Apa Orang Malaysia Suka Ketika Memandu?
Raya dah tak lama lagi dah. Confirm jalan sesak nak balik raya nanti, tambahan pulak KPM baru umumkan pihak sekolah boleh ambil cuti pada hari Jumaat ni. Rasanya Khamis malam esok mesti dah berduyun² kenderaan merangkak pulang ke kampung terutamanya ke Kelantan, termasuklah aku sendiri eheh.
Seronok jugak kalau ramai² balik kampung. Tapi yang tak bestnya kalau berlaku traffic jam. Aku tak kisah kalau jem sebab kenderaan terlalu banyak dan padat (erk…kisahlah jugak sikit hehe). Tapi aku cukup sakit hati kalau sesak sebab kereta² mahupun lori serta van ikan kat depan tu perlahankan kenderaan sebab nak tengok accident. Tak kira accident kecik ke, besar ke, diorang tetap nak tengok. Lagi² kalau ada lampu biru pakcik polis terpasang. Rasanyalah kan, pemandangan accident ni lebih menarik perhatian daripada gadis² super sexy yang ada kat tepi jalan.
Nak balik cuti Merdeka hari tu, sesak bukan main panjang. Ingat ada road block kat depan Batu Caves. Rupanya ada sebuah kereta tercium punggung kereta lain. Tuannya dah takde kat tempat kejadian tapi orang masih lagi mengcuriouskan diri untuk tengok tahap kerosakan yang dihadapi. Mana tak lama…orang duk kira berapa part yang rosak, berapa harga kemungkinan orang tu kena tanggung untuk ganti, harga ketuk dan cat lagi, pemandunya hidup lagi ke tidak…macam² orang nak tau. Buat tak tau sudah.
Balik dari Masjid Wilayah Persekutuan tadi pun sama. Haih…radio dah pesan jangan perlahankan kenderaan kalau ada kemalangan kat depan. Pesanan radio tak berkesan, mungkin kena guna iklan tv pulak kot.
Nak simpati tu simpatilah jugak. Tapi apa gunanya sekadar tengok pastu cakap “isk isk isk…”, tapi bukan nak berenti tolong pun. Tolong tengok je. Nak buat modal cerita kat kedai kopi la agaknya.
Tak pernah terfikir ke mungkin ada orang lain yang nak cepat ada hal kecemasan kat rumah, kat pejabat, kat shopping complex (nak kejar masa sebelum tutup). Macam aku semalam nak cepat ke ofis ada hal adhoc nak kena buat. Dah la malam lepas solat Terawih. Macam mana pulak kalau ada orang nak hantar isteri yang dah nak bersalin? Orang Malaysia simpati tak kena tempat.
Apa yang orang Malaysia suka ketika memandu? Jawapannya, kemalangan jalan raya!!
p/s: erk..eja jem (kesesakan lalu lintas) dalam BM ni betul ke? jem ke jam ek?
p/s/s: gambar kat atas dicilok dari Internet ye..bukan snap dalam kereta eheh
4 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...







saya setuju 200% dgn entri ini…
suke perlahankan kete ms eksiden tue dh sebati dgn masyarakat kt kot uhuh dah jadi salah 1 sebab utama jem kt jln raya kt neh
mybe lau media lebih berani bersuara, maybe perkara ini boleh ‘disedarkan’ n kesah ‘pemandu prihatin’ ini akan beransur menjadi prihatin yg seprihatinnya hehhe
[Reply]
Amirez Reply:
September 17th, 2009 at 12:05 am
ye..betul tu cikgu hehe
[Reply]
mcm radio sinar cakap, ‘kerana terdapat pemandu2 prihatin’…
aku pun tak paham nape nak tgk org eksiden tapi tak tolong..buang masa org lain je.yelah,semangat satu malaysia..
agaknya kan,raya ni patutnya iklan petronas pasal ‘pemandu2 prihatin’..baru betul..seb baik aku takde production house..haiihhh
.-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Be brave with your life =-.
[Reply]
Amirez Reply:
September 16th, 2009 at 8:10 pm
a’a gak kan..
sepatutnya ada iklan psl ‘pemandu prihatin’ ni..
bagi kesedaran sket kat rakyat malaysia huhu
[Reply]