Jan 25, 2012

5 Blog Fotografi Mesti Baca

Sedar tak sedar dah setahun lebih saya meminati bidang fotografi dengan menggunakan Nikon D3100. Sekadar minat, mahirnya belum lagi. Minat bidang fotografi ni mula timbul semasa saya kerja kat KL dulu, dalam tahun 2008 hingga 2010. Masih lagi ditahap belajar. Tapi belajar daripada bacaan jelah buat masa ni. Kata orang belajar sendiri ni lambat sikit nak mahir berbanding berguru dengan fotografer yang berpengalaman. Belajar daripada guru pun secara tak berapa formal semasa Outing Fotoshoot di Batu Caves tahun 2010 dulu.

Untuk hari ini saya nak kongsi 5 blog fotografi kegemaran saya yang selalu saya jadikan sebagai rujukan dalam bidang fotografi. Kelima-lima blog ni bukan sekadar mengajar teknik-teknik fotografi, malah turut memberikan beberapa tips dan panduan dalam memilih kamera mahupun lens yang sesuai dengan keadaan. Kalau korang minat fotografi, kelima-lima blog ni boleh dimasukkan dalam list blog fotografi korang.

Blog Ijam

Ijam 5 Blog Fotografi Mesti Baca

Kalau nak tahu, bro Ijam nilah guru Outing Fotoshoot di Batu Caves dulu. Ijam atau nama sebenarnya Noorizam selalu buat outing photoshoot secara percuma dengan menggunakan jenama UFO dan lokasinya hampir merangkumi seluruh semenanjung Malaysia (ke dah sampai Sabah Sarawak?). Ijam banyak bagi tips basic untuk fotografi sesuai dengan header blog beliau yang cukup simple. Katanya, basic fotografi adalah paling penting untuk mendapatkan gambar hasil yang baik. Sangat rugi kalau beli kamera dan lens mahal tapi asas fotografi pun tak master lagi. Asas fotografi yang dimaksudkan ialah Aperture, Shutter Speed dan ISO. Tanyalah mana-mana fotografer pun, inilah asasnya yang paling penting untuk belajar dulu.

Tarmizi Shukri

tarmizishukri 5 Blog Fotografi Mesti Baca

Tarmizi Shukri bukan sekadar blogger, tapi boleh juga jadi guru dalam bidang fotografi dan merupakan seorang penuntut Sarjana di UPSI. Pengasas kepada Pixel Pecah Studio ni seorang fotografer yang tak lokek ilmu untuk dikongsikan dalam bidang fotografi. Salah satu blog fotografi yang wajib saya baca. Blog beliau tersenarai di Social Media Awards dalam kategori Best Photography Blog. Jangan lupa undi. Sememangnya blog beliau layak untuk diundi dalam kategori tersebut.

Adhadi Mohd

Kalau nak belajar teknik-teknik untuk edit gambar menggunakan lightroom, blog adhadimohd adalah tempatnya. Nama dah dekat-dekat nama saya dah hehe. Adhadimohd.com selalu bagi tips dalam bentuk yang ringkas. Huraiannya pun tak terlalu panjang. Sekarang ni beliau tengah giat buat bengkel fotografi. Kalau ada masa saya pun teringin nak join bengkel beliau.

Zahir Turion

Blog fotografer dari Terengganu ni selalu jadi rujukan saya masa awal-awal minat dengan fotografi ni. Semua tips dan tutorial yang beliau ajarkan kat blog diterangkan dalam bentuk yang santai dan senang untuk difahami terutamanya buat newbie. Yang bestnya, sekarang ni beliau pun guna Nikon D3100 untuk kerja-kerja fotografi perkahwinan beliau icon wink 5 Blog Fotografi Mesti Baca

Fototeacher

Fototeacher yang diasaskan oleh Hasnuddin Abu Samah ni banyak menjual peralatan dan aksesori fotografi secara online selain daripada berkongsi tips dan tutorial. Tutorial pertama yang saya baca daripada Fototeacher ialah tutorial light trail. Beliau mula terlibat dalam fotografi secara profesional sejak tahun 1996 lagi. Otai dah ni hehe. Tapi jarang sebenarnya baca kat FotoTeacher.com sebab font size yang digunakan dalam blog beliau agak kecik dan line spacing yang agak rapat, tak sesuai untuk mata saya yang kuyu ni. Lagi-lagi bila penerangannya panjang tapi gambar pula kurang. Tapi masih lagi termasuk dalam 5 blog fotografi kegemaran saya.

Banyak lagi blog fotografi lain yang menjadi rujukan saya tapi lima yang disebut kat atas ni adalah yang paling kerap saya baca.

Kata orang, belajar ni tak bersempadan. Belajarlah selagi jasad belum dimasukkan ke liang lahad. Orang yang dah hebat pun tetap teruskan pembelajaran. Sebab, makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Itu kata-kata daripada pensyarah Fizik saya, En. Hashim.

pixel 5 Blog Fotografi Mesti Baca

37 Comments

  • best best
    Juan´s last [type] ..October Sky 1999

    [Reply]

  • Aku cukup minat tapi ‘oncost’nya x cukup lagi.. Bro guna D3100 ok tak? Aku ni dah tgh kumpul budget nak beli. Mna tahan beb tgk org lain ambik gambar, edit2 guna PS..ha3
    Jai´s last [type] ..Suara Aneh Dari Langit Adalah Bunyi Kilang

    [Reply]

    Amirez Reply:

    takpe jai. kumpul sikit2 lama2 cukuplah tu. yg penting kena istiqamah menabung :)

    D3100 setakat ni ok..sangat ok. tak rasa nak upgrade yg lain lagi so far

    [Reply]

    Jai Reply:

    Harga D3100 sekarang berapa ek? Aku usha banyak sgt harga.. Ntah mna yang betul.. Lain kedia lain harga pulak tu..
    Jai´s last [type] ..Suara Aneh Dari Langit Adalah Bunyi Kilang

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kalau tak silap RM1988 untuk harga kasar pasaran Nikon. selalunya kedai jual harga rendah sikit daripada harga tu. kena pandai cari kedai mana yg dpt bg best price

  • Bab fotografi ni minat tu ada. Modalnya je belum cukup. ilmu fotografi ni pulak kena menuntut dengan otai baru la skill tu datang. kalau belajar sendiri nanti jadi syok sendiri.
    Cikgu Hairul´s last [type] ..Masih Dikenang

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hehe betul tu. dalam belajar ni penting juga untuk terima komen orang lain. dari situ kita tahu tahap kita kat mana

    [Reply]

  • pakai aje kamera yang ada ni.
    Ada duit lebih sikit, memang nak angkat dslr juga ni.
    ohcikgu´s last [type] ..Semakan Tawaran bagi Kursus Perguruan GSTT ambilan ke 2 Disember 2011

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul2. jangan terlalu mengejar sesuatu yg belum lagi ditahap kemampuan kita. bila dah betul2 sedia nak guna barulah pecahkan tabung ayam :)

    [Reply]

  • minat jgk fotografi ni..tapi takde kamera ..kalau tangkap gmbr tu guna kamera handset nokia x3 sahaja..
    farhan´s last [type] ..Memilih makanan…sedapnya makan donut…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    DSLR sekadar tool. apa yang penting adalah teknik. tak kira guna kamera apa sekalipun asalkan tekniknya betul mesti boleh dapat gambar yang menarik ;)

    [Reply]

  • wow…cantik2 blog diorang..
    fotografi la katakan..
    Fakhruddin´s last [type] ..Biar Aku Tolong Vote Korang di World Bloggers & Social Media Awards 2012

    [Reply]

    Amirez Reply:

    erk..blog yang cantik ke atau gambar diorang? konfius ni hehe

    [Reply]

  • Yang selalu saya singgah Tarmizi blog tu…selalu baca entry di ammg terbaik…:)
    SiTokei´s last [type] ..Gambar: Adakah ini Foto Isteri Kepada Roslin Hashim

    [Reply]

    Amirez Reply:

    blog TarmiziShukri memang wajib dibaca untuk dapatkan tutorial dan tips fotografi ;)

    [Reply]

    SiTokei Reply:

    ha’ah amat sesuai bagi mereka yang berjinak dgn DSLR…..best
    SiTokei´s last [type] ..Malam ini Liverpool vs Manchester United 4th Round FA Cup

    [Reply]

  • terus terjah . . nak bljaq gak . . sbb mmg mnat DSLR . .
    Mr.Sepet´s last [type] ..Life Is Easy

    [Reply]

    Amirez Reply:

    boleh2 :)

    [Reply]

  • Saya kalau nak belajar ni memang tak tahu. Saya tahu ambik gambar dan snap sahaja. :D
    Ni untuk kamera DSLR jer kan?
    Zezebel´s last [type] ..Pengalaman Kena denda di Sekolah

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kebanyakannya untuk DSLR. tapi boleh juga guna untuk kamera digital kompak. kamera digital kompak sekarang ni pun dah ada beberapa fungsi macam DSLR cuma tak selengkap DSLR. tapi teknik asas tetap sama :)

    [Reply]

  • askm. memang minat DLSR, tapi memang xberkesempatan nak belajar. sekarang boleh kata 100% guna hp. quality xsehebat DLSR.
    Denaihati´s last [type] ..Badai Matahari ada yang kisah

    [Reply]

    Amirez Reply:

    wa’alaikumussalam DH.

    itu lebih baik daripada orang yang ada DSLR tapi biarkan saja dalam beg tak diusik, membazir

    [Reply]

  • suka juga snap gambar, tapi masih newbie lagi
    sya isya´s last [type] ..GA PERTAMA SI CANTIK SIEZUKA

    [Reply]

    Amirez Reply:

    semua orang bermula dengan newbie :)

    [Reply]

  • belum masanya lagi. belum lagi. hehe..
    titan´s last [type] ..Perangai macam Nobita.

    [Reply]

  • Sekarang ni semakin senang nak belajar shooting photo, byk sifu2 dah ada blog masing2…. ;)
    lunaticg´s last [type] ..Coin collecting a very expensive hobby?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul tu. tapi belajar melalui bacaan tak cukup puas. nak kena berguru depan2 jugak huhu

    [Reply]

  • terasa kerdil bila dibandingkan dengan mereka yang lain :)
    tarmizishukri´s last [type] ..Undi TarmiziShukri’s Blog Untuk Kategori “Best Photography Blog”

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kerdil la sangat :P

    [Reply]

  • aku pakai kamera hp je
    sekadar ambil gambar asas
    asal ada gambar
    tehr´s last [type] ..Pantun Selamat Pagi

    [Reply]

    Amirez Reply:

    pakai kamera hp pun boleh jadi cantik kalau kena gayanya. yang penting kreatif ;)

    [Reply]

  • Saya pun minat tapi DSLR tak der lagi :)
    azman´s last [type] ..Facebook dah gila

    [Reply]

    Amirez Reply:

    harga DSLR sekarang tak semahal dulu. cukup duit bolehlah dapatkan satu mengikut bajet ;)

    [Reply]

  • Saya pun masih peringkat godek-godek kamera DSLR. Kalau guna kamera DSLR auto mode baik beli Digital kompak kamera sahaja. :-)
    akubiomed´s last [type] ..Wordless Wednesday – #Balang dan duit

    [Reply]

    Amirez Reply:

    hehe. betul tu bro. sangat rugi kalau ada DSLR tapi cuma tahu guna auto mode

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Saya sudah melayari melebihi 80% setiap entri untuk senarai blog diatas. Rasa macam kekurangan ilmu yang ketara dan rasa tidak puas. Tiba-tiba timbul rasa dahagakan ilmu yang melampau.
    akubiomed´s last [type] ..Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu

    [Reply]

    Amirez Reply:

    samalah macam saya. makin banyak dibaca makin kurang rasanya ilmu dalam fotografi ni

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

  • Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
  • Kimmy: Kipas haji eyh?
  • titan: tak faham. tak fahammm..
  • chii: topi yg mcm beret tu :-)
  • Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
  • tuan tanah: kena ada kalau selalu...
  • azura: kipas moden dah sekarang, lama...
  • azman: Yup mmg cuaca panas...
  • akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
  • chii: chii ingtkan tadi topi..adeih

Pengomen Terhangat

8 comments
7 comments
6 comments
6 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
4 comments

Kategori

Arkib

BlogMalaysia.com