Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 EarnCent.com

Tak berapa lama hari tu Titan dari EarnCent.com ada menganjurkan pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah. Tak sangka, betul-betul tak sangka yang blog saya ni tersenarai sebagai pemenang pertama bagi kategori review. Mula-mula baca pengumuman pemenang tu saya cuma nampak dua orang blogger je yang menang iaitu Yas dan juga AkuBioMed yang masing-masing menang kategori SEO dan juga komen paling banyak. Kebetulan isteri ada kat sebelah, dialah yang baca balik pengumuman tu dengan teliti. Gembira bukan kepalang tengah malam tu, lagi-lagi bila dapat hadiah buku nota conteng-conteng. Dah lama saya idamkan buku tu sebenarnya. Tak sangka ianya jadi kenyataan. Terima kasih Titan.

Hadiah duit sebanyak RM70 dah pun selamat dikreditkan ke akaun saya. Sekarang ni tengah tunggu abang posmen hantar 3 buah buku Mitch Albom dan juga senaskah buku nota daripada contengconteng.com ke rumah. Dah sampai nanti saya update. Tak lupa, tahniah kepada Yas, AkuBioMed dan juga pemenang-pemenang lain. Semuanya kacak dan jelita belaka ;)

Cabaran Lelaki Kacak

Ok. Tamat pertandingan sihat daripada EarnCent.com. Sekarang ni muncul pula satu lagi pertandingan sihat yang baru iaitu Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 yang mempertaruhkan keyword Lelaki Kacak sebagai penentu pemenang. Pertandingan ni makan masa yang lama, 3 bulan. Sesiapa yang pernah masuk pertandingan SEO sebelum ni mesti tau apa yang perlu dibuat dalam masa 3 bulan ni. Strategi tu mesti ada kalau betul-betul nak menjadi juara pertandingan SEO. Tapi tak perlulah rasa takut atau belum sedia nak join kalau rasa kurang mahir dengan SEO. Titan pun dah bagitau dalam entri ini, selagi belum mencuba selagi itulah kita takkan belajar. Join contest bukan sekadar mengejar kemenangan. Apa yang paling penting adalah pengalaman dan ilmu baru yang bakal diperolehi nanti. Chee wah…pandai pulak cakap haha.

Lelaki Kacak

Hadiah yang ditawarkan dalam cabaran Lelaki Kacak ni sangat lumayan iaitu RM250 RM500 untuk tempat pertama. Memandangkan contest ini berlangsung selama 3 bulan, saya jangkakan akan ada penambahan hadiah yang banyak selepas ni. Rugi kalau tak join, mana tau tuah menyebelahi korang nanti.

Sebelum ni blog saya berada di tangga keempat Google Malaysia dengan katakunci Lelaki Kacak bagi entri Lelaki Kacak Bersama Jenazah yang saya terbitkan pada bulan Ramadhan tahun lepas. Itupun tak main keyword sebenarnya. Tapi sejak Titan umumkan cabaran baru ni entri saya tu entah jatuh ke page berapa dah. Dah ramai yang mula menyahut cabaran Lelaki Kacak ni. Pointnya kat situ sesiapa pun boleh join dan menyingkirkan pesaing-pesaing yang berada di tangga teratas. Ada kemungkinan juga entri yang berada di tangga paling atas boleh ditendang jauh ke belakang oleh pihak Google sendiri. Haha, saya pernah kena dulu atas kesilapan sendiri.

Cubalah join contest yang sihat macam ni untuk menguji sejauh mana kehebatan dan kelebihan korang dalam dunia blog. Segala pengalaman dan pengajaran daripada contest ni boleh digunakan untuk contest SEO yang akan datang.

«
»

This Post Has 35 Comments

  1. [...] pasti ramai yang pernah menyertai contest berbentuk SEO sebelum ni seperti Cabaran SEO Lelaki Kacak dan Eyriqazz vs Denaihati antaranya. Daripada contest tersebut paling tidakpun adalah sikit ilmu [...]

  2. [...] Pengalaman Kena Denda di Sekolah yang lepas. Sekarang ni tengah join dua lagi contest. Contest Lelaki Kacak tak dapat join lagi setakat ni. Keadaan blog yang agak kritikal sekarang ni tak mengizinkan saya [...]

  3. [...] - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak 10. Amirez - Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 – Earncent.com 11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak 13. Azmanisma [...]

