa engkar terhadapnya maka merekalah orang-orang yang rugi”. (al-Baqarah : 121)

Mengikut Ibnu ‘Abbas, ayat “membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya” di atas itu bermaksud: “mempelajarinya dan benar-benar patuh mengamalkannya”.

Mengikut Imam al-Ghazali : Bacaan al-Quran dengan sebenar-benar bacaan itu ialah adanya persepaduan antara lidah, akal dan hati. Lidah mentashihkan segala hurufnya, akal mentafsirkan segala maknanya dan hati menerima pengajarannya, kesannya, tegahannya dan suruhannya. Tersebut dalam sebuah kitab, wajib ke atas qari / qariah ikhlas membaca al-Quran dengan mengqasadkan semata-mata kerana Allah. Jangan diqasadkan kerana selainNya. Dalam kitab lain tersebut, makruh mengambil al-Quran sebagai usaha untuk kehidupan (mata pencarian).

Rasulullah bersabda, mafhumnya: “Barangsiapa membaca Quran, maka hendaklah meminta (balasan) daripada Allah. Bahawa sesungguhnya nanti akan datang satu kaum yang membaca Quran untuk mendapat balasan daripada manusia”.

Bersih Tubuh Badan

Sebelum Membaca al-Quran hendaklah membersihkan badan dan mengambil wudhuk. Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan.

Rasulullah bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Quran, maka bersihkanlah ia dengan bersugi”. Apabila wudhuk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wudhuk semula.

Berpakaian Elok

Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.

Tempat Yang Suci

Tempat membaca al-Quran hendaklah suci. Afdhalnya di masjid. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar atau tempat perhimpunan orang yang dungu ataupun di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Quran.

Mengadap Kiblat

Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh ta’zhim, kepala tertunduk dan tidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yang takabbur.

Membaca Ta’awwuz

Sebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta’awwuz. Bacaan ta’awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya, iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang. Kecuali bacaan al-Quran tehenti lama, selama mengerjakan satu raka’at sembahynag, bacaan ta’awwuz ini tidak dituntut untuk diulang lagi.

Allah berfirman, maksudnya: “Apabila engkau membaca al-Quran, bacalah t’awwuz (A’uuzu billaahi minal-syaithaanil-rajiim )”.

Membaca Tasmiyah

Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-Rahiim) pada awal tiap-tiap surah kecuali surah al-Taubah (Bara`ah). Ketika membaca hendaklah di dalam keadaan sentiasa mengingati bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah sebagaimana ketika mengerjakan sembahyang juga.

Jangan Menguap Ketika Membaca

Untuk menghormati atau memuliakan al-Quran, jangan teruskan bacaan semasa menguap kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan sopan, barulah menyambung semula bacaan.

Jangan Bercakap

Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang darurat. Bagaimana pun qari / qari`ah boleh memutuskan bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam. Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :

  1. mengucap “Alhamdulillaah” selepas bersin,
  2. mengucap “Yarhamukallaah” kepada orang yang bersin,
  3. menjawab azan,
  4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang soleh atau orang yang dimuliakan, tetapi bukan dengan riak.

Membaca Dengan Suara Nyaring

Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk. Jika ditakuti menjadi riak atau akan mengganggu orang yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal.

Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: “Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamu mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud).

Sunat juga suara bacaan al-Quran itu berselang-seli, sekali perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat.

Membaca Dengan Tartil

Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna ayat-ayatnya.

Allah berfirman, mafhumnya, “Dan bacalah al-Quran itu (mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan (tidak terlalu cepat)”. (QS. 73 : 4), dan “Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang berfikitan”. (QS. 38:29).

Semoga al-Quran menjadi peneman kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.

pixel Adab Membaca al Quran

4 Comments

  • salam aman. silap komen ni tapi takpe, sy cuba jawab mana yg sy tau.

    setiap broadband ada kuotanya tersendiri mengikut pakej. mcm pakej sy (rm118 sebulan) dapat kuota hampir 7GB (sepatutnya 6GB).

    setiap kali kita online, data usage kita diambil kira bergantung kpd bandwidth internet. kalau setakat bukak email, chatting, x byk sgt bandwidth guna. kalau download movie katakan 1GB, maknanya kita dah guna data usage sebanyak 1GB. Kalau kita download 7 movie bersaiz 1GB setiap satu, maknanya kita dah guna 7GB data usage, jadi data usahe (kuota) kita dah habis. next time nak download akan jadi sgt perlahan tapi still bleh guna utk surf tenet.

    harap membantu ;)

    [Reply]

  • maaf saya nak tahu apa itu data usage… dan apakah yang menyebabkan data usage cepat habis

    [Reply]

  • ada org nak kejar hari dlm bln ramadhan ni dgn baca quran cepat2 tanpa teliti tajwid semua. bagi dia habis 30 juzuk dah kira bagus drp baca secara tartil. harap2nya kita tak camtu

    [Reply]

  • nice sharing bro..menarik artikel ni..bulan puasa mmg bgs bila kite perbnyakkan lg bacaan al-Quran ni,,semoga mendapat keberkatan..
    azizan4444´s last [type] ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks