Lebih kurang dua bulan sebelum ni saya pernah idam nak memiliki buku nota daripada ContengConteng. Pernah juga terlintas nak mintak owner ContengConteng untuk sponsor hadiah contest yang akan saya anjurkan nanti. Betul kata HM Tuah dalam sebuah buku motivasi beliau yang pernah saya baca 5 tahun dulu, jika kita tanamkan impian atau kehendak dalam minda separa sedar kita, insyaAllah apa yang kita impikan itu akan tercapai. Memang betul, dah banyak impian saya tercapai, salah satunya buku nota Conteng-Conteng yang comel ni.

Hari Rabu lepas hadiah yang saya nanti-nantikan ni akhirnya selamat juga sampai ke rumah. Terima kasih Titan kerana menganjurkan pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah hari tu. Dapat juga merasa nak conteng-conteng kat buku nota idaman ni. Siap ada pensel dengan pemadam lagi. Faber Castell pulak tu

Dah lama sangat tak pegang buku tulis sekolah macam ni. Rindu pulak kat sekolah rasanya. Yang bestnya kat kulit belakang ada sifir haha. Nostalgia betul. Masa Darjah 4 dulu sifir kulit belakang buku inilah yang selalu saya rujuk bila nak hafal. Takut dengan cikgu yang suka lastik telinga kalau tak dapat jawab sifir dalam masa 5 saat.
Saya suka buku ni sebab kat bahagian dalamnya cuma kertas putih kosong. Bukan kertas berjalur macam buku sekolah biasa kita dulu tu. Tabiat saya kalau nak tulis apa-apa idea ataupun plan mesti atas kertas kosong dengan pen warna merah. Barulah tulisan lebih kemas. Kalau ada garis-garis ni selalunya tulisan jadi lebih teruk daripada tulisan doktor haha.

Tetiba mood nostalgia datang lagi bila selak halaman dalam buku nota ni. Ada jadual sekolah dengan kalendar. Mungkin saya boleh guna jadual sekolah ni untuk tulis aktiviti atau tugasan harian. Idea yang bagus ni.

Paling saya suka lukisan kucing ni. Saya memang sukakan kucing. Walaupun rupa saya mungkin nampak garang tapi dalam hati saya ada taman Tasik Titiwangsa haha. Pengalaman membesarkan 4 ekor anak kucing terbiar masa saya tinggal kat Sg. Buloh dulu banyak mengajar saya erti hidup.
Kalau anak saya suruh lukis kat atas drawing board dia, biasanya gambar kucing inilah yang saya akan lukis. Senang dan comel. Kalau tak saya akan lukis gambar itik.

Bila tengok kucing ni saya teringat video Kucing Simon.
Terima kasih sekali lagi kepada Titan, ContengConteng dan juga penaja-penaja hadiah yang lain dalam contest Pengalaman Kena Denda di Sekolah yang lepas. Sekarang ni tengah join dua lagi contest. Contest Lelaki Kacak tak dapat join lagi setakat ni. Keadaan blog yang agak kritikal sekarang ni tak mengizinkan saya untuk join sebarang contest SEO. Buat penat je nanti. Tunggu dah stabil baru saya join.
[...] dulu. Hadiah berupa duit dah selamat Titan transfer ke akaun saya sehari selepas menang. Hadiah buku nota Conteng-Conteng pun dah dapat tak lama selepas tu. Buku nota Conteng-Conteng masih lagi ‘bersih’ 99% [...]
terbaiklahkan?
tahniah bro….mmg unik buku ni…tp aku belum start conteng2 lagi…tgn taktau nak conteng ape…hehe
p/s-masalah ngn server lg ke bro?
p/s lagi…eh..sekali sama daa theme kita…hahaha
Entri Terbaru hafizmd » Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
aku baru conteng muka surat pertama. tu pun sayang nak conteng kat muka surat kedua haha
baru je siap transfer ke server baru tadi. cuma sekarang ni masalah ram usage selalu overlimit.
haha itulah. tak jauh beza, banyak yang default. ingat nak tukar theme baru tak lama lagi
wah bestnyer dapat hadiah
Entri Terbaru Juan » Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV Mediafire
salam..
hee serius mmg cantik reka lukisan buka dan hadiah dia heee..ada jual kat kedai tak haaa? =)
salam suri.
kalau tak silap buku ni memang ada jual kat kedai. lupa berapa harganya. ada 2 jenis. satu yang isi kosong macam ni. satu lagi lukisan kartun (kalau tak silap saya). cuba tanya dengan owner di contengconteng.com
mmg cantik…rasanya pemilik conteng2 ada jual buku2 ni…try p usha2 yer…hehe
Entri Terbaru hafizmd » Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
Jom ramai2 sertai ‘Projek Amal Blogger’ dengan moto kami prihatin kami hebah… Pasti menarik jom sertai di sini.
Entri Terbaru Mahamahu » Mencari Blogger Untuk ‘Projek Amal Blogger’
menarik juga ni. insyaAllah
Aku ni dari dulu sampai sekarang masih berulang alik ke sekolah
Hehe
Tapi suasana dah sangat berbeza, dah tak best macam dulu2
Entri Terbaru tehr » Pantun Binatang
suasana apa yang beza tu? student ke?
menarik hadiahnya… tahniah la menang ari tu… jeles gak orang pandai SEO ni
Entri Terbaru adamfaiz » 20 Juta Download Dalam 5 Minggu!!!
terima kasih. tengah mengkaji SEO untuk contest terbaru pulak. macam susah nak beat nampaknya
BOLEH BUAT KOLEKSI.. MENARIK.
Entri Terbaru FAIRUS » MEMBORONG MILO
lama tak pegang buku tulis… dah sampai rupanya,,,, ada sifir tuh… tak hafal2 sampai sekarang..hehe
Entri Terbaru zik » Mereka yang sempoi dihentikan buat seketika 2012
haha. kat mana lagi nak hafal sifir kalau bukan kulit belakang buku sekolah ni
ah bro amirez tingkahnya cma anak2 kecil sahaja hiii
haha. zaman kanak2 adalah zaman yang penuh warna-warni
cantek. comel. geram nak conteng-conteng. hehe..
Entri Terbaru ohcikgu » Super Spontan – Daphne Iking turut serta dalam rancangan baru Astro – 30 Mac 2012
geram memang geram. tapi sayang pun ada. sampai sekarang tak bukak lagi pembalut buku ni hehe
hoho, cam kiut gak buku tue.. aku pun suka senanye buku kosong yg takde garis.. bleh lukis2 time lecture boring
Entri Terbaru samanosuke_04 » 4 Kriteria Blog Yang Akan Aku Singgah
haha. betul gak tu. baik melukis daripada tido tersengguk2. kantoi nanti kang malu pulak
tak boleh gune baucer ke beli buku conteng2 nie?hehe
Entri Terbaru arrizz » Terkini – Running Man datang ke Malaysia!
a’a ek. cuba tanya kat kedai. boleh kot haha
wah boleh conteng-conteng ni
Entri Terbaru azura » Erti Lirik Lagu Bawa Aku Pergi
jangan bagi anak saya yang conteng dah la hehe
cantik jugak..tahniah
Entri Terbaru Jebeng Otai » 5 Kolam Air Panas Terhangat Di Malaysia
terima kasih jebeng
Buku ilustrasi kartun Conteng-conteng kalau dapat bagus juga.
Entri Terbaru akubiomed » Doktor tolong selamatkan burung saya
itulah. ingat dapat yang tu dah. yang ni pun ok juga
ingtkan buku cite kartun conteng2 tuh….nak buku tuh…
Entri Terbaru Elie » Keliru Antara Dua
kalau dapat buku tu lagi best