Cadangan dan Kritikan untuk Penambahbaikan Eizil.com

Sebenarnya saya tak berani nak beri cadangan mahupun kritikan terhadap blog lain secara umum. Memandangkan ini adalah tajuk tugasan terakhir yang dianjurkan oleh Eizil.com, nak tak nak terpaksalah juga beri beberapa cadangan terhadap blog beliau. Paling berat bila nak kritik Eizil.com, sedangkan blog saya ini pun masih banyak yang perlu diperbaiki. Namun saya menganggap cadangan dan kritikan ini bukan sahaja untuk penambahbaikan blog Eizil.com, malah untuk blog-blog saya juga. Biasalah, selalunya kita nampak kelemahan orang lain tetapi buta dengan kelemahan yang ada pada diri sendiri.

Contest Eizi.com

Laman Utama Eizil.com

Kelebihan

Kita pergi kepada yang paling asas dahulu iaitu laman utama blog Eizil.com. Secara kasarnya laman utama Eizil.com nampak kemas dalam susunan grid seperti tema WordPress gaya majalah. Latarbelakang teks berwarna putih sangat sesuai dengan tema seperti ini. Sekali imbas ianya boleh dikategorikan sebagai blog yang berkonsepkan minimalist.

Eizil.com juga kurang menggunakan imej pada setiap ruang blog beliau. Ini bagus sebenarnya untuk meningkatkan lagi kelajuan blog dibuka sepenuhnya. Sebagai contoh, Eizil hanya menggunakan pautan berbentuk teks bagi pautan ke akaun Twitter beliau berbanding kebanyakan blogger yang menggunakan butang Twitter termasuklah blog saya sendiri.

Kekurangan

header eizil

Warna pautan akaun Twitter dan RSS feed di bahagian atas sebelah kanan Eizil.com yang hampir sama dengan warna latar belakang tema. Pada mulanya saya tidak perasan pautan tersebut. Selepas saya melihat margin yang agak besar di bahagian atas header blog Eizil barulah saya perasan terdapat dua pautan di sebelah kanan. Sebagai penambahbaikan mungkin Eizil boleh tukarkan warna pautan tersebut kepada warna yang lebih kontra seperti hitam. Putih pun boleh juga.

Sama juga dengan teks pada bahagian footer yang warnanya kurang jelas. Saya rasa kalau Eizil menggunakan warna yang lebih terang sedikit akan nampak lebih menarik. Warna teks pada bahagian footer tidak perlu jelas seperti teks pada bahagian content. Memadai ianya senang untuk dibaca. Satu lagi tentang footer, kalau boleh penuhkan kiri dan kanannya supaya nampak lebih kemas. Ataupun boleh juga letakkan teks footer ini di tengah.

Tulisan (Font)

Tulisan atau dalam istilah yang lebih tepat disebut sebagai typography adalah peranan yang paling penting bagi sesuatu blog. Bentuk tulisan yang senang dibaca akan membuatkan pembaca lebih tertarik untuk membaca keseluruhan entri tersebut.

Terdapat 3 aspek penting dalam typography iaitu saiz, line-height dan jenis tulisan. Secara keseluruhannya typography bagi blog Eizil adalah memuaskan berdasarkan maklumat yang saya perolehi menggunakan Firefox Add-on yang dinamakan Font Finder seperti di bawah:

Font Eizil.com

Cuma, jika mengikut trend sekarang kebanyakan blog mula menggunakan Google Fonts sebagai tulisan utama terutamanya content pada blog memandangkan Google Fonts lebih senang dibaca pada skrin telefon pintar dan juga tablet. Terdapat pelbagai jenis Google Fonts yang boleh dicuba tetapi saya sarankan pilih jenis tulisan daripada keluarga sans-serif yang mana ia sesuai untuk paparan skrin.

Kelajuan Blog

Berdasarkan analisa daripada GTmetrix, kelajuan blog Eizil.com adalah sangat memberangsangkan. Sememangnya ini adalah salah satu kelebihan bagi blog yang menggunakan tema gaya majalah seperti blog Eizil.

