Ghost Finale – Awek Gannu Mabuk Minum Arak
Baru saja habis tengok drama Ghost 2 tadi. Tapi agak kecewa, ending kurang menarik. Ops, bukan jalan cerita yang aku maksudkan. Dari segi story board best juga, cuma nampak sedikit slack dalam lakonan. Kurang hebat berbanding sebelum ni. Betullah kata PakciQue, nampak makin mengarut pula dekat² nak habis cerita. Anyway, good drama by 8TV.
Beberapa persoalan terjawab. Antaranya, Inspektor Mazdin boleh nampak Harum dan Zack disebabkan hantu Ramlan rasuk tubuh badan abangnya, Mazdin. Logik jugalah kan, hantu mesti boleh nampak sesama hantu. Nampaknya, hantu Ramlan jugalah yang merasuk tubuh badan Ridzuan sewaktu dia ditangkap Wai (dah ingat nama dah haha).
Tapi persoalan tentang Alam masih tergantung. Siapa Alam yang sebenarnya? Mungkin tak mendatangkan kesan apa² pun kalau dapat tahu identiti sebenar Alam kan? Saja being curious. Nak juga tahu asal-usul orang yang ada kuasa psikik ye tak? Yang pasti Alam sudah mati. Andai ada Season 3 lepas ni, mungkin Alam pun akan jadi hantu. Dan mungkin..dan mungkin bila nanti, kita kan bertemu lagi…haha ternyanyi pula. Mungkin Alam akan jadi hantu yang boleh ramal masa depan. Dalam episod terakhir Season 2 tiba² dia boleh tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya. Eheh, pendapat aku la. Orait juga apa haha. Last² ada bunyi ‘beep’, mungkin Eza memilih untuk hidup setelah dipujuk oleh Zack. Macam ada sambungan je. Tapi di laman 8TV dah letak banner (banner ke??) “Ghost Season Finale”. Takde dah kot sambungan lepas ni? Sedihnya…
Ok. Tamat cerita Ghost. Kita sambung dengan cerita pasal masalah sosial remaja masa kini.
Subuh tadi sempat aku merayau ke blog saudara Izo. Niat di hati nak cari cerita pasal Pilihanraya Manek Urai tapi takde pula. Maka terbacalah satu entri ini. Terkejut jugalah remaja sekarang ni yang nampaknya macam orang Melayu terang benderang merakam aksi diorang minum arak lepas tu upload kat Internet. Entahlah siapa punya angkara yang upload video lucah diorang. Sama ada diorang sendiri yang upload dengan rasa bangga, ataupun si perakam yang upload untuk kenakan kawan² diorang yang dirasuk syaitan. Tengah buat birthday party agaknya kalau tengok pada suasana sambil meneguk air kencing syaitan. Manusia akhir zaman. Yelah, nak dapat arak ni bukannya susah. Pergi je 7-Eleven. Kecuali di Kelantan yang diharamkan penjualan arak di mana² kedai. Tengoklah aksi terlampau diorang ni.
Orang Terengganu rupanya. Bengong sungguh, duk teguk air natang tu wat mende. Orang sambut hari jadi dengang kek sekilo. Dok pong maing bowling rama² ok jugok. Air kecing setang jugok hok dio nok. Pahtu mabuk, dok tahu wat mende ape pulok lepah tu. Kan dah cakap Gannu haha. Tak pandai mana, kalau salah tolong betulkanlah ye.
Walaupun minum arak Tiger yang tak berapa ‘power’ mabuknya dan murah, arak tetap DOSA. Macam pernah try je haha. Pengalaman seorang kawan India. Dan ingatlah, arak itu adalah raja segala kejahatan.







August 6th, 2009 at 2:36 pm
alam is so cute,,,,,,,,
August 6th, 2009 at 2:37 pm
ape laa…melayu skg hancur…huuhuuh…
August 6th, 2009 at 3:05 pm
alam ada memeriahkan lagi drama ni
August 6th, 2009 at 3:06 pm
kita pun melayu juga.
hati2 bila berkata2
August 9th, 2009 at 1:10 am
mmg btol pon…SO pk2 kan la