Amirez?

Adi a.k.a Amirez

Ringkas

Di dunia Internet, boleh panggil dengan panggilan Amirez. 3 tahun dah kot aku guna nama Amirez ni. Asal usul nama ni boleh baca dalam bahagian Panjang kat bawah. Dah nama bahagian ni Ringkas, jadi aku huraikan tentang diri sendiri seringkas mungkin.

Aku dianugerahkan 3 orang adik, dan aku abang sulung diorang. Mempunyai seorang kakak angkat yang comel. Suka makan nasi putih ayam tepung + milo ais @ limau ais. Nasi goreng pataya pun kegemaran aku juga. Ayam masak pedas sama ikan masak kicap pun feveret aku. Pendek kata, apa² je yang dihidang aku bedal semua selagi kena dengan selera. Ikan goreng + telur goreng + kicap pun dah cukup menyelerakan tekak.

Aku ada 4 ekor kucing. Aboo, Atan serta Ochek, 3 beradik yang beribukan si Jintan, janda idaman sekampung haha. Banyak betul bapak kucing datang mengorat Jintan. Dulu ada kucing Parsi nama Ghima, tapi dah kembali ke alam barzakh (Sob sob).

Seorang graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) dengan Kepujian. Tapi sekarang bekerja sebagai melographic technician di sebuah syarikat konsultan motivasi terkenal di Kuala Lumpur. Lari daripada bidang pengajian, tapi aku suka.

Panjang

Nama diberi Azhadi bin Mohd. Hanapi. Amirez sekadar nama yang aku guna di Internet, nama seorang watak komik dalam komik Blues Selamanya. Dah tak dikeluarkan lagi dah komik tu (sedey). Ramai juga yang beranggapan Amirez ni nama gabungan aku dengan seseorang haha. 100% salah. Pandai² pula buat andaian.

Tak perlu aku cerita pasal adik-beradik aku. Ini blog tentang aku, bukan mereka eheh. Tapi pasal kakak angkat aku yang comel tu aku nak cerita serba sedikit. 2 tahun lepas dia lahirkan anaknya yang sulung, baby girl. Yang bestnya, tarikh lahir dia dan aku sama. Batrisya, nanti sambut besday dengan Uncle Dee ye eheh. Comel anak dia, macam mamanya juga.

Mula start blogging ni tak silap dalam tahun 2005. Masa tu guna Friendster je nak blog. Sekadar bercerita perkembangan diri sendiri. Selalu juga merayau² kat Internet baca blog² orang lain. Terpengaruh dengan design theme diorang, dan juga isi² blog yang menarik dibaca, tergerak hati aku untuk blogging dengan sedikit serius.

Blogging

Blog pertama aku di bawah naungan brader Domzone. Bersubdomainkan blognya hampir setahun lebih sebelum ditutup litup sebab masalah yang dia hadapi. Lepas 3 tahun baru aku tahu kenapa dia tak dapat nak renew akaun web hosting dia dulu. Aku sedih mengenangkan dirinya. Sebabnya itu biarlah hanya kami yang tahu serta rakan²nya yang lain.

Tak tahan nak blogging, maka wujudlah domain amirez.com yang dibeli daripada NetKL Network. Setakat ni aku berpuas hati dengan servis daripada pihak NetKL. Setakat ni dah ada 3 webhosting aku beli dengan NetKL including free domain name. Ada juga aku cuma beli domain name daripada NetKL sebab so far aku belum lagi jumpa domain yang murah selain NetKL Network. Keep your good job NetKL.

Kini dah 3 tahun lebih aku blogging. Sekadar suka², juga menambah kenalan. Jika ingin berkenalan dengan aku, jangan malu² segan untuk hubungi diriku ini. Paling kurang pun bagilah hi kat ruang komen. Itu pun sudah cukup buatkan hariku ceria dan gembira.

Erm…takde idea lak. Nanti aku sambung, kalau aku nak sambunglah haha.

Akhir kata, salam perkenalan daripada Adi a.k.a Amirez. Ukhwah fillah abadan abada.