Blog Down & Kena Hack

Alhamdulillah blog saya sekali lagi dah kembali pulih selepas blog down dalam 2 hari. Statistik takyah cakaplah, terus jatuh menjunam ke angka 0.

Alkisahnya hari Jumaat lepas blog saya ni tak dapat masuk. Pada mulanya saya syak ada masalah dengan firewall yang mungkin menyekat blog saya ni secara tiba-tiba. Pernah berlaku sebelum ni tapi punca sebenar daripada pihak hosting sendiri. Entah apa diorang betulkan, lepas tu dah ok balik. Tapi baru-baru ni saya ingatkan masalah firewall lagi, rupa-rupanya bukan. Buntu nak buat apa saya terus hantar ticket kepada pihak hosting. Yang bestnya pihak hosting reply ticket saya lebih daripada 24 jam. Servis yang sangat ‘bagus’. Memang patut ‘dipuji’.

Katanya ada masalah dengan DNS. Maknanya masalah berpunca daripada diorang sebab saya tak ada usik apa-apa pun yang berkaitan dengan DNS atau seumpamanya. Redha jelah dengan company hosting baru ni.

Geram sangat blog asyik bermasalah, lepas Isyak tadi saya buat tindakan-berani-mati buat pertama kalinya sepanjang 6 tahun saya blogging ni. Saya remove blog ni sepenuhnya kecuali database. Risau jugak kot-kot ada entri atau komen yang hilang nanti. Tapi saya nekad, apa nak jadi jadilah. Segala folder pelik yang ada dalam root saya delete. Kemudian install WordPress baru. Sebab tu sekarang ni pakai theme Twentyten. Default theme Twenty Eleven tapi saya lebih suka design Twentyten, nampak kemas sikit.

Alhamdulillah lepas import database tadi semua entri, komen dengan setting dah ada balik. Lega rasanya. Kalau tak, terpaksalah ulang sejarah awal tahun 2009 dulu – mula dari kosong.

Harap-harap tak ada lagi dah masalah pelik dengan blog ni. Saya tak tau cara clean installation ni boleh selesaikan masalah atau tak. Tapi at least saya rasa puas dapat buat macam ni.

Blog Kena Hack

Tadi satu kes. Ini pulak kes yang berlaku kepada blog isteri saya. Isteri saya pun ada blog sebenarnya tapi tak update sangat. Tak sempat katanya, sibuk jaga anak sambil online shopping kat Facebook. Saya jelah yang menyelenggara blog dia buat itu ini tapi updatenya tak huhu.

Hari blog saya down Jumaat lepas, hari itulah juga blog isteri saya kena hack oleh hacker dari Myanmar. Ini kali pertama saya dapat masalah kena hack ni. Saya ingat hacker takde selera dengan blog yang berabad tak update. Rupanya tak. Entah apa yang membuatkan hacker tu ‘sudi’ nak hack blog isteri saya.

Pelik sebenarnya bila baca mesej yang ditinggalkan oleh hacker ni. Apakebendanya pulak Rohingya tu? Tanya pakcik Google, ini jawapan yang diberi.

Mujurlah serangan hacker ni cuma pada fail index.php. Bolehlah jugak saya nak fix masalah ni. Kalau hack kat tempat lain saya surrender dah, terpaksa serahkan kepada pihak hosting selesaikan.

Sebenarnya blog sorang klien saya pun kena hack oleh hacker yang sama pada hari yang sama blog isteri saya kena hack. Saya dah kongsikan cara saya selesaikan masalah ni kat blog satu lagi. Boleh rujuk entri ni: Blog WordPress Kena Hack – Apa Perlu Buat?

Sebagai blogger masalah-masalah macam ni memang kita tak suka tapi nak tak nak terpaksa juga menghadapinya. Kena hack tu bergantung kepada sekuriti blog kita. Tapi kalau blog asyik bermasalah dengan hosting, carilah syarikat hosting lain. Saya tengah fikir nak berpindah hosting dah sekarang ni. Ada cadangan hosting mana yang bagus?

«
»

This Post Has 62 Comments

  1. Sara says:

    Pernah kene hack sekali dgn tim dari area negara Arab. Terus tukar pakai blogspot balik. :)
    Entri Terbaru Sara » Tudung Inner Neck Untuk Tudung Jarang

  2. Ada tips tak bro? nak elakkan kena hack ni? :D
    Entri Terbaru Harfiz Perniagaan Internet » Jadual EURO 2012 Waktu Malaysia

  3. cik tom says:

    seram plk sggh blog kwn2 ramai yg ckp kena hack..ish2..
    Entri Terbaru cik tom » Komisyen pertama dari jobdirumah

  4. hatiputera says:

    biasa diaorang deface index.php jer…kira terer la bro nie kerana dapat recovery balik.
    Entri Terbaru hatiputera » AKU PAKAI CERMIN MATA

  5. nizamghazi says:

    Shared Hosting memang berpontesi tinggi untuk dihack.
    Ianya seperti virus yang merebak apabila satu kejiranan terkena.
    Entri Terbaru nizamghazi » Independently : When I Was A Young Boy – My Digital Life – Part 1/2

  6. kulanz says:

    antara dugaan besar dalam berblog.. harap tak terus hilang mood bro..
    Entri Terbaru kulanz » Catatan Sepanjang Mei 2012

  7. azman kelubi says:

    masuk parti politik bernama PAS..

    kompem dapat gelaran Ustaz terus.. lelebih lagi kalo sering pi ceramah Politik depa..

    macam ustaz bob allukman hahahaha..
    Entri Terbaru azman kelubi » Star Pravah – India

  8. firdaus says:

    fuhh! bahaya jugak pakai hosting ni,
    nsib baik security blogger{com} masih kuat. migrate je ke blogger.. hehehe
    Entri Terbaru firdaus » Free Weather Icons From Meteocons

  9. MDHAFiZ.NET says:

    dugaan tu bro.. . sy dh 5 kali kena hacked.. terus migrate ke hosting baru.. . submit tiket sehari dua baru reply.. itu memang servis yg ter-Mantap!
    Entri Terbaru MDHAFiZ.NET » Malaysia Vs Philipines (International Friendly Match 2012)

  10. Encik Bukit Besi says:

    Jahat sungguh mereka2 ni…dapat ape agaknya hack blog orang…dapat duit ke? Saya pon masih lagi belajar cara2 nak elak dari blog kena hack…sama mcm kes akubiomed…harap2 lepas ni takde lagi kes mcm ni…:(

    takpe bro..pelan2 kayuh…
    Entri Terbaru Encik Bukit Besi » Apa Itu Demam Denggi Dan Langkah Mengatasinya

  11. nuriz says:

    inilah asam garam dan cabaran bila dah self hosted, kdg2 rasa penat dan pening risau memikirkan masalah kena godam, saya ni dah la tak tahu sgt nak selesai atau fix sendiri bergantung pada pihak hosting. tpksa minta servis dari pakar sebab tak nak digodam..huhu
    Entri Terbaru nuriz » Seindah Sakura Drama Yang Best

  12. tehr says:

    ini la yang selalu risaukan aku
    maklum saja masih belajar lagi ni nak urus database blog
    Entri Terbaru tehr » Paras Air Dan Suis Automatik

  13. shraqs says:

    Patutla aku cuba akses 2-3 hari lepas tak dapat2. Sabar jelah bro, dpt jugak belajar sikit2 kan. :)
    Entri Terbaru shraqs » Cara – Cara Upgrade Samsung Galaxy SII (GT-I9100 & GT-I9100G) Ke ICS 4.0

  14. hunny kitty says:

    patot la hari komen tak nak kuar
    Entri Terbaru hunny kitty » :: Mendobi Part 2 ::

  15. arrizz says:

    aritu kena hack nasib baik tak kena terok..pelik juga bila fikir blog picisan macam blog aku nie pon ada hati orang nak hack..

    try fivio bro..so far bagus servis dorang..takde masalah sangat..
    Entri Terbaru arrizz » Wordless Wednesday – Orang Korea hodoh!

    • Amirez says:

      blog wife aku yang langsung tak update pun kena hack apatah lagi blog yang setiap hari update 3, 4 entri.

      ada 1 blog aku dulu pakai fivio. memang ok tapi dah tak aktif sebab tak renew haha

  16. Izzuddin Fauzi says:

    Aku pun kene hack… Tak sempat sesiapa tengok terus aku matikan… Anyway sekarang semua data aku hilang… Lagi jiwa kacau…
    Entri Terbaru Izzuddin Fauzi » Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. Dre

  17. Ummi Hanie says:

    salam,

    aduh simpati blog kena hack. dgn org myanmar pulak tu

    moga2 problem dpt diatasi dan dicegah terus…
    Entri Terbaru Ummi Hanie » 21 Totem Tantra – falsafah kehidupan orang Cina

  18. Juan says:

    risau juga kalau kena
    Entri Terbaru Juan » Azwan Ali di MasterChef Selebriti Malaysia

  19. cikguden says:

    owh patut la theme baru..pelik gak mula2nya. tak pernah lagi kena macam ni.mgkn sebab blog tak populer kot.huhu
    Entri Terbaru cikguden » Sutera Crepe & Jacquard Lavender

  20. Shaiful says:

    Patutla blog ni nampak lain.Ingat salah masuk rumah tadi.
    Mujur jugala database tak kena hack, kalau tak haru-biru dibuatnya.
    Entri Terbaru Shaiful » Convert Theme WordPress Ke HTML5

  21. chii says:

    Memang sakit la kalo kn hack. Byk nk kena buat.No wondr la chii x bleh nk access sini
    Entri Terbaru chii » Mengenang Jasa

