Feb 3, 2009

Aku Perlukan Sedikit Pertolongan

  • Share
  • Share

Aktif sungguh aku post entri baru dua tiga hari ni. Aku perasan hati aku menjadi hyperactive untuk blogging sejak kehadiran Google bot dan Yahoo bot yang banyak kali ke blog ntahapahapa ini bermula 3 hari lepas. Sebenarnya ikut pengetahuan aku, hari² ‘diorang’ datang merangkak ke mana² blog eheh. Cuma hari tu aku perasan ‘diorang’ datang waktu aku tengah check siapa yang sedang online kat blog ni. Semangat terus memuncak tika itu.

Terus ke tajuk. Sebenarnya ada beberapa hal aku nak mintak tolong sikit, kalaulah sudi. Kalau tak sudi pun, sudi-sudikanlah dirimu menolong diriku ini huhu.

Pertama: Perasan tak banner hijau kat atas ni? Banner ke apa ke tak kisahlah apa kau panggil, ia tetap berwarna hijau. Sebenarnya ikut theme asal kat situ ada teks. Tapi aku buang, sebab rasa kurang hensem kalau ada teks kat situ. Cadangan aku nak letak grafik atau gambar. Gambar apa yang patut aku letak ek kat situ? Ataupun kau ada idea lain yang lebih canggih?

Kedua: Isnin depan cuti Thaipusam. Ada idea apa perlu aku buat? Keluar berjalan²…tapi ke mana? Tidur saja di rumah? Itu tidak kool langsung. Tidur bukanlah kesukaan aku melainkan malam, apatah lagi tidur petang. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan supaya kita tidak amalkan tidur petang, lemah tenaga batin. Kalau aku silap, cepat² betulkan aku ye. Ke mana aku perlu isi cuti 9hb nanti?

Ketiga: Aku ada satu blog tapi dah lama tak update. Ketandusan idea. Blog tersebut tentang badminton. Aku fikir nak jual je domain tu kalau takde idea sangat, itupun kalau ada yang nak beli. Mungkin kau ada idea yang bernas untuk aku bangunkan semula blog tersebut yang semakin kelam. Aku amat perlukan pertolongan kau yang budiman.

Keempat: Aku perlukan sejumlah wang yang banyak untuk satu tujuan murni. Tapi aku tak bermaksud nak meminta sedekah daripada kau di sana. Apa yang aku harapkan hanyalah pergi ke web ini dan kau akan tahu apa yang perlu dilakukan, ianya untuk kesenangan kau juga nanti icon smile Aku Perlukan Sedikit Pertolongan

Kelima: Aku berhasrat untuk beli handphone baru jenama Sony Ericsson K810i. Kat Mudah.com.my ada yang tawarkan dengan harga murah tapi barang tangan kedua. Mana lebih baik, beli yang baru atau second-hand? Apa pendapat kau tentang jenama ini?

Banyak pula nak minta tolong haha. Aku tahu kau seorang yang baik hati dan suka menolong orang icon razz Aku Perlukan Sedikit Pertolongan Aku amat menghargai pertolongan kamu.

Owh, petang ini hujan agak lebat.

pixel Aku Perlukan Sedikit Pertolongan

12 Comments

  • Salam bro, aku ade tawaran menarik untuk ko buat duit. Xpi bukan goyang kaki la, adela usaha sikit, xpi usaha ni care smart rr.

    Ko masuk blog aku ni.
    InshaAllah ,benda baik same2 kita sebarkan. Aku tawu ko memerlukan wang.

    http://aleacorpforall.blogspot.com/

    Ape2 x paham ley tnye aku bro. :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam bro. thanks bagi link tu. dah lama dengar pasal aleacorp ni sebenarnya :) terima kasih sekali lagi. entry lama dah tu hehe

    [Reply]

  • mcmana yg dolu2 tu eheh. sy pun dh lupa.
    600 je? murahnya. biasa kat kedai sekitar 770.
    kalau nak beli yg 1st hand, kena tunggu lg la..kumpul fulus :)

    [Reply]

  • salam senior..
    yg banner tuh…letak la banner cm blog dulu2..tapi agak dh lupe la cm ne blog yg dolu..hehe
    sony ericson tuh..hurm..harganye berapa..
    mmber ade beli 1st hand 600..tp tuh jb la..jb kan harga agak mahal..sebab dkt ngan singapore..biasanya tempat lain mesti beza dekat 100 200 gak..rasenye agak berbaloi beli 1st hand…hehe..but tuh terpulang la..pendapat je :D

    [Reply]

  • insyaAllah cuti akan dtg :)

    [Reply]

  • cuti2 malaysia bersama sahabat2 terchenta..

    [Reply]

  • wah!! hg watpa kat sana? jauh la pulak nak g genting.

    [Reply]

  • dah delete pulak yg kedua tu..aku g genting cuti thaipusam ni..hoho (sekadar cetusan idea utk hg)

    [Reply]

  • semestinya hehe :)

    [Reply]

  • kalau nak beli 2nd hand sony e tuh, kena check dulu la ok ke idak. hehe :)

    [Reply]

  • Ko beli kt intrnet, mane ko tau condition hp tu di..
    Kg kene tipu, meleleh air mate. hihi

    p.s: Em, domain tu klu ko nk jual singgit aku nk beli ar.. hehe

    [Reply]

  • jumpa dulu penjual tu baru decide nak beli x. bukan terus order dr tenet, ini bukan ebay haha.

    singgit? yoyo je ko haha

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks