Tadi saja-saja try check berapa earning dapat setakat ni. Sejak trafik mencurah-curah ke ladang gandum 3, 4 hari ni secara logiknya mungkin ada la sikit naik earning Nuffnang aku kan? Walaupun itu bukan tujuan asal aku wujud di dunia blog, tapi apa salahnya kalau nak tau berapa ‘komisyen’ yang kita dapat daripada blog secara percuma ni. Bila check tadi earning masih lagi sama dengan sebelum trafik menyerbu blog kerdil ni. Pelik jugak. Tapi mungkin sebab trafik yang datang tu bukan pada sekitar pukul 12 malam hingga 2 pagi. Aku perasan iklan Nuffnang keluar kat blog aku sekitar waktu orang baru nak tido (pada musim bola sekarang ni). Ataupun orang dah nyenyak tido dah (bagi student dengan orang bekerja). Jadi kat mana relevannya iklan tu kan? Aku pun tak faham kenapa waktu tengah malam baru nak keluar iklan. Ada sape-sape yang tau tak pasal ni?
Ok. Berbalik kepada tajuk, juga berkaitan dengan Nuffnang. Terkujat jugak tadi bila membership status aku di Nuffnang sekarang ni bukan lagi berstatus Glitterati. Kenapakah? Rasanya aku takde pasang iklan lain selain Nuffnang, kecuali iklan daripada YourPartTime.com je. Seperti yang kita tahu Nuffnang ni sangat kuat perasaan cemburunya. Kalau dah pasang iklan Nuffnang kat blog kita, jangan gatal-gatal nak pasang iklan Advertlets ataupun Innity sekali. Mesti earning rate yang kamu akan dapat daripada Nuffnang sangat sangat ciput. Orang dah jeles, tarik muncung ah hehe. Kecuali kamu memang nak dapat income daripada pengiklan selain daripada Nuffnang.

Semalam aku buat satu blog baru yang difokuskan kepada niche bisnes. Mungkinkah blog tu jadi punca? Sebab niche bisnes? Atau sebab blog baru berumur tak sampai pun 1 hari tapi aku dah apply Nuffnang ads? Aku tengah fikir-fikir lagi nak email Nuffnang tanya pasal ni atau tak. Kalau kamu tahu the reason why, please share it with me k? Speaking sket haha.
Sejak 25hb yang lepas aku buat satu cara yang tak pernah aku buat sebelum ni untuk menarik trafik. Sebelum ni trafik yang masuk ke blog aku biasanya hampir 95% adalah dari search engine (organic traffic). Sekarang ni sejak buat satu cara tarik pelawat ke blog yang aku buat secara tak sengaja (buat sekadar mencuba), berbondong-bondong jugak yang datang menjenguk. Tapi tak sure pulak yang datang tu majoritinya orang Malaysia atau pelawat asing. Aku tak check betul-betul kat Google Analytic. Banyak sangat graf, jadi pening pulak nak baca haha. Kalau refer pada Nuffnang Analytic, ada pelawat dari Israel datang jenguk haha.

Asalnya aku nak pendekkan je entri ni tapi rasa best pulak main dengan statistik ni. Waktu belajar kat U dulu subjek statistik adalah satu subjek yang aku paling suka tapi ianya jadi subjek yang paling aku mudah keliru haha. Bengang betul aku time tu bila nak jawab soalan. Nasib baik la lecturer tu comel. Teringat kat dia aku cuba jugak jawab. Sekadar lulus je eheh.
Berbalik kepada Glitterati atau secara formalnya disebut Exclusive Nuffnanger. Apa maksud Exclusive Nuffnanger ni? Kata Nuffnang kat website diorang…
An “Exclusive Nuffnanger” is a Nuffnang blogger that has NO advertisements on his/her blog that originates from SEA and also from any ad network we deemed as competitors.
Ayat last tu, “deemed as competitors”. Nuffnang ni tak sanggup hidup bermadu. Mana boleh rumah kita share dengan madu lain, not fair katanya. Ok takpe. Kita tak madukan dia. So, macam mana nak dapatkan status Glitterati ni?
You do not need to apply and will automatically be included as a Nuffnang Glitterati as long as you do NOT have any ads from any other ad network that originates from SEA or any of our competitor’s ad network. Our crawlers will automatically include your blog in the club within 4 days.
Note that if an advertisement from another SEA or our competitor’s network is placed on your blog at any time, our crawlers will pick it up within 4 days and you will automatically be removed from the program.
Katanya, selagi dia tak dimadukan, dia akan bagi kasih sayang kat kita dengan menaik taraf kita menjadi Glitterati. Semestinya kita akan dapat kelebihan bila berstatus Glitterati ni. Tapi Nuffnang bagi warning kat kita. Kalau dia dapat tau kita main kayu tiga, dia mintak cerai dalam masa 4 hari je tanpa perintah mahkamah. 4 hari je?!! Kejam betul. Kalau orang lain tunggu sampai habis edah dulu (aku mula keliru pasal ni, tolong betulkan ek kalau aku silap). Jangan main-main dengan Nuffnang. Dia pasang spy kat rumah kita yang bernama Crawler. Mr. Crawler ni akan siasat sape madu Nuffnang. Dapat tau je terus hantar report kat Nuffnang untuk diambil tindakan. Hilanglah sikit sumber pendapatan pasif huhu.
Bila diimbas balik, aku mula pasang iklan YourPartTime.com pada 25hb yang lepas. Hari ni, 29hb dah dilucutkan jawatan Glitterati dari Nuffnang. Maknanya betullah, 4 hari je dia bagi can untuk kita ceraikan bini muda. Betullah kot iklan YourPartTime tu penyebab keretakan rumahtangga yang telah aku bina bersama Nuffnang ni sekian lama. Oklah. Mulai hari ni ayang ceraikan YourPartTime. You kembalilah semula kat ayang ye, Nuffy? Proses nak pujuk Nuffnang balik hehe. Kita tengok 4 hari kemudian macam mana.
Aku mesti ceraikan YourPartTime hari ni sebab nak dapatkan balik status Glitterati tu sebelum 3 Julai supaya layak join satu contest daripada Sony yang dianjurkan oleh Nuffnang. Rasanya salah satu syarat penyertaan adalah berstatus Glitterati. Tepat 4 Julai nanti dah tutup dah penyertaan. Aku mesti cepat. Ni julung-julung kalinya aku join contest daripada Nuffnang. Wish me luck!!

{ 9 comments… read them below or add one }
nuffnang bagi la byk sikit earning..tak smpai rm10 pun..padahal dah gliterati
orang kata nuffnang ni pilih bulu. ntahlah…
erk..x-po..macam mana bleh reply komen ein tu ek? x jumpa pulak button reply. dulu ada
baru perasan.
button reply ni keluar kalau aku x login sebagai admin.
hmm…
maybe kot. tapi ni respon drp nuffnang
http://blog.amirez.com/glitterati-respon-daripada-nuffnang.html
mesti ada sumthing wrong tu..try bro tengok2 balik ye samaada ada iklan lain, atau blog tu tak didaftarkan, atau blog tu down, byk sbb nape gelihati ni ditarik blk
eh ye ke? pelik2 la nuffnang ni. skang ni web nuffnang xleh masuk. diorg yg down sebenarnya hehe
hohohoho…dulu ein pasang yg feedjit tu, terus hilang glitterati…puas la duk pk sebab ape…bila dh buang, terus jd glitterati blk..pdhal feedjit tu bukan la iklan….
yeke? mana ada..sy ok je letak feedjit huhu