Panduan Buat Duit Dengan Blog

Away Jap…

Assalamualaikum rakan² sekalian. Lama rasanya tak menulis blog. Bagi yang add aku di Facebook, mesti tahu apa yang telah terjadi kepada aku dalam seminggu dua ni. Boleh dikatakan mood untuk blogging skang ni agak lemau. InsyaAllah, dalam seminggu dua nanti aku akan cerita secara detail.

Sebagai klu, aku ceritalah serba sikit apa yang terjadi sebelum ni…

Perkara pertama adalah kes kemalangan kereta dan motosikal. Pemilik kereta itu adalah aku sendiri dan aku telah habis sebanyak RM800 untuk repair. Bagaimana nasib si penunggang motosikal tersebut? Akan aku ceritakan nanti.

Perkara yang kedua adalah hari yang penuh dramatik dari KL Sentral menujuk ke LCCT. Saat yang tak pernah aku alami sepanjang diberikan nyawa untuk hidup di bumi ini. Ni pun akan aku cerita di lain hari.

Perkara ketiga adalah perkara paling sedih berlaku dalam hidup aku. Ibu kesayangan telah kembali ke rahmatullah pada 31 Januari 2010 di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pada jam 11:18 pagi. Berapa lama arwah mak menderita, apakah sakitnya, bagaimana perasaan aku dan bagaimana keadaan aku dan adik-beradik yang kini menjadi yatim piatu? Itu semua akan aku ceritakan nanti bila ada masa yang sesuai.

Perkara keempat adalah berkenaan dengan hari paling bersejarah dalam hidup aku iaitu perkahwinan aku dengan wanita pilihan hati pada 14 Februari 2010 ni. Majlis kesyukuran di rumah pengantin perempuan dijalankan pada 15 Februari, manakala majlis bertandang pula pada 17 Februari. Sedih juga terasa bila terkenangkan mak ayah aku yang tak sempat untuk menerima menantu. Tapi apa boleh buat, takdir ditetapkan sebegitu.

Maaflah tulisan kali ini sangatlah skema. Mood blogging macam sebelum ni hilang bagai ditiup angin entah ke mana. Mungkin perasaan ni akan mengambil masa yang lama. Tapi niat untuk blogging akan tetap diteruskan, insyaAllah.

Sekian…

Related Posts with Thumbnails

5 comments so far

  1. Wan Perlis
    #1

    semoga tabah menghadapi segalanya
    Wan Perlis´s last blog ..Tribute To Denaihati My ComLuv Profile

  2. Amirez
    #2

    tqvm wan

  3. farhada
    #3

    brot….hope everythings will be fine/…. ;-)

  4. farhada
    #4

    brot..hope every things will be fine… :-)

  5. Amirez
    #5

    tq ashud

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>