Budak Kelantan Memang Gedebe

Sebelum jemari aku pantas menaip mengikut arahan fikiran, aku ingin menegaskan entri ini bukan untuk menjatuhkan mana² pihak terutamanya orang Kelantan. Sekadar meluahkan apa yang terlihat pandangan mata sendiri.

Usai menonton tayangan Budak Kelantan di skrin Acer AL1717 19″ semalam buatkan aku terfikir, bagaimana kalau aku ini seorang perempuan? Pasti aku akan ketakutan setiap hari. Takut akan manusia bergelar lelaki. Lelaki ini sungguh bahaya, merosakkan si dara. Kalau dibiarkan ketakutan membelenggu diri, tidak akan menikah sampai ke mati.

Nampaknya Wan Azli berjaya buat aku kagum dengan filem sulungnya. Walaupun jelas tampak tidak mengikut aliran filem² tempatan yang lain, ataupun dikatakan tidak mengikut musim filem, Budak Kelantan bagi aku amat berjaya. Penggambaran seperti benar² berlaku di depan mata. Dialognya betul² Kelantan walaupun ada sedikit seperti bahasa Kelantan disusun dalam ayat KL. Perilaku Kelantannya hidup. Betullah, Budak Kelantan memang gedebe.

Continue reading

Di Sini Ku Melangkah

Assalamualaikum. Sihat hendaknya hari ini. Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 5 minit berjaya juga aku setup blog ini. Terima kasih patut diucapkan kepada encik Fantastico atas kerja beliau yang cekap lagi pantas. Itupun sebab line Internet dah ok. Internet down sejak pagi sampai ke matahari Zohor. Tergendala jugak kerja² ofis.

Alkisahnya, aku dengan tidak sengaja telah merosakkan segala macam benda² penting semasa proses redirecting dari directory ke subdomain ni. Langsung aku terlupa nak backup database dulu. Habis hilang semuanya; entri² lama, komen kawan², pautan ke blog² kawan yang aku tak dapat nak hafal, dan jugak hutang² ceti dengan aku wahaha. Ceti suka la hutang dia sudah hangus. Cet!

Jadi aku kini bermula dengan kosong. Kata seorang pakar IM, dari zero kepada hero. Entah apa kaitan ungkapan tersebut dengan blog yang masih dara ni aku pun tak tahu.

Dalam masa sehari, 2 blog aku telah terhapus. Bila Adi Melalut aku minta Adlina hapuskan, tiada kederat lagi untuk aku uruskan blog yang membayar aku setiap bulan. Amirez.com pula, accident atas kecuaian sendiri. Jadi di sini aku mulakan diri mayaku dari bawah. Sedikit demi sedikit aku akan melangkah untuk mencapai sesuatu yang buat masa ini aku belum pasti di mana.

Salam ukhwah daripada aku yang humble.

p.s: Nak tengok Budak Kelantan.