Kelajuan Blog Eizil.com

Bagi menambahbaik lagi blog Eizil, langkah paling mudah yang boleh dibuat adalah mengoptimasikan setiap imej yang ada sehingga mencapai gred A. Sebagai seorang pereka laman web, saya rasa tiada masalah besar untuk Eizil menaikkan gred yang lain.

Analisa Blog

Salah satu servis analisa yang saya gemari ialah Woorank walaupun kadang-kadang ia memberi maklumat yang kurang tepat. Sekiranya anda ingin menggunakan Woorank anda perlu buat analisa sebanyak dua atau tiga kali.

Analisa Woorank Eizil.com

Berdasarkan analisa Woorank blog Eizil.com berjaya mendapat skor 67.3/100. Skor ini sudah dikira bagus sebenarnya dan Eizil.com cuma perlu buat beberapa penambahbaikan kecil saja untuk mendapat skor hampir penuh seperti yang disarankan oleh Woorank iaitu:

  • Konsisten dengan katakunci blog
  • Menggunakan favicon
  • Menambahbaikkan lagi Meta Description
  • Promosikan lagi laman Eizil.com di media sosial
  • Sahkan penggunaan bahasa blog

Anda boleh ke pautan ini untuk meneliti lebih lengkap analisa terhadap Eizil.com. Perlu diingatkan, ini adalah analisa bagi laman utama Eizil.com, bukan single page.

Tiada Senarai Kategori Entri

Saya biasa melayari mana-mana blog dengan memilih kategori yang berkaitan dengan apa yang saya cari. Tetapi pada blog Eizil.com saya tak jumpa senarai kategori melainkan laman Arkib. Mungkin Eizil ada sebab kenapa beliau tidak memaparkan senarai kategori entri tetapi bagi saya sebagai pembaca lebih senang untuk memilih kategori entri daripada melayari satu per satu entri yang ada. Ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja :)

Tidak Responsif

Selaras dengan perkembangan teknologi telefon pintar serta tablet yang semestinya mempunyai saiz paparan skrin lebih kecil berbanding skrin monitor, adalah lebih elok jika Eizil menjadikan tema yang digunakan sekarang ini lebih responsif. Ianya lebih baik sebenarnya daripada menggunakan mobile plugin untuk paparan skrin yang lebih kecil.

26 Tema WordPress Responsif Percuma

Entri Terbaik Eizil.com

Saya sangat tertarik dengan satu entri yang diterbitkan pada 11 Oktober 2012 iaitu Kisah Bekerja Sendiri Yang Jarang Diceritakan. 100% saya setuju apa yang ditulis dalam entri tersebut. Kebanyakan orang di sekeliling tidak mengetahui tugas dan masa seseorang yang bekerja sendiri atau disebut sebagai self-employed. Kebiasaannya orang yang bekerja sendiri dilihat mempunyai banyak masa terluang dan boleh tunda kerja mengikut sesuka hati, hakikatnya bukanlah begitu.

Sebagai contoh orang yang memilih blogging sebagai kerjaya. Banyak tanggapan salah masyarakat terhadap golongan ini. Nak tahu selebihnya silalah baca entri tersebut.

Kesimpulan

Secara keseluruhan hanyalah sikit sahaja penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi blog Eizil.com yang jujur daripada pandangan saya. Sebenarnya apa yang saya kritik di atas adalah untuk blog saya juga yang kini dalam proses penambahbaikan daripada pelbagai aspek.

Saya jadikan kritikan ini juga sebagai pembelajaran buat saya sendiri terhadap blog-blog pelanggan saya. Sebagai seorang pereka laman web ataupun blog semestinya kita ingin berikan servis dan hasil yang terbaik kepada setiap pelanggan. Begitu juga dengan Eizil.com yang merupakan pereka bagi blog Denaihati.com.

16 thoughts on “Cadangan dan Kritikan untuk Penambahbaikan Eizil.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge