Andai Dapat Kuputar Waktu…
Artikel berkenaan dengan tips perkahwinan terpaksa aku ‘rehatkan’ buat sementara waktu. Ketika ini hati dan perasaan aku agak berkecamuk. Terlalu banyak dugaan yang aku hadapi dari hari ke hari. Tapi aku tahu, Tuhan tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu untuk memikul ujian tersebut. Ujian yang diterima merupakan satu pengukur tahap keimanan hambaNya yang kerdil ini. Berkenaan dengan artikel tips perkahwinan seperti yang aku janjikan dahulu, insyaAllah akan disambung selepas hati dan minda aku kembali normal.
Sesuai dengan tajuk entri kali ini, ada beberapa perkara yang buatkan aku sangat² ingin kembali ke waktu dulu. Entri ini hanyalah sia². Ianya tidak akan boleh berlaku walaupun wujudnya idea daripada pakar fizik suatu ketika dulu, Elbert Einstein, untuk mencipta mesin masa jika dapat bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya. Ianya sia² bagi aku, tapi mungkin berguna bagi kamu pada masa akan datang.
Andai dapat kuputar waktu ke beberapa bulan terdahulu, akan aku langsaikan bayaran loan kereta mengikut kala masa yang ditetapkan agar tidak ditarik pihak bank seperti yang berlaku pagi tadi.
Andai dapat kuputar waktu ke beberapa bulan terdahulu, akan aku uruskan proses penuntutan harta pusaka seberapa segera yang boleh dan mendesak Mahkamah Syariah keluarkan sijil faraidh dengan segera, agar proses daripada Amanah Raya Berhad dapat dijalankan dengan lebih cepat supaya segala harta dapat diagihkan secepat mungkin. Tidaklah kereta aku ditarik pihak bank dan menutup akaun pembayaran loan atas sebab pemilik kenderaan telah meninggal dunia.
Andai dapat kuputar waktu ke 6 bulan dahulu, akan aku habiskan masaku untuk menjaga arwah ibuku yang sakit barah payudara dengan sebaik²nya. Berulang-alik KL-Kelantan dalam dua atau seminggu sekali tidak pernah memadai. Ketika aku ditahan di hospital akibat denggi tahun lepas, arwah ibu sanggup memandu kereta sendiri datang menemani aku di hospital hinggalah aku dibenarkan keluar wad walaupun ketika itu arwah telah mengidap sakit barah tersebut. Tetapi, bila arwah pula yang sakit, anak sulungnya ini hanya berada di sisinya pada setiap hujung minggu saja.
Andai dapat kuputar waktu ke masa dulu, akan aku sokong cadangan arwah ibuku untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan aku pada akhir tahun lepas, agar dia sempat merasa menjadi seorang ibu mertua kepada isteriku.
Andai dapat kuputar waktu ke 6 tahun dahulu, akan aku belajar untuk mendewasakan diri menjadi ketua keluarga setelah kehilangan ayah akibat strok yang dialaminya selama 2 tahun. Tapi diri ini leka dengan kesenangan dan kemudahan yang diterima, kini aku terkapai² untuk menjadi seorang ‘ayah’, ‘ibu’ mahupun abang yang baik kepada adik²ku.
Andai dapat kuputar waktu, akan aku selalu ingat apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Aku hanya manusia, yang hanya rasa menyesal setelah sesuatu perkara itu berlaku.







April 15th, 2010 at 12:57 pm
tumpang sedih atas apa yang berlaku.. tp yang telah berlalu biarkan berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
suraya´s last blog ..Contest dan hadiah Laptop Acer Aspire One
April 15th, 2010 at 1:02 pm
trima kaseh suraya
April 16th, 2010 at 11:57 pm
semoga tabah menghadapai dugaan…
nurul´s last blog ..our life is suck without u