Ben Bradshaw & Melayu Yang Jelek

Pernah tengok video Ben, orang Amerika berumur 23 tahun yang pandai cakap Melayu tu? Seronok tengok orang asing yang pandai cakap bahasa kita ni. Tak mustahil videonya kat Youtube agak popular, rasanya belum ada lagi Mat Saleh buat video dalam bahasa Melayu. Mintak tolong ajar lagi dan sebagai balasan dia akan ajar kita bercakap dalam slang Amerika dengan betul. Kira baguslah tu, kan? Sama-sama belajar.

Apa kaitan Ben dengan Melayu yang jelek? Sebelum tu kita layankan dulu video Ben ni.

[pro-player]http://www.youtube.com/user/BenBradshaw1#p/u/6/4c5wrohhMeM[/pro-player]

Comel la pulak tengok Ben ni cakap Melayu hehe. Kita patut rasa bangga ada orang asing yang sudi nak belajar bahasa kita macam Ben ni. Bukan Ben seorang je sebenarnya, ramai lagi orang asing yang dah pandai cakap Melayu. Salah seorang ialah Geofrey Perrin Williams yang pegang watak Smith dalam drama Habil Qabil yang tengah tayang kat TV3 sekarang ni. Fasih pulak tu dia cakap, slang Melayu pun ok. Kalau ada yang nak belajar kita patut tolong diorang dengan hati yang terbuka.

Tapi aku sangat kecewa dengan beberapa orang kita yang tak pernah matang. Malu rasanya nak jadi Melayu dengan adanya manusia tak bertamadun macam diorang ni. Screen shot kat bawah ni aku ambil dari ruang komen video-video Ben Bradshaw, nak tunjuk betapa jeleknya diorang ni.

Aku tak tahu parasit apa yang ada dalam kepala budak tak matang ni. Ben tu elok je mintak tunjuk ajar tapi si budak hingusan ni nak ajar mencarut pulak nak suruh Ben tu jadi budak jahat macam dia. Aku kecewa sebab dia dah tunjukkan satu sikap yang sangat buruk sebagai rakyat Malaysia. Satu dunia kenal Malaysia sebagai sebuah negara yang terkenal dengan adab sopan ketimuran. Jangankan kerana budak hingusan sorang ni habis buruk nama seluruh rakyat Malaysia.

Best sangat ke mencarut ni? Agak-agak korang, budak macam ni patut campak kat mana ek?

«
»

This Post Has 36 Comments

  1. [...] Hari ni buat tajuk mat salleh bukan sebab dah buang tabiat ataupun nak minta tunjuk ajar daripada Ben Bradshaw eheh. Sejak aku tinggalkan Kuala Lumpur hari Khamis yang lepas, rasa macam kering sangat idea nak [...]

  2. mak ko la sape lagi derr~~ says:

    tue orang panggil TROLLING la bodo . saje jer dieorang tulis camtue . if you can’t get the jokes then the jokes is on you ~

    • Amirez says:

      kalau dah sampai tahap mencarut macam tu itu bukan troll namanya. maaf cakap, itu sikap yg sgt buruk.

      joke ada caranya. kalau org yg suka joke carut2 ni sendiri fahamlah sikap diri sendiri tu macam mana. apa yg diucapkan mulut selalunya sama dgn perangainya. sorry to say bro

  3. Scumbag says:

    bukan ke si Ben Bradshaw ni mubaligh mormon church.ditugaskan utk perkembangan agama kristian di sarawak….

  4. ARieF says:

    itulah spesies parasit dalam bangsa kita..
    sebab orang macam tulah rosak nama bangsa..

  5. hafidz says:

    best apanya mencarut.
    jangan sempitkan fikiran yang dah sempit tuh.
    fuh~
    Entri Terbaru hafidz » Cuti Rehat Cuti Sakit

  6. Al says:

    Salam
    ak br nk komen sini haha

    rmai org mlayu ni mmg sume maklum x suka tgk org lain bjaya
    sbb tu rmai mlayu x bjaya
    xtau la bl nk brubah
    tggu smp malaysia jtuh ke tgn org bkn mlayu dlu ke..

    kn bgus klu ada sluran ttentu utk org luar ngara mcm ben tu bljr bhase mlayu, yg bg khidmat free…

    ..raya haji ni blk kelate dok?
    Entri Terbaru Al » Lelaki vs Perempuan

    • Amirez says:

      betul tu. sepatutnya kita tolong n support diorang bg galakan lagi, dok gitu?

      duk kelate doh ni. tak tau bila balik kl. stand by utk isteri dah nak bersalin seminggu ni :)

  7. salam..
    harus dicampak dalam lombong jee.. hehehehehe

    salam kenal..
    1st timer disini..

    // klik sinie jom ke blog mimie azimask :D //

  8. akubiomed says:

    Ramai anak gadis luar sana jatuh hati bila Mat Salleh cakap Melayu ;-)
    Entri Terbaru akubiomed » Bila Brad Pitt jadi Adiwira Spiderman

  9. Wan says:

    bodo punya budak tu
    sorry to said
    campak je dlm laut
    Entri Terbaru Wan » Adab menguap dan bersin menurut Islam

  10. asbesstos says:

    ni la ‘meleis’.. yang wat rosak nama melayu.. macam baru dapat internet.. then jakun layan facebook or youtube.. gini la…
    Entri Terbaru asbesstos » Kamu tensen jangan sampai jadi begini ye

  11. MuJE says:

    alah, kalo kat utube memang bersepah komen macam tu.. ade yang nak femes skit terus kena kutuk.. melayu oh melayu…
    Entri Terbaru MuJE » Blog aku kena serang dengan pemenang FFM 23!

  12. zik says:

    melayu oh melayu.. malu betul lah… nie mesti budak2 ingusan… adoyai!!
    Entri Terbaru zik » Khasiat buah pala dalam kesihatan

  13. saiful says:

    Disebabkan segelintir pihak yg macamnila buat bangsa lain pandang hina pada org melayu.
    Entri Terbaru saiful » Tukar Themes Lagi!

  14. intankuterpilih says:

    huh, melampau betul komen dia…tp takperlaa..anggap je tu budak yang baru nak kenal hidup dan tak tau apa itu makna carut…
    Entri Terbaru intankuterpilih » Shah Jaszley Asmara Digosipkan Dengan Maria Faridah

  15. samanosuke_04 says:

    ngahahhaa.. aku pun suka ben, dia yang jar ‘nothing’ tue kan.. sori malas nak load video… hoho

    melayu… aku pon tatau apsal… ader je yang nak spoil.. memang takleh elak dah kot..
    Entri Terbaru samanosuke_04 » Perempuan Rambut Pendek Lebih Cantik

  16. Ben Bradshaw – Mat Saleh Belajar Cakap Melayu | Amirez {dot} com…

    Mat Saleh Belajar Cakap Melayu…

  17. hans says:

    tu okay lagi bro
    ada sorang lagi artis luar
    xtahu orang mana
    nama dia BABI
    dah tu
    manusia2 dari Malaysia yang bongok nih suka maki2 dia tak pasal2
    mula2 dia tak tahu
    n lepas tu si Babi tu dapat tahu
    memang dia panas hati dengan orang Malaysia sudah

Leave A Reply





CommentLuv badge