Beza Maxis Dengan Celcom Broadband
Baru² ni aku sempat ke Tesco Kepong Village nak beli pasir kucing yang aku bela 5 ekor sekarang ni. Macam biasalah kalau aku nak beli barang, niat asal satu barang je, tapi balik rumah mesti barang berbakul² hehe. Kalau isteri aku yang nak shopping, bila balik rumah barang aku la yang paling banyak haha. Lain kali kalau dia nak keluar shopping kena cakap aku yang nak shopping, barulah aku tak beli macam². Erk, shopaholickah aku?
Ok. Sebelum aku melalut panjang baik aku terus pergi kepada tajuk kita pada hari ini.
Kat Tesco Kepong Village hari tu aku sempat singgah satu premis Maxis dengan satu booth TM yang ada buat promosi Celcom Broadband dekat dengan pintu masuk parking. Mula² aku dengan isteri ke premis Maxis dulu sebab tertarik dengan banner yang tertera harga baru Maxis Broadband serendah RM38 sebulan. Rasa nak tau lebih lanjut la jugak sebab kat TV cuma promote yang harga RM48 sebulan.
Aku masuk dalam cakap dengan promoter amoi yang duk panggil kitorang dari jauh lagi suruh singgah. Katanya yang pakej RM38 sebulan ni untuk pengguna telefon Maxis Postpaid dengan kuota 3GB sebulan. Selain daripada pengguna Maxis Postpaid termasuklah yang guna Maxis Prepaid hanya boleh langgan Maxis Broadband plan RM48 sebulan. Itu pun hanya untuk 5 bulan pertama sahaja. Lepas 5 bulan kena bayar harga asal iaitu RM68 sebulan. Tapi bagi pengguna Maxis Postpaid, 5 bulan pertama bayar RM38, lepas tu cuma bayar RM48 sebulan. Jimat RM20. Berikut adalah plan² umum yang ditawarkan buat masa ni:
| BROADBAND PLAN | 1.5GB | 3GB | 6GB | 12GB |
|---|---|---|---|---|
| MONTHLY FEES | RM48 | RM68 | RM98 | RM198 |
Aku try tanya berapa download speed untuk plan RM38 sebulan tu. Amoi tu cakap 3GB sambil tunjuk dekat plan broadband yang ada. Nampak sangat amoi tu tak berapa faham dengan pakej yang dia sendiri offer. 3GB tu kuota untuk sebulan bagi plan tersebut aku cakap kat dia. Dia ambik balik brochure yang isteri aku tengah pegang untuk baca balik notes yang ada. 7.2Mbps katanya. Itu aku sendiri pun boleh baca kalau dah tertulis dalam brochure. Cuma nak kepastian je adakah aku akan dapat 7.2Mbps atau 3.6Mbps atau kurang dengan plan RM38 sebulan. Selalunya hal² macam ni la yang selalu diorang sembunyikan.
Aku dengan isteri ke booth TM pulak nak ambik brochure Celcom Broadband yang tak macam brochure pun. Hanyalah sekeping kertas A4 potong dua dalam warna hitam putih. Jimat sungguh. Dalam kertas hitam putih tu cuma ada jadual plan sahaja. Takde pun keterangan lanjut macam terma dan syarat ke polisi pendaftaran ke. Yang ada hanyalah ayat “No Contract!!!” tulis besar² kat atas jadual plan. Berikut adalah plan² Celcom Broadband yang ditawarkan buat masa ni:
| PLAN | EARLY BIRD PROMO* | NORMAL PRICE | SPEED | VOLUME QUOTA | UPFRONT PAYMENT |
|---|---|---|---|---|---|
| Celcom Broadband Entry (New) | RM38/month | RM48/month | Up to 384kbps | 1GB | RM48 |
| Celcom Broadband Basic | RM58/month | RM68/month | Up to 512kbps | 3GB | RM68 |
| Celcom Broadband | RM88/month | RM98/month | Up to 3.6Mbps | 5GB | RM98 |
Harga bayaran bulanan untuk free modem dengan tanpa modem sama je. Cuma kalau free modem kena bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100. Offer ni pulak hanya untuk 3 bulan pertama berbanding dengan Maxis Broadband tadi selama 5 bulan pertama. Lepas 3 bulan kena bayar mengikut harga normal.
Rasanya tak perlu nak teliti sangat dengan tawaran kedua² Telco ni. Dua² takde kontrak. Jadi keputusan dibuat untuk melanggan Maxis Broadband plan RM38 sebulan dengan menggunakan Maxis Postpaid ayah mertua aku hehe. Ingat nak daftar kat Kota Bharu minggu depan alang² esok dah nak balik kampung cuti raya
15 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






lelaki lagi hebat dari perempuan.membeli-belah
sampai berat bakul.huhuhu….
Ali ridha´s last [type] ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors
[Reply]
Amirez Reply:
November 29th, 2010 at 10:43 pm
oo ye ke.
lelaki beli barang berat tapi kuantiti sikit.
perempuan beli barang ringan tapi kuantiti banyak hehe
[Reply]
smue broadband same je..
tensen ak..
[Reply]
Amirez Reply:
October 15th, 2010 at 2:13 am
ada orang yg bernasib baik, ada yg kurang bernasib baik.
[Reply]
salam….nk tnyer skit…xpham la…quota volume tu ape sebenarnye?
[Reply]
Amirez Reply:
October 9th, 2010 at 10:12 pm
salam KR.
setiap broadband ada limit usage iaitu kita panggil kuota.
bila dah sampai limit atau dah cukup kuota, speed internet kita akan jadi slow.
katakan pakej yg kita subscribe speednya 3.6Mbps, bila dah cukup kuota akan drop ke 512Kbps..sekadar contoh.
dengar kata Streamyx pun ada kuota tapi tak sure berapa
[Reply]
oic. bleh cuba nanti kalau ada coverage. thx fie
[Reply]
takde,connection dia excellent..bahagia je aku dok men’surf’ tenet kat umah (bangi)
[Reply]
oo ye ke. ok tak? ada putus2? boleh usha nati hehe
[Reply]
aku pakai umobile je,pastu buat wireless network kat umah..bukan aku la yg buat,hubby aku eheh :-p..bayo 68 hengget jugak
[Reply]
nizam: check dulu coverage ok tak. kalau dua2 marvelous, rasanya better maxis hehe
[Reply]
erk..apa kaitannya ye?
[Reply]
SYURGA HIJAU .
[ didalam syurga ]
[Reply]
tengah fikir mana satu yang patut beli..
http://nizamullah.blogspot.com
nizam omar´s last [type] ..Mengapa Spiderman Termenung
[Reply]
sorry for the dang, i just wanted to generate traffic! nice entry btw!
salty bodice ripper´s last [type] ..Visit to Temple Last Week
[Reply]