  4. samdaddycool says:

    Dah menang sekali.. sudah cukup kacak, tapi kalau menang lagi.. perghh 2 kali kacak woo
    Entri Terbaru samdaddycool » Berakhirnya episod Lelaki Kacak

  5. [...] - Lelaki Kacak dalam Ubuntu Intrepid 9. Sobri Mansur - Info untuk lelaki kacak 10. Amirez - Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 – Earncent.com 11. Rahman - Lelaki kacak suka senyum 12. Ahmad Hati - Lelaki kacak sentiasa kacak 13. Azmanisma [...]

  6. Cabaran SEO Lelaki Kacak — Hadi Hanafee dot Com says:

    [...] tentang SEO, satu cabaran SEO yang mendapat sambutan hangat sekarang ini adalah Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 yang mempertaruhkan katakunci ‘Lelaki Kacak‘ sebagai penentu pemenang yang berjaya [...]

  7. Aku pun join contest sihat ni gak…hehe. salam kenal. dah tertanam keyword lelaki kacak bersama jenazah rupanya..tu yg power tu…hehe
    Entri Terbaru Encik Bukit Besi » Cabaran SEO Lelaki Kacak Update Terkini

    • Amirez says:

      good luck bro ;) kebetulan ada keyword Lelaki Kacak dalam entri tu. kalau tak sempat buat entri baru maybe pakai entri tu jelah kot join contest ni hehe

  8. ProfHariz says:

    Saya dah join. Semoga berjaya jugak ye bro :)
    Entri Terbaru ProfHariz » Lelaki Kacak – Trivia Menarik

  9. Ladfe Amir says:

    tentu bro seorang yg mantap dengan permainan SEO kan. apa2 pun contest baru sahaja bermula.
    masih terlalu awal untuk tentukan pemenang. mana tau bro masih berkesempatan di tangga pertama
    Entri Terbaru Ladfe Amir » Wordless Wednesday (Result SPMV)

    • Amirez says:

      eh, kerdil sangat rasanya dalam bab SEO ni. pengalaman ada tapi ilmu SEO kurang. sekarang tengah mengkaji. buat masa ni keadaan server blog tak mengizinkan untuk join sebarang contest SEO. takut pisang berbuah dua kali…

  10. Jebeng Otai says:

    gud luck bro..mmg kacak dan terbaeek :)
    Entri Terbaru Jebeng Otai » Teknik Pelaburan Emas Lelaki Kacak

    • Amirez says:

      terima kasih bro. tapi ni bukan entri penyertaan lagi. test power je ni hehe. insyaAllah dalam masa terdekat nak buat entri tu. good luck juga untuk bro ;)

  11. zik says:

    tahniah bro untuk kemenangan keyword pengalaman kena denda… untuk kali ini pulak… lelaki kacak… ramai yang dah memecut… sama-samalah kita berusaha.. huhu
    Entri Terbaru zik » Aku LELAKI KACAK wei!

  12. pening2… macam mana nak beat titan
    Entri Terbaru sabree hussin » Jadi Pengguna Bijak Dengan Kad PLUSMiles

  13. nizamghazi says:

    Salam Amirez.
    Nampaknya pengaruh titan semakin berkembang dengan tag popularnya “Kacak”.
    Tahniah sebab menang aritu.
    Pergh! NG tak join pun lagi.
    Hope kali ni Amirez pun menang lagi.
    Member tumpang gembira je :)
    Entri Terbaru nizamghazi » I am a Topman Lover who [Rainy Heart] in FLX

  14. azura says:

    semoga semakin kacak dengan seo yer amirez
    Entri Terbaru azura » Anak Rusa Nani

  15. tehr says:

    Selamat bertanding dan selamat bergembira untuk semua
    Aku pun berhajat gak nak ikut serta
    Entri Terbaru tehr » 10 Sebab Manusia Sedia Bertanding

  16. Fadzmie says:

    All the best, bro! ;)

  17. chii says:

    dalam 4 org jejaka kacak di atas..chii terarik yg no 2 dari kiri..ehehe…opss :p
    Entri Terbaru chii » Banjir

  18. akubiomed says:

    Cabaran SEO lelaki kacak sudah bermula. Saya tengah buat kajian dan cari bahan untuk contest ini. :-)
    Entri Terbaru akubiomed » Video promo Proton P3-21A

Leave A Reply





CommentLuv badge