Panduan Pengurusan Kewangan

Fotosizer – Batch Image Resizing Made Easy

Bagi yang selalu ambik gambar, software ini sangatlah baik untuk korang. Software yang bernama Fotosizer ni boleh resize gambar² cantik korang secara batch atau pukal. Jadi tak perlu resize satu per satu guna Adobe Photoshop atau Photoscape. Photoscape? Ini lagi satu software bagus untuk gambar. InsyaAllah lain kali aku cerita pasal Photoscape pulak.

Kenapa perlu resize? Salah satu sebabnya adalah korang tak perlu simpan gambar bersaiz besar seperti 2000px ke atas. Memadai 1000px untuk simpan dalam komputer. Kalau untuk diupload ke website atau blog, 500 hingga 600px dah cukup. Saiz besar hanya melambatkan masa untuk load je. Tapi kalau untuk print, barulah guna gambar bersaiz besar untuk kualiti lebih cantik. Depends pada berapa besar gambar korang nak.

Macam mana nak guna Fotosizer ni? Mudah saja.

Fotosizer - Batch Image Resizing Made Easy

Besarnya gambar haha. Ok. Ini interface Fotosizer. Dalam gambar tu dah diletakkan nombor turutan. Kita mula satu per satu.

1. Add Folder

Mula² Add Image atau Add Folder yang mengandungi gambar. Kalau dalam folder gambar korang ada sub-folder, tick pada kotak Include Sub-folders.

2. Resize Setting

Kalau lihat pada bahagian Image Selection (gambar pilihan), saiz asal gambar² tersebut adalah 2560 x 1920px. So, gambar² tersebut nak dikecilkan kepada sekitar 1000px. Pada Resize Setting kurangkan percentage width gambar tersebut hingga saiz yang diingini.  Cukup reduce pada width saja, height nanti akan automatically mengikut percentage width untuk kekalkan scale gambar.

3. Destination Setting

Bahagian ni untuk tempatkan gambar² yang baru dikecilkan dalam satu folder. Klik pada ikon Folder untuk pilih folder mana korang nak simpan gambar² baru nanti.

4. Start Resizing

Langkah terakhir cuma tekan butang Start. Kelajuan Fotosizer beroperasi bergantung pada berapa banyak gambar yang nak diproses, berapa banyak beza saiznya dan semestinya mengikut performance komputer korang. Apa² pun, software ni sangatlah menyenangkan tugas kita. Dan lebih penting ianya FREE hehe.

Download Here

p/s: Gambar di atas diedit menggunakan Photoscape

Related Posts with Thumbnails

4 comments so far

  1. megat
    #1

    terima kasih untuk info tersebut. senang kan boleh resize foto secara pukal. blogger memerlukannya.
    megat´s last blog ..Kemaskini Status Facebook Melalui Twitter! My ComLuv Profile

  2. Amirez
    #2

    a’a..sgt sesuai utk blogger :)
    thx dtg ke sini bro megat.
    lama x nampak.
    masing2 agak sibuk

  3. surfaddict
    #3

    Erm bab resize ni mmg pentinglah..tp aku mmg dah set size yg biasa aku pakai ialah 450pixels..besar dari tu mmg mata aku mula rasa sakit.

  4. amirez
    #4

    yg penting ikut keselesaan mata kita :)

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>