Anne Tinggalkan Hot FM
Macam biasa rutin seawal 7:15 pagi Isnin hingga Jumaat aku akan buka 8TV untuk tengok Hot FM AM Krew ke udara secara live di TV. Hari ni aku sedikit terkejut bila Fara Fauzana dan Faizal Ismail bagitau yang Anne akan berhenti sebagai penyampai radio Hot FM mulai esok untuk mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin ke Doha selama 5 tahun. Hari ni adalah hari terakhir Anne menjadi penyampai radio Hot FM. Kalau korang peminat Anne bolehlah dengar suaranya ke udara pada pukul 8 hingga 12 tengah malam nanti.
Satu lagi yang buatkan aku terkejut adalah penampilan Anne yang mula bertudung litup ni. Terserlah kecomelannya dengan senyuman yang sangat manis. Sepanjang aku tengok live kat 8TV kejap pagi tadi, Anne mempunyai kecantikan semulajadi yang datang dari dalam dirinya. Maksud aku, kecantikan yang bukan dibuat-buat macam sesetengah artis lain. Kata orang, natural beauty
Macam isteri akulah hehe. Walau secantik manapun wanita-wanita lain di luar sana, isteri kita jugalah yang paling cantik, comel dan menawan. Chee wah hehe.

Berbalik kepada Anne yang mula bertudung ni. Anne mula bertudung sejak 12 Julai yang lepas lagi sebenarnya. Alhamdulillah, sejuk hati suami. Anne nampak lebih manis bila bertudung. Bukan Anne je, siapa-siapa je yang bertudung akan dipandang manis oleh kaca mata orang lain. Tambah pula Anne ni murah dengan senyuman, bertambahlah comel penyampai radio yang bernama Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli ni.
Setelah 4 tahun bersama Hot FM akhirnya Anne perlu lepaskan kerjayanya demi menjadi seorang isteri yang solehah dengan mengikut suami bekerja di Doha. Semoga Anne dan suami bahagia selamanya.
Sumber: BeautifulNara.com
9 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






tak glamer takpe ashud, yg penting hatinya dah terbuka utk kerjakan suruhan Allah s.w.t. itu berkali2 ganda lebih baik drp org yg glamer tahap diva tapi engkar suruhan Tuhan yang mencipta dirinya
[Reply]
comel p mcm tak glamer je die ni..ngahahaaa
[Reply]
comel kan hehe
[Reply]
da lm kot tak dengar radio ni..hehheh comel anne bertudung..manis jek./…
[Reply]
zaihan: eleh, hang memang haha.
azizan: betul tu. diorg kena sedar diorg akan jd ikutan peminat, sepatutnya tunjukkan teladan yg baik
[Reply]
dah ramai selebriti pkai tudung skng..ad perubahan..mmg bgas dan mcmni la br boleh jd idol kepada peminat2..hehee
azizan4444´s last [type] ..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
[Reply]
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
[Reply]
Heeeeek…hang baru tau kaa???
(macam laa aku tau lama dahh..Hahahah)
[Reply]
seyes cantik dia bila dah pakai tudung..beruntung suami dia.. hehe
[Reply]