Jan 14, 2009

Budak Kelantan Memang Gedebe

  • Share
  • Share

Sebelum jemari aku pantas menaip mengikut arahan fikiran, aku ingin menegaskan entri ini bukan untuk menjatuhkan mana² pihak terutamanya orang Kelantan. Sekadar meluahkan apa yang terlihat pandangan mata sendiri.

Usai menonton tayangan Budak Kelantan di skrin Acer AL1717 19″ semalam buatkan aku terfikir, bagaimana kalau aku ini seorang perempuan? Pasti aku akan ketakutan setiap hari. Takut akan manusia bergelar lelaki. Lelaki ini sungguh bahaya, merosakkan si dara. Kalau dibiarkan ketakutan membelenggu diri, tidak akan menikah sampai ke mati.

Nampaknya Wan Azli berjaya buat aku kagum dengan filem sulungnya. Walaupun jelas tampak tidak mengikut aliran filem² tempatan yang lain, ataupun dikatakan tidak mengikut musim filem, Budak Kelantan bagi aku amat berjaya. Penggambaran seperti benar² berlaku di depan mata. Dialognya betul² Kelantan walaupun ada sedikit seperti bahasa Kelantan disusun dalam ayat KL. Perilaku Kelantannya hidup. Betullah, Budak Kelantan memang gedebe.

Gedebe dirujuk kepada karya berani Wan Azli. Aku pasti ramai yang tidak puas hati dengan filem ini yang terang lagi bersuluh menunjukkan budak² Kelantan ini memang begitu perangainya. Berpuak², gedebe, cakap kasar, bahasa kotor, selekeh, pandai mengayat, dan pantang dicabar. Aku perhatikan kawan² anak Kelantan, macam tulah sikapnya. Sebab itu aku jarang rapat dengan orang Kelantan. Tak selesa. Rimas.

Aku tidak menuding kepada semua orang Kelantan. Aku percaya, masih ramai warga Kelantan yang baik pekertinya, sopan tingkahnya, bersih hati dan tuturnya. Asalkan aku selesa dengannya seperti Raja Alhax, aku akan terus berkawan dengannya tidak kira dia berasal dari mana. Aku bukan jenis berpuak².

Sambung cerita Budak Kelantan. Babak asal sudah mula panas dengan aksi Jaha merogol Ana, gadis lari dari rumah yang menumpang di rumah Jaha. Jaha pandai, dengan gaya ikhlas dan kata² logik akal membuatkan Ana sudi mengikutnya ke rumah. Begitu mudah memperdayakan perempuan, lagi² yang seperti Ana. Akhirnya apa jadi? Dirogol, kemudian dijual kepada ibu ayam tanpa pengetahuan Ana, sedangkan Ana termakan dengan tipu helah Jaha. Mudah.

Walaupun Jaha jahat, hisap dadah, jual perempuan, gaduh, tak solat, tapi dia hormat pada mereka yang baik. Dia berikan ruang kepada Buchek untuk solat ketika dalam perjalanan. Katanya, “Kita ni Li walaupun jahat, jangan sekat orang nak buat baik.”.

Filem ini bukan sahaja ditujukan kepada orang Kelantan. Rasanya semua lelaki di dunia turut sama merasa. Wahai lelaki, kalau kau bersikap seperti Jaha yang suka mengayat perempuan dengan meminta nombor telefon atas tujuan jahat, cuba tengok apa Che Nor lakukan terhadap Jaha. Sampaikan Jaha meninggal pun Che Nor tidak percaya dengan keikhlasan Jaha untuk meminta maaf kepadanya.

Siapa yang buat jahat walaupun sekali, orang akan ingat sampai bila². Tapi walaupun berkali² kita berbuat baik, sekalipun susah untuk orang ingat jasa kita kepadanya.

Wahai perempuan, jangan mudah mempercayai lelaki. Selidik latar belakangnya dahulu sebelum melanjutkan perkenalan. Berapa ramai sudah perempuan yang rosak akibat tersalah kawan lelaki? Berhati²lah. Tapi sekiranya kau memilih untuk tidak tergolong dalam golongan sebegitu, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa kau akan dijauhkan daripada terserempak dengan manusia² berkenaan.

Tahniah Wan Azli. Lakonan tidak seperti kedramaan. Lakonan yang hidup. Aku percaya, pengarah² baru akan bangkit mengubah corak filem terutamanya dari segi lakonan pelakon² tempatan yang tika ini amatlah membosankan, melainkan segelintir.

pixel Budak Kelantan Memang Gedebe

24 Comments

  • “..Sebab itu aku jarang rapat dengan orang Kelantan. Tak selesa. Rimas..”

    Kenyataan awal bro seperti di atas tp nok kenal plok Mat Gedebe, xrimas ko.? Mat Gedebe buas jugok dulu tue..

    [Reply]

  • Mati katak di KL buleh tanam di KL. Hahahaa….

