Dec 1, 2009

Awek Celcom Call…

  • Share
  • Share

Sekejap tadi aku terima penggilan daripada awek Celcom. Tak tergoda pun dengan suaranya, kasar semacam je hehe. Mungkin sebab dah lewat petang kot. Apa hal dia call petang² ni kan? Dia nak promote tentang web aplikasi online Celcom ni sebenarnya. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini.

Pada mulanya malas nak layan sebab ingatkan nak promote plan ntahapahapantah macam yang TM selalu buat tu. Tapi sebab dah boring duk kat ofis sorang², malas nak balik rumah lagi. Elok juga borak² dengan awek Celcom tu kejap hehe.

celcom Awek Celcom Call...

Katanya pengguna Celcom postpaid boleh bayar bil secara direct melalui web yang dah dibangunkan mungkin agak lama dah. Mungkin sebab pihak Celcom tengok aku selalu bayar bil melalui Maybank2u, jadi dia bagitaulah yang kita boleh bayar terus ke web diorang. Kalau guna Maybank2u makan masa 3 hari baru bil tu sampai ke Celcom. Maka dengan itu dia pun bagitaulah url web tersebut… www.postpaid.celcom.my. Free je katanya.

Timbul rasa pelik juga dengan url tu. Ada yang tak kena. Lalu aku minta dia ulang sekali lagi, url yang sama juga dia bagi. Ok takpe. Aku cakap terima kasih kat dia lepas tu perbualan mesra kami berhenti di situ.

Kebetulan dah depan komputer, terus taip url yang diberi.

“Oops! This link appears to be broken.” kata pakcik Google.

Search kat Internet, rupanya link yang betul adalah https://onlinepostpaid.celcom.com.my www.celcom.com.my/onlinecustomerservice. Macam mana dia boleh tertinggal ‘online’ tu pulak. Pekerja baru agaknya. Dengan konfiden lak tu dia sebut alamat ke web tu haha.

So secara ringkasnya buat yang masih belum tau tentang hal ni, ada baiknya jugak kita daftarkan diri di https://onlinepostpaid.celcom.com.my www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/ untuk memudahkan pembayaran secara online sama ada melalui FPX ataupun kad kredit. Boleh check maklumat lengkap tentang akaun kita kat situ. Nak tukar alamat bil pun senang. Tak perlu lagi call customer service sambil dengar lagu hehe.

Kebetulan, akaun Maybank2u aku dah disuspend sebab banyak kali masukkan password yang salah. Tapi masalahnya, bukan aku yang masukkan huhu…

pixel Awek Celcom Call...

7 Comments

  • bro, aq click link yang mu bagi tu..
    —> pakcik website cakap “server not found”

    mcmner ni bro? pasal bayar melalui maybank2u ni. mu
    boleh ajarkan tak? aq cari kt moyang google masih tak jumpa la..
    mu beri link pun aq dah sujud syukur sangat.. aq malas nak gerakkan kaki aq pi celcom center..tau nak bayar cara online tu…

    help me bro.. “wa caya lu” bro..

    p/s: balas segera ya bro

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam bro. baru teringat celcom dah tukar url. ni url terbaru http://www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/ ataupun bleh rujuk entri tadi…dah update. follow je macam biasa. kalau ada masalah bagitau k

    [Reply]

  • fixed alredi..
    hoho….
    .-= stereo´s last blog ..bab 36: edisi kerjaya =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eheh..aku lak terlupa nak betulkan sendiri :D

    [Reply]

    shafiq Reply:

    nak chat

    [Reply]

  • aku lupa password online banking public bank… huhuhu…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    bro..url ko salah lagi hehe.
    nati aku betulkan.

    terlupa password ni mmg masalah bg kita lg2 yg melibatkan online banking huhu

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks