close button


Amirez? Apekah itu?

Mungkin ada di antara korang tertanya² dari mana aku mendapat nama Amirez ini. Mungkin ada juga pernah terlintas aku adalah anak kelahiran dari negara Sepanyol haha. Tak mahu. Aku mahu menjadi orang Melayu walaupun salasilah keluarga aku bukan berasal dari Tanah Melayu.

Aku akan ceritakan asal-usul nama ini supaya dapat hilangkan kekusutan fikiran korang itu (kalau betullah), dan menyangkal sekeras-kerasnya ia adalah gabungan nama aku dengan si dia haha…100% salah.

Sekitar tahun 2004 mungkin, atau 2005, tak berapa ingat. Waktu itu aku ketagih dengan satu komik tempatan. Mungkin ada di antara korang kenal dengan komik Blues Selamanya. Komik itulah yang buatkan aku takkan ketinggalan walau satu isu setiap 2 minggu. Antara cerita dalam komik tersebut yang menjadi kegilaan aku selain X-Gen dengan Hattori High School…24 N’ Life 17 N’ Life kalau tak tersilap lagi. Peminat Blues Selamanya, sila perbetulkan aku kalau aku ‘tersyasyul’.

Watak utama cerita tersebut adalah Is…Iskandar Zulkarnaen. Rakannya, atau mungkin musuhnya bernama Amirez yang tidak sehebat Is dari segi pertempuran. Kenapa aku suka dengan watak ni? Sebab dia cool semasa awal kemunculannya.

Itu baru intro. Sebab utama aku menggunakan nama Amirez, ceritanya begini.

Dulu aku berkenalan dengan seorang kakak. Masa tu aku Form 5, dia pula belajar di Politeknik Port Dickson. Kakak tu comel lagi² bila dia bersuara. Dia nak jadikan aku adik angkat. Aku terima sebab nak rasa bagaimana orang yang mempunyai kakak rasa. Aku anak sulung.

Dia cuma minta satu perkara sebelum dia mengambil aku sebagai adik, dia nak panggil aku Amir. Katanya, bila dia sebut Amir dia akan teringat kat tunang dia. Tak berani pula nak tanya lebih² perihal tunangnya, takut ianya isu sensitif. Jadi aku rela dipanggil Amir, lagipun maksudnya Pemimpin. Nama itu doa kata ustaz.

Perkenalan kami tak lama, dia tiba² ‘hilang’. Langsung tak dapat nak hubungi dia. Hingga kini aku tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Mungkin handphone kena curi. Hanya itu saja cara untuk menghubungi dia. Terlupa pula nak mintak alamat dengan email.

Mungkin juga kerana hal lain. Entah hidup lagikah dia? Wallahualam. Nama pun dah lupa, 7 tahun lebih aku lupakan dia hinggalah hari aku menulis entri ini, barulah teringat kembali dirinya yang comel itu semula.

Nama panggilan Amir aku kekalkan. Kadang² bila berkenalan dengan kawan baru, aku kenalkan diri dengan nama Amir. Sebagai memori antara aku dengan kakak misteri itu.

Di Internet, aku dikenali dengan nama Amirez, sedikit revolusi daripada nama Amir. Waktu tu ramai yang guna nama pelik² kat Internet, aku pun terikut juga.

Di UTHM pun ada beberapa orang kawan yang panggil aku dengan nama Amirez. Di kalangan BS Community, ada yang panggil Mirez, Kak Mirez pun ada jugak huhu. Hampes betul haha. Mentang² aku suka pink kaler.

Rasanya takde lagi yang pening² fikir pasal ‘Amirez’ ni. Jelas sudah rahsia di sebalik nama Amirez eheh.

Korang ada nama lain? Kongsi²kanlah kat sini ye.

Related Posts with Thumbnails

10 comments so far

  1. pu3
    #1

    Kak mirez? haha… ada juga eh?
    Oho, Amir tu maksudnya pemimpin eh?
    lepas ni leh letak nama anak Amir. heheh… :p

  2. humbleandmodest
    #2

    mungkin aku tau kenapa kaka tu nak ko jadi adik angkat dia…
    muka ko ada iras tunang dia kot..
    and nama tunang dia amir..
    hahah…
    aku mula berimaginasi seketika..

  3. Azman Ishak
    #3

    oh macam tuh upenye… kekeke.. menarik seh
    kesah nko mendapat nickname ni.. ingat amik
    dari negara mane laa haha macam nko cakap
    kat atas tuh.. pelik beb.

    macam aku Kreuger.. ejaan terbalik dari
    Fredy Krueger. Sebab ejaan asal = Krueger
    dah diregister kat internet… so aku terbalikkan
    jer ejaan E dengan U kekeke.. tapi still
    dari Nightmare yang same~

    Azman Ishaks last blog post..Aku & Ekonomi – Part 2

  4. Amirez
    #4

    eh..dh nak ada anak ke kak hehe :P

  5. Amirez
    #5

    sebab aku cumil masa tu hahaha

  6. Amirez
    #6

    suka cite nightmare ke bro?
    aku penah tgk 1 siri je..takut jugak.
    jgn ko jd seram mcm dia sudey eheh

  7. brad
    #7

    17 N’ LIFE… 24 tu pun salah satu citer yg Topan buat… x selesai cerita tu rasanya Cik Mirez… (bes jugak nama Cik Mirez ye eheheheh!)

    brads last blog post..“Sepuluh ringgit, bang!”

  8. Amirez
    #8

    a’a..17 n’ life eheh. thx brad igtkan balik :)
    syg cerita tu x habis..

  9. menteil
    #9

    oo.. begitu ye kak mirez.. haha..

    aku ada gak nickname lain..
    tapi malu ar nak gtau..

    menteils last blog post..La La La La Kerjalah!

  10. Amirez
    #10

    ape nak malu kak menteil eheh :P

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>