Berilah Sedikit Walau Seringgit

Lepas aku keluar dari satu kedai makan semalam ada sorang lelaki dalam lingkungan sekitar 40-an menyapa aku dari belakang. Sebenarnya aku dah agak dia akan sapa aku lepas dihalau cara baik oleh tuan kedai bila dia datang mintak sedekah. Dia bagi salam lalu perkenalkan diri dia ustaz dari sebuah sekolah tahfiz di Pattani. Tengok pada gaya, memang gaya ustaz. Sihat tubuh badan, ada semangat, nampak alim la jugak.
Ustaz tu buka buku besar yang dalamnya aku perasan ada sijil-sijil, gambar-gambar, surat, termasuk satu buku resit yang aku rasa dah separuh dah habis. Dia kata ini memang betul, bukan tipu. Aku tengok acuh tak acuh je sebab nak cepat. Masa tu nak lintas jalan, kereta aku parking block kereta orang lain, tak boleh parking lama-lama sangat kalau dah parking macam tu.
Dipendekkan cerita ustaz tu nak mintak derma. Rasanya korang pun pernah alami situasi ni. Orang datang mintak derma lepas tu bagi kita resit. Itupun kalau kita derma RM5 atau RM10. Kalau RM1 tak dapat resit. Itu biasa dah aku jumpa. Tapi ustaz ni lain sikit. Ini kali pertama aku jumpa orang macam ustaz ni.
Aku hulur sejumlah kecil wang kepada ustaz tu atas niat sedekah. Kata orang nak sedekah bagilah mana yang kita mampu dan ikhlas. Hujung-hujung bulan ni selalunya orang dapat gaji tapi aku tak. Selalunya aku dapat awal bulan. Jadi tak banyaklah yang ada dalam wallet aku ni.
Bila ustaz tu tengok wang dalam jumlah yang kecil, dengan agak gopoh ustaz tu cakap, “Toksoh la kalu tak ikhlas, tokleh pahalo”. Aku terkejut jugak, tak pernah aku jumpa orang mintak derma macam ustaz ni. Aku balas, “Kalu tak ikhlas saya tak bagi, tak dapat pahala pun, saya ikhlas ni”. Dia tak ambik pun duit yang aku bagi tapi aku selitkan je dalam buku besar dia tu.
Aku terus ke kereta, dia pun lintas jalan sekali tapi depan sikit. Dia angkat tangan ke arah aku tanda terima kasih mungkin tapi muka ustaz tu tengok arah lain. Haih, ini pertama kali aku jumpa.
Ada jugak terlintas ustaz tu mungkin dari mana-mana sindiket atau dia sendiri yang menyamar. Tapi kita bersedekah atas niat ikhlas. Duit tu dia nak buat apa terpulang kepada dia. Kalau dia menyamar, itu urusan dia dengan Tuhan. Ini sekadar pendapat aku. Ada jugak orang yang berpegang kepada satu prinsip, lebih baik bayar zakat daripada bagi sedekah kepada orang macam ni sebab tak tahu dia menyamar atau tak. Terpulanglah kepada diri masing-masing. Setiap orang berhak mempunyai prinsip.
4 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...






huh demand pulak. macam2 orang yg mintak sedekah ni
[Reply]
aku penah ke siam aritu, betong. masa tu berhenti smyg kat masjid betong, thailand. ada sorang dua tabligh dari afganistan nk mntk derma utk negara diorg..aku bg RM3. kebetulan time tu dia nmpk aku bkk wallet, ada RM50..so ckp kt aku, tak kan rm3 je, kan rm50 tu ada dlm wallet..huhu demand plak dia..then, aku trus ckp, bersyukurlah dgn apa yg dh dpt..trus dia blah
x-po´s last [type] ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE
[Reply]
teringin nak korek rahsia sindiket diorang ni…
[Reply]
pengalaman yang bermakna, pengalaman lampau mampu mengajar kita jadi lebih bijak untuk menderma.
zackpantai´s last [type] ..Tukar Theme- Kosmo Salah Tulis Tajuk Entri
[Reply]