  22. cikgu naman says:

    biasa yang kena ni yang selfhosted ke macam mana ye? maafla noob sikit..hehe

    tengah study sikit² pasal WP & selfhosted lepas menang voucher hosting + domain
    Entri Terbaru cikgu naman » WW-Lokasi Strategik Untuk Tampal Iklan

    • Amirez says:

      selalunya yang self-hosted. tak pernah dengar lagi blogspot kena hack.

      menarik tu menang voucher. kalau nak berpindah ke self-hosted nanti jangan lupa tingkatkan sekuriti blog, dan satu lagi buat backup database. in case kena hack, database yang dah backup tu boleh selamatkan semua entri dan komen yang sebelum-sebelum ni :)

  23. Cubaan Hack blog AkuBiomed says:

    [...] kerana mengalami kerosakan yang besar seperti berlaku pada sahabat saya seperti IzwanYusof dan Amirez.Saya mengkagumi sifat NizamGhazi berani menyerah tengkuk untuk blognya di hack. Kalau berani [...]

  24. segalabenda says:

    takut pulak kalau blog aku pun kene hack..mau demam sehari dua aku

  25. Jebeng Otai says:

    mmg sdih kalo support lmbat…stkat ni sy guna internet-webhosting..mmg xder mslh..support pon ok..ag pon ade function addon domain..mmg terbaek.. :)
    Entri Terbaru Jebeng Otai » Kopitiam Ekonomi

  26. titan says:

    emm..kena super hati-hatilah lepas ni gayanya..
    lagi satu, banyakkan makan cendol..
    Entri Terbaru titan » Mencintai Ain Maisarah – Part 3

  27. Shahrul says:

    letih jugak kalau blog buat hal macam tu sekali…

    kenapa la dia orang ni nak hack blog

  28. hafidz says:

    bersabarlah bro.
    itulah cabaran bila kita pakai hosting sendiri ni.
    takpa, anggap ia sebagai salah satu halangan yang kita telah berjaya tempuhi.
    Entri Terbaru hafidz » Hafidz Life #2

    • Amirez says:

      bagus juga dapat pengalaman ni sebenarnya. boleh belajar benda baru.
      tapi tang sabar tu dah lama sebenarnya dengan hosting ni huhu

  29. akubiomed says:

    Letih kalau blog kena hack. Blog kita bukan popular pun. :-(
    Entri Terbaru akubiomed » Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?

  30. izwanyusof says:

    bro guna hosting mana?
    sekarang ni susah sket. ada yg main cpanel, ada yg hack hosting provider. saya dulu kena inject check file satu2,mintak tolong eizil.com fix banyak kali.. sekarang semua blog saya pakai 3 plugin security.
    Entri Terbaru izwanyusof » Kenali Fasa Hidup Pelajar First Year Hingga Final Year Di Kampus

    • Amirez says:

      one-bytes hosting. sekarang dah tukar owner, rocksoft pulak yang handle.

      naya juga kalau kena satu2. kalau saya pun kena macam tu kena mintak tolong eizil jugaklah kot. noob sangat pasal hack ni.

      • Affan Ruslan says:

        One bytes ni reseller kan?
        Saya recommend jangan pakai reseller, diorang bila2 je boleh cabut lari. Just nak kongsi pengalaman sorg kawan blogger dulu, bila reseller menghilang, dah takleh nak buat apa.

        ps: Nape favicon theme ni sama dgn blog mediajer.com ;)
        Entri Terbaru Affan Ruslan » Pertunjukan Bunga Api Sempena Victoria Day

        • Amirez says:

          a’a diorang reseller.
          betul jugak tu. sia2 je nanti.
          skang ni bukan diorang dah yang host server. dah pindah tangan ke rocksoft pulak.

          p/s: eh, nape saya punya view tak keluar favicon?

          • Nine says:

            Salam bro, onesbyte ke rocksoft kan, tapi owner ye masih sama rasanya, Encik Radzi gak. Location Cyberjaya. Sebab masa saya kena hack sama hari dengan bro, saja tanya diorang, mcm bro jugak, diorang suruh tukar file index.php kat theme. Diorang hack deface.

            Agak2 Rocksoft baru nih ok tak ? Sebab saya malas nak migrate. Sebab saya puas hato dgn service diorang. Cuma takut macam bro Affan cakap tu, kalau diorang lari naya.

            Agak2 bro, takpe ke kalau saya teruskan dengan Rocksoft ?

          • Amirez says:

            a’a dah bertukar ke rocksoft. owh, owner still sama ek, baru tau.

            tak dapat nak jamin yang rocksoft ni ok buat masa ni. reply ticket pun ambik masa lebih kurang 24 jam rasanya itu bukanlah servis yg bagus. tapi maybe ada masalah sikit masa tu sebab baru tukar company.

            tengok sebulan dua ni camana. rasanya makin ok kot, kalau tak buat apa diorang tukar dari onebytes ke rocksoft kan?

Leave A Reply





CommentLuv badge