Ini kali kedua sebenarnya dapat email daripada Facebook Security Team yang suspect akaun Facebook saya ada kemungkinan diceroboh oleh orang lain disebabkan saya menggunakan IP yang beribu kilometer lebih jauh dari Malaysia hehe. Kali pertama semasa saya log in di Makkah tahun lepas melalui komputer yang disediakan oleh pihak travel agency. Kena jawab questionnaire bagai baru dapat log in macam biasa.
Kali kedua berlaku hari Isnin lepas. Alkisahnya saya masa tu tengah nak try test satu software VPN percuma. Bagi yang samar-samar pasal VPN ni secara ringkasnya VPN berfungsi untuk bypass kuota broadband kita dan menggunakan server luar yang lebih laju. Itu apa yang saya faham, saya masih lagi noob pasal VPN ni. Berminat nak try VPN ni pun lepas borak-borak dengan sorang lelaki kacak bertaraf Internet Marketer kat kopitiam malam Jumaat minggu lepas.
Kat bawah ni email yang baru saya baca petang tadi, daripada Facebook Security Team. Kalau tak nampak tulisan tu boleh klik untuk paparan saiz lebih besar.

Memang ya, akaun saya disekat pada mulanya semasa guna VPN dari server US ni. Tapi kejap je, log in kali kedua dah boleh masuk dah.
VPN percuma yang saya pakai ni kebanyakannya guna server dari US seperti California, Beverly Hills dan sebagainya. Tapi tak laju pun, sama je saya rasa huhu. Baru berangan nak download movie HD dalam masa setengah jam. Semalam dah uninstall software VPN percuma tu. Lepas tu download drama penyiasatan terbaru dari Jepun bersaiz 254 MB dalam masa 4 jam lebih kurang. Redha jelah dengan Streamyx ni.
Sekarang ni saya tengah berkira-kira nak pakai VPN berbayar. Baru-baru ni saya terjumpa pakej VPN + Maxis Broadband yang boleh dikira sangat berbaloi untuk dicuba. Download rate boleh cecah antara 400 Kbps hingga 900 Kbps. Nanti bila saya dah try saya akan buat review pasal pakej ni, insyaAllah.
cuaknya.
pakai VPN boleh hide ip sebenar kita.betul ke.
Entri Terbaru hatiputera » AKU PAKAI CERMIN MATA
tak pasti pula pasal tu. mungkin betul kot sebab biasanya VPN ni boleh bypass web yang biasanya disekat
Aku guna jugak VPN, tapi tak pernah guna utk login akun2 penting la.
BTW, pernah cuba Hotspot Shield tak. Aku banyak guna utk akses streming site.
Entri Terbaru shraqs » Cara – Cara Upgrade Samsung Galaxy SII (GT-I9100 & GT-I9100G) Ke ICS 4.0
hotspot shield? first time dengar. free ke bro?
menarik gak vpn nie..sejak online pakai broadband nie, dah jarang sangat download movie..
Entri Terbaru arrizz » Wordless Wednesday – Orang Korea hodoh!
terbalik lak. masa aku pakai broadband dulu lagi kerap download movie sebab laju berkali ganda daripada streamyx hehe. dah habis kuota, pakai streamyx balik sekadar nak surfing internet.
Agaknya jeles tgk friend ramai sgt kot. Hehe.mcm chii hanya beberapa kerat je :p
Entri Terbaru chii » Mengenang Jasa
ciktom ada guna vpn trial 2 ari..ni tgh berkira2 nk guna vpn berbayar rm15 2 bulan..
kl tnye perbezaan rs sm je laju tp xtau la kl ciktom yg xpndi..huk3
Entri Terbaru cik tom » Asada Blog Budak Malaysia [Blog Review]
boleh tau cikton pakai vpn mana? semalam saya jumpa yg ada trial 2 hari tapi dah out of promotion. ada vpn yg sekadar bypass quota limit broadband kita je tapi kelajuan depends pada kelajuan asal broadband. tapi yg saya jumpa semalam speed dia berkali ganda daripada biasa. entahlah, tak pernah try pun lagi
xtau plk jenis apa..tp vpn ni prof hafiz tue promote..try pi blog dia…
oo ye ke. ok. terima kasih cik tom
ade vpn berbayar ni..15 ingit jer sblan..rasa mcm nk try jgak..