    [Reply]

  • kawe blum tengok.. tapi sume saing kato kena tengok sebab jalan cite lebih kurang masa kawe masa sekolah, mase ngaji u dan loni terbalik kawe pulok ore benci sebab nak buat baik… hehehe.. ore kelate, tak sume jahat.. mungkin bukan cuma nakal masa kecil.. Pada saing aku najib.. sama2 la kita berkhidmat utk negara pulok.. Najib,ingat tak dulu, kita pernah kena tae dengan org utara di depan ore ramai di datare merdeka dan ore tuo tu kato ore kelate memang kaki jahat dan lain-lain sampai nak bui parang. nasib baik ada pegawai kanan polis bangsa sarawak dengan polis kelate tue yang tulung kita.. kalu tak, mati katak kite kena tae dengan ore utara.. tapi disebabkan kejadian tu, jadikan kita bsemangat nak kijo polis dan nak tulun ore lain pulok, kita mitok kije yang sama cuma bahagian je berbeza.. idup ore kelate….

    [Reply]

  • eh aku paham..tapi takleh nak cakap..eheheh…cemana nak balik kelantan neh?!isk3

    Qiders last blog post..Perempuan Tipikal

    [Reply]

  • en.amirez..me ore kelate..lalalala…
    “x america la”
    hakhak..memng besh..ritu tgk kat pnggung..bile part lucu2 x ramai yg gelak..maybe diowng x paham..but for me yg pham neh gelak pecah pewot…heehehe..
    pe pon org tfsir sal ore kelate..me proud be a kelantanese…:)

    afdsmkads last blog post..makan2

    [Reply]

  • eheh.
    gedebe tu bg sy byk bleh tafsir.
    salah satunya mcm samsenglah.
    tp sy maksudkan dlm topik ni gedebe=berani,
    yg merujuk kepada pengarah filem ni.
    gedebe tu bahasa kelantan

    [Reply]

    budak minang Reply:

    askom,bukn nak kata apa dah,rmai bdk kelantan yg aku kwn kebanyakannya cepat panas hati.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam. bukan nak kata apa juga. ramai budak bukan kelantan yg aku kawan pun cepat panas hati… :)

    [Reply]

  • gedebe tu apa?

    [Reply]

  • tgk bdk kelantan mmg best..best jadi laki yg aniaya pmpn…huhu

    [Reply]

  • Budak kelantan memang best dan telus..

    nuaeman\´s last blog post..Kita Manusia yang berotakkan Kelkatu?

    [Reply]

  • hehe selamat kembali ke dunia blogging senpai!!!
    lama dh xde tmpt nk lepak hehe

    owh prejudis ek?? heheh xpe2..tp xleh melampau sgt tau..barangkali yg abg xsuka tue..akan jd kesukaan abg nt :D

    [Reply]

  • aku belum tgk lg crita ni….
    pinjam dvd ko bley??? :)

    humbleandmodest’s last blog post..apabila ketamadunan manusia moden kembali ke zaman purba

    [Reply]

  • i do always say to you..there is no kind boys in diz world..at last,abg akui sndr kate2 tu…huhu..sgt sush nk cari laki bek taw..n i finally found takde kebaikan dalam diri lelaki sebnar2nye..hehe…nape laki jahat ek?confused…

    [Reply]

  • “Tapi sekiranya kau memilih untuk tidak tergolong dalam golongan sebegitu, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa kau akan dijauhkan daripada terserempak dengan manusia² berkenaan”

    Aammeennn…honestly, aku memang takut nak menikah, dengan orag negeri mana pun.. Duh!

    neway, welcome back my friend. sudah lama aku menunggu kamu berblogging semula (secara santai, maksudku)

    [Reply]

  • insyaAllah..perempuan baik utk lelaki yg baik n vice versa.

    thx fie. rasanya aku akan kekal dgn gaya ini

    [Reply]

    Amirez Reply:

    ashud x phm2 lg maksud abg haha..dh 2 tahun rasanya patutnya dh phm.

    “Tapi sekiranya kau memilih untuk tidak tergolong dalam golongan sebegitu, dengan izin Tuhan Yang Maha Kuasa kau akan dijauhkan daripada terserempak dengan manusia² berkenaan”

    renung²kan, dan selamat beramal

    [Reply]

  • setuju² :)

    [Reply]

  • cenggitu pulak dia huhu

    [Reply]

  • eheh..bahasa kelate ni hny org tertentu je phm lawaknya :)

    [Reply]

  • selamat menjadi org kelantan :P

    [Reply]

  • owh..polis la ni ek.
    teringin gak nak kenal demo.
    bleh timba pengalaman.
    bukan nak blaja jadi ore gedebe,
    sekadar nak jadikan pengajaran.
    sesuai dgn bidang kawe kijo loni.
    ado maso bleh kawe belanja minum

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks