Best ke Mencarut?

Best ke MencarutSeperti biasa kalau ada masa terluang aku akan layan Internet sampai mula terasa puas atau dah mengantuk. Lepas dua kali klik ikon hijau Maxis Broadband web pertama yang akan aku buka mesti Facebook dulu. Lepas tu Nuffnang, nak tengok siapa Nuffnangers yang sudi datang melawat ke blog aku ni. Lepas tu barulah buka blog sendiri nak check jumlah pelawat terkini. Sejak trafik meningkat dengan sangat mendadak pada pertengahan bulan Oktober lepas aku jadi suka sangat tengok graf Google Analytic yang aku pasang kat blog ni. Dah jadi macam gunung dah. Hari tu gunung rata, sekarang ni dah nampak puncak dengan lombong haha.

Sehari tak buka Facebook rasa macam tak on Internet. Facebook dah jadi satu fenomena sekarang ni yang aku rasa agak kurang sihat. Disebabkan Facebook kerja jadi makin kurang produktif, atau paling tak pun lambat sikit satu-satu tugasan tu nak disiapkan kerana melayan Facebook dulu. Dah jadi rutin pagi sebelum mula kerja. Baca akhbar online pun dah turun nombor dua agaknya. Keutamaan diberikan kepada baca status-status kawan berbanding baca akhbar online. Itulah yang terjadi kepada diri aku sejak aku mula kenal Facebook ni. Korang tak kot, korang baik hehe.

Tapi yang memburukkan mata setiap kali login Facebook adalah status-status mencarut yang nampak macam dah jadi biasa diucapkan dengan mulut sendiri. Marahkan seseorang, dicarutnya puas-puas supaya semua kawannya yang sekitar seribu orang tu dapat tahu. Apa faedah yang dia dapat? Tak bestnya bila otak kita yang tengah suci pagi-pagi ni disajikan dengan kata-kata carut yang boleh buat emosi atau mood kita sedikit terganggu. Yang dah biasa mencarut tu mungkin tak kisahlah kot sebab perkataan itu juga yang dia duk sebut-sebutkan. Dah biasa. Yang tak biasa ni masalah. Nak tegur, takut terasa hati pula kawan kita tu. Selalunya orang yang suka mencarut ni pantang ditegur. Silap-silap kita pula yang kena maki.

Itu kat Facebook. Semalam aku blogwalking ke satu blog milik seorang perempuan. Bacalah apa yang ada kat entri baru dia. Tengah syok baca tiba-tiba dia mencarut. Macam-macamlah perkataan buruk yang keluar. Al-kisahnya dia tengah emosi dengan situasi yang dia alami. Tapi takkanlah sampai nak mencarut sebab tekanan? Sedihnya dia tu budak sekolah lagi. Perempuan pulak tu. Aku taklah pelik sangat budak sekolah perempuan sekarang ni yang ringan je mulut nak mencarut. Dah selalu sangat dengar. Ada yang dah jadi macam perkataan wajib dah. Tak sebut macam tak boleh. Mesti nak sebut jugak. Selalunyalah diorang suka sebut b*b* tak kira masa. Yang kutuk-kutuk mak kawan dia pun ada juga. Tapi yang peliknya kawan dia tak pula terasa hati, makin galak pula gelak diorang. Geleng kepala aku dengan budak-budak zaman sekarang. Baya-baya diorang dulu takdenya aku dengan kawan-kawan nak sebut macam tu. Malu rasanya. Kalau tersebut pun cepat-cepat nak tarik balik walaupun kata-kata ni sekali dah ucap memang dah tak boleh reverse.

Pernah tengok kajian saintis tentang rupa bentuk molekul air bila didengarkan dengan kata-kata yang baik mahupun buruk? Korang boleh search kat Youtube tentang perubahan molekul air yang dikaji oleh Profesor Masaru Emoto dari Jepun. Secara ringkasnya bila air ni didengarkan dengan kata-kata yang baik ianya akan berubah bentuk menjadi seperti kristal yang cantik. Sebaliknya, bila diucapkan dengan kata-kata yang buruk ianya berubah bentuk kepada rupa yang sangat hodoh.

Apa kaitannya dengan diri kita? 60% – 70% badan kita terdiri daripada air. Buruk ucapan kita, buruklah ‘rupa’ kita. Tak payah masuk makmal nak buat ujikaji. Kita boleh tengok sendiri kawan-kawan yang suka mencarut ni macam mana rupanya. Ada yang nampak kusut, nampak macam tak mandi, serabai, macam-macam lagilah. Yang selalu cakap benda-benda baik ni selalunya nampak jernih je wajah diorang, tenang dan bersih. Tak percaya, korang boleh observe sendiri.

«
»

This Post Has 17 Comments

  1. ARieF says:

    tulah bro..
    skrang ni sume nk lpas prob dgn mncarut kt fb..
    xmalu ke??
    huhu

  2. farhada says:

    ngee~..ashud pon suke mencarut..huhu…tapi kalo org tu cabar la..sbb mmg tak leh control..hakhak

  3. Baloot says:

    Tak la best sangat sebenarnya mencarut ni. Tapi lagi best kalau KUTUK ORANG DEPAN SAMBIL MENCARUT. Hahaha.. :p

    p/s: Salam kenal amirez,first time masuk belog ini.. :)

    p/s/s: abaikan kata2 aku kat atas tu sebab tu bukan serius,hanyalah permainan kata2.. hee..
    Entri Terbaru Baloot » Belajar Adobe Photoshop – Tutorial Menghasilkan Efek Pada Gambar

    • Amirez says:

      haha. itu baru kaw2 mencarut namanya :P

      salam kenal baloot. nampak gak nickname ko kat blog samanosuke semalam tapi tak sempat nak jenguk blog sebab dah ngantuk sangat

  4. zik says:

    thinks positif…aku biasa bukak blog dulu…hehe
    Entri Terbaru zik » Harga minyak ron 97 naik 5sen!!

  5. ProfHariz says:

    Apa yang ditaip itulah mencerminkan peribadi kita.. Kenapa? Sebab itu semuanya lahir dari hati.. Tak begitu?
    Entri Terbaru ProfHariz » Harga Petrol Ron 97 Naik 5 sen

  6. intankuterpilih says:

    kalau dah terbiasa ckp maki hamun, carut marut ni, tak mustahil dgn khalayak pon dia boleh ckp mcm tu. sebab pada dia tu dah memang bahasa harian dia..kalau tak ckp camtu 1 hari, boleh koma kot..
    Entri Terbaru intankuterpilih » Apabila Perempuan Tak Bertamadun Mencari Abang Aku

  7. hans says:

    tu la pasal kan bro….
    kadang2 tu diorang mencarut jer kerja
    den pun kadang2 terlepas
    ekekekek

    P/S : Kepada Pencinta Kucing: Dapatkan Stiker Pelekat Kereta Yang Eksklusif Khas Untuk Cukai Jalan Daripada Papa Hero

  8. asbesstos says:

    kebanyakkan dari kita akan bukak fb dulu lepas bangun tido sebelum pergi ke tandas..hahhaha.. (that me..)

    yurps.. fb sebenarnya bagus tuk kita.. update kat dunia luar.. sng nak interaksi.. semuanya jadi cut cost.. tapi ianya buat kita lalai.. dan leka dgn motif hidup2 kita sehari-hari.. bukan mereka je.. ni ditujukan untuk diri sendiri.. lemah untuk menolak facebook.. ada saje yang nak dilihat.. gila notification juga boleh jadi.. walaupun facebook ni kurang anoyying dr myspace.. tapi lama kelamaan ianya mcm myspace jugak dr beberapa segi penggunaannya..

    dan facebook jugak buat blogger jadi malas.. semua dah post kat fb je.. haish..

    • Amirez says:

      itulah. banyak impak facebook ni. yg baik tu oklah, tapi yg tak ok tu jadi masalah. kat myspace yg pompuan suka tunjuk gambar2 seksi, kat facebook pun macam tu. bila marah mula la carut marut kat status sedangkan dia tak sedar dia dah jatuhkan maruah dia sendiri

  9. Best ke Mencarut? | Amirez {dot} com…

    Perempuan mencarut?…

Leave A Reply





CommentLuv badge