Entri Terbaru Jebeng Otai™ » Schedule Posts
yang aku jumpa ni cuma RM10 sebulan tapi kena beli sim dialah
ni first time dengar VPN..ni kene kaji selidik pasni
Entri Terbaru segalabenda » Kesibukan Menanda Kertas Jawapan
kaji jangan tak kaji
dengar kata yang free pun ada yang bagus. cuma kena pandai cari je. kalau jumpa nanti jangan lupa kongsi2 dengan kitorang kat sini
baru tau VPN tu ape.. cara VPN ni sah ke?
Entri Terbaru muazfaris » Tips iklan guna Google Adsense di Blog Bahasa Melayu
rasanya tak menyalahi apa2 syarat pun. ramai blogger yang dah pakai VPN berbayar sekarang ni
VPN ni selalunya memang boleh buat download rate jadi lebih laju ke? Noob pasal VPN ni. Haha.
Entri Terbaru Fadzmie » Bercuti untuk beberapa hari
biasanya macam tu
okay, nanti kasi review ya bro. tengah survey2 jugak ni
Entri Terbaru hafidz » Nuffnang Buffered Earnings 9
insyaAllah. sekarang ni tengah cari modem Maxis BB yang hilang hari tu. takde modem ni fikir dua tiga kali jugak nak beli yang baru huhu
Rasanya itu bukan pencerobohan kot. Bila guna vpn memang selalu jadi camtu. Facebook memang alert bab2 sekuriti ni. Untuk keselamatan kita juga kan..
Btw.. Jgn guna untuk bukak perbankan internet. Saya pernah kena solsiasat ngan bank. Dia kata ada yg cuba ceroboh sistem dia dari luar negara. Padahal saya yang bukak kat malaysia guna vpn. Heheh
Entri Terbaru Cikgu Hairul » Tuhan Sedang Menguji Kita
a’a ni bukan ceroboh. sebab tu kat tajuk ada tanda soal hehe. cuma pihak FB je yang anggap akaun kita macam kena ceroboh padahal kita guna server lain yg luar daripada biasa kita gunakan.
owh, betul juga tu. susah kalau kena soalsiasat dengan bank ni
anda jauh di perantauan kah??
Entri Terbaru tips » Kaedah Memilih Pasangan Cocok
sekarang ni saya ada kat Malaysia, cuma baru-baru ni saya guna server dari US. jadi IP yang diguna juga adalah IP US
salam tuan blog…nak bagitahu ni…disebabkan saya online guna netbook comel lote je, icon2 social networking yang floating tu tutup entri la…tak dapat nak baca entri betul2..huhu…boleh tak kalau dipertimbangkan untuk jangan buat floating icon? susah bagi kami yang pakai gadget kecil2 je ni.. =)
Entri Terbaru bardboo » Millau Viaduct | Jambatan Tinggi Melangit
salam puan bard.
maaflah sebab floating social networking ni mengganggu pembacaan puan. insyaAllah saya cuba pertimbangkan, maybe saya akan guna kaedah lain untuk icon social networking ni. thanks sudi komen
aku jarang2 je buka fb
setakat ni tak ada apa2 yang mengganggu lagi
Entri Terbaru tehr » Kelantan vs Terengganu | Piala AFC 2012
Fb Security ni sekarang makin kukuh, Tak macam dulu. Kalau synchronize dengan hp dah tak jadi masalah lagi sebab dapat alert kalau ada someone yang login. Most VPN atau proxy memang banyak dari US. So dorang ada log activities user yang guna servis dorang. Kalau guna yang free punya tak berapa sesuai NG rasa.
Psst lagi style kalau kita create own VPN.
Entri Terbaru nizamghazi » Guardian Angel : Wish You Were Here – GARMIN GPS
create own VPN? macam menarik je. tapi macam mana nak buat tu NG?
pernah juga kena macam tu, sebab pakai VPN juga
Entri Terbaru Shahrul » Lelaki Kacak Semakin Mengganas
sekarang ni pakai VPN lagi ke bro?
bab kena ceroboh tu, tak pernah lagi. kalau kena suspend tu..haa..tu normal. haha..
Entri Terbaru titan » Lelaki kacak dan Awek Cendol.
mula2 aku ingat FB aku dah kena ceroboh rupanya sebab IP dari negara luar haha. kena suspend setakat ni tak pernah lagi. apa yang ko buat sampai kena suspend tu?
ada la. haha..
Entri Terbaru titan » Lelaki kacak dan Awek Cendol.
terima kasih kongsi pengalaman ni. setakat ni alhamdulillah belum kena macam ni lagi
sama-sama DH. sekadar berkongsi mana yang berbaloi untuk dikongsikan