Cantiknya Masjid Beijing di Kelantan
Owh, kenapa aku tidak tahu akan masjid yang dirancang pembinaannya sejak 7 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ni? Daripada sumber yang diperolehi, masjid ini dipanggil Masjid Beijing ataupun turut juga dikenali sebagai Masjid China oleh penduduk di sekitar Rantau Panjang, Kelantan di mana masjid indah ini dibina. Namun nama sebenar masjid ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Sekali lihat pasti tidak menyangka ianya adalah sebuah masjid andai menara kubah di sebelahnya tidak kelihatan. Teringat beberapa buah masjid cantik di Melaka yang mengambil idea daripada seni bina China.
Dikatakan kos pembinaan masjid ini menelan belanja RM 9 juta dan mula digunakan pada Ramadhan yang lepas dengan mengundang seorang imam dari negara China bagi mengimamkan solat Terawih. Masjid ini boleh memuatkan seramai 300 orang jemaah pada satu² masa dan dilengkapi dengan perpustakaan, pejabat, klinik serta tadika. Macam Masjid Wilayah Persekutuan.
Bila agaknya dapat merasa berjemaah di masjid yang indah ni? Harap² ramailah yang berjemaah di Masjid Beijing ni dan berusaha untuk cukupkan 5 waktu solat berjemaah. Jangan sekadar dijadikan hiasan atau replika pula.
Gambar asal daripada Raykinzoku dan info daripada Izo.
p/s: lama tak update. mental block sebenarnya huhu
4 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...








alah…raykinzoku pun banyak ambik gambar org lain jgk…pastu ngaku huhuhu
[Reply]
Salam …
Saudara/saudari telah mengambil foto ini dari :
http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1872609
Saudara/saudari bukan sahaja tidak memberi kredit kepada sumber asal bahkan telah membuang watermark alamat laman asal yang sedia tertera pada foto dengan niat hanya saudara dan Tuhan saja yang tahu …
Jadilah blogger berhemah dengan menyatakan yang sebenar dan menghormati hak milik orang lain biar pun ianya berlaku di alam saiber ….
Terima kasih.
[Reply]
Amirez Reply:
October 2nd, 2009 at 12:12 am
eh..maafkan sy.
sy betul² terlupa nak kreditkan kat link saudara dan juga blog yg kenalkan sy dgn masjid ni. sepatutnya link tu ada pada akhir entri ni tapi sy terlupa sbb mengejar masa utk persiapan ke melaka. sy betul² minta maaf.
sy dh terbiasa crop image utk sesuaikan dgn blog ni. tapi langsung tak terniat nak abaikan watermark asal. sy igt nak gantikan watermark saudara dgn kredit tp sekali lg sy betul² terlupa.
terima kasih kerana menegur. harap imej sy di dunia blog tidak tercemar huhu
[Reply]
Cantiknya Masjid Beijing di Kelantan…
Masjid ini dipanggil Masjid Beijing ataupun turut juga dikenali sebagai Masjid China oleh pendudukan di sekitar Rantau Panjang, Kelantan di mana masjid indah ini dibina. Namun nama sebenarnya masjid ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.Kos…