Lepas balik daripada main badminton 2 jam malam semalam tiba-tiba saya tersedu. Dah lama tak sedu sebenarnya. Kalau baby sedu orang tua-tua cakap baby tu nak membesar. Nak hentikan sedu baby tu maka diletakkan secebis tisu basah kat atas dahinya. Ayah mertua saya selalu buat macam ni masa ‘Iffah tak sampai umur setahun dulu. Ajaibnya cara ni memang berkesan. Entah apa significant antara dahi dengan sedu, sedangkan sedu tu berpunca daripada saluran dalam kerongkong kita.
Ok, sambung pasal sedu saya semalam. Memang tak best sebenarnya sedu ni, lagi-lagi bila time nak bercakap tu tiba-tiba tersedu. Pelik betul suara yang keluar nanti. Mesti korang pernah, kan? Takkanlah saya sorang je kot. Tak senonoh pulak rasa haha.
Jadi saya cari tips atau cara berkesan hilangkan sedu ni dengan cepat. Hasil carian buat pertama kali tu terjumpalah blog Jejaka Terhangat ni yang berada di ranking pertama Google dengan keyword “Cara Hilangkan Sedu“.
Menurut tips yang saya baca kat blog Jejaka Terhangat, cara berkesan untuk menghentikan sedu adalah dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. Karbon dioksida ni adalah gas yang kita keluarkan semasa menghembuskan nafas. Gas yang kita sedut tu adalah gas oksigen. Ke ada yang bernafas dengan menyedut gas karbon dioksida? Kalau ada korang ni spesies manusia pokok
Ok, sambung. Macam mana cara nak meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita? Caranya adalah dengan menyedut balik gas yang kita hembuskan tu. Ambik beg plastik atau yang seumpamanya (beg plastiklah senang), lepas tu bernafas dalam beg plastik tu. Tekap mulut dengan hidung sekali.
Cara saya buat, saya tarik nafas dalam-dalam dengan menggunakan hidung, lepas tu hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ulang cara ni sampailah sedu tu hilang dengan sendirinya. Pastikan dah gosok gigi sebelum buat cara ni ye hehe.
Ni kali pertama buat macam ni bila nak hilangkan sedu. Betul-betul berkesan. Dalam 5 minit lebih kurang sedu saya hilang. Tapi masa menyedut tu rasa macam orang hisap gam pulak.
Kalau korang sedu nanti cubalah buat cara ni, insyaAllah berkesan
P/s: Jangan lama sangat sedut karbon dioksida dalam beg plastik tu, takut keracunan karbon dioksida pulak nanti.
sy slalu mnum air masak byk2 je kalo nk hlgkn sedu ni haha
Entri Terbaru Jai » Ganjaran Istimewa dan Pemberian Dari AsiaCube! – Sertai Sekarang!
petua yg bagus.. chii slalu kena gak…ada gak yg suruh minum air byk..tp lambat sket kesan..mmg sakit..tgh nak cakap..dok sedu..rasa mcm ada angin sekat kat dada..kalau budak kecik ye la nak besar..yg da besar ni..xtau nak besar tang mana lagi..eheh
Entri Terbaru chii » Hijrah dan 360 darjah
sedu yg tersekat2 tu memang sakit. eh, lama chii tak update blog. bz ke?
saya pun biasa guna cara tu juga kalau sedu, mcm budak2 kalau sedu rasa tak selesa langsung
Entri Terbaru nuriz » Gambar Pra Perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle
Kalau sorang2 dalam rumah takpe. Kalau sedu kat tempat awam atau tengah dengar ceramah…malu dibuatnya hehe
bagus petua ni, dan senang, boleh try bila ada sedu nanti.
Entri Terbaru Denaihati » Superstorm Sandy New York Unthinkable Damage
biasanya kalau saya sedu, sy akan bersujud. berkesan jgk..cubalah!
Entri Terbaru adele » Kucing Mahkluk Paling Comel
owh ye ke. lagi bagus. boleh try nanti
pasti tak selesa bila sedu ni
Entri Terbaru zool » Pencapaian Oktober dan Perancangan November 2012
anak pun gelak je bila abinya tersedu hehe
Ooh…macam2 cara rupanya eh nak hilangkan sedu ni. Saya selama ni minum air jer, hehe.
Entri Terbaru wmhafiz » Spesifikasi dan Harga | Samsung Galaxy Premier Diumumkan
haha itulah. banyak cara rupanya. tengok mana yang sesuai. tak semua orang boleh guna satu cara je
Ni saudara Amirez,nak tanya..
Macam mana nak buat “You Might Also Like” yang dkt belah kanan ni..
Menariklah..!
Entri Terbaru W.HabibuRahman » Jana Trafik Ke Web Anda
WP plugin ni. pergi kat Dashboard > Plugins > Add New lepas tu search “Facebook”. Install plugin yang paling atas sekali. Nanti ada instruction camana nak configure
saya lebih suka menggunakan cara menahan nafas seketika untuk menghilangkan sedu sebabnya ia lebih praktikal. Tak perlu bawa beg plastik ke mana-mana.
Entri Terbaru Mama Murai » Semakan keputusan peperiksaan pelajar oleh ibu bapa secara online melalui sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
itu kaedah biasa yang saya selalu buat dulu tu
ini sekadar alternatif kalau cara biasa tak menjadi
Yang saya biasa amalkan ialah tahan nafas panjang2 sambil berdiri atau duduk (badan menegak).
Kalau terjadi lain kali boleh dicuba ni.
Entri Terbaru shraqs » Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
hoho..tak best kalau kena sedu..lagi-lagi kalau depan ain maisarahh..
Entri Terbaru titan » Biskut Merry untuk dikongsi.
boleh jatuh maruah hehe
titan nk jdik tinggi lagik kot..hehe
Entri Terbaru Jebeng Otai™ » Wordless Wednesday : Intel 48 Cores
jatuh saham..ahahah
Entri Terbaru chii » Hijrah dan 360 darjah
Tak habis2 dengan Ain Maisarah dia tu..haha..
Entri Terbaru W.HabibuRahman » Jana Trafik Ke Web Anda
bro, lama x update blog hehe.. pasal tak berus gigi tu memang lawak la. silap2 boleh pengsan terhidu nafas sendiri haha
Entri Terbaru donnyien » Giveaway hatiputera.com
Kering idea hehe.
Haha, memang boleh pengsan. Kalau keluar surat khabar mesti lawak bunyinya
baru tau pula petua ni.. selalunya kalau saya sedu tahan nafas beberapa minit..
Entri Terbaru donnyien » Giveaway hatiputera.com
Dulu pernah buat tahan nafas bila sedu. Seksa jugak tapi berkesan
ooo..tahan nafas eh,tak penah buat pulak..
tapi memang betul Amirez,mmg benci kot kalau tersedu time solat.Nak-nak time makan,kena dok tengah ngap Burger abg BOB tu mau tercekik dibuatnya.Aduyai!
Entri Terbaru W.HabibuRahman » Jana Trafik Ke Web Anda
haha itulah. kalau sedu yang bunyi perlahan tu takpe lagi. kalau yg dah bunyi besar tu memang malu jadinya. nak tahan nafas boleh, tapi jangan sampai muka bertukar jadi biru pulak hehe
[...] Sedu Dengan CepatCara mudah dan berkesan untuk hilangkan sedu dengan cepat. Memang terbukti!!Cara mudah dan berkesan untuk hilangkan sedu dengan cepat. Memang terbukti!!Cara mudah dan berkesan untuk hilangkan sedu dengan cepat. Memang [...]
saya semakin tinggi hehe..erm tambah CO2 dengan minum banyak air karbonat.
Entri Terbaru ridoma » Kopi Senyuman Terkurang Gula
Betul juga ye. Tapi semalam masa main badminton sy minum air bikarbonat sebotol. Balik tu terus tersedu
kalau org2 tua dia suruh baca Al-Fatihah, tp dlm bacaan tu biar tak ada sedu sampai habis baca. Kalau sedu masa tgh baca, kena ulang lg sampai berjaya…
Entri Terbaru Shahrul » Muat Turun dan Cuba Windows 8 untuk 90 hari
first time dengar petua ni. boleh cuba kalau cara ni tak berkesan. thx bro
Boleh dicuba. Kalau tua-tua hendak ditampal cebisan kertas basah rasa pelik pula.
Entri Terbaru akubiomed » Wordless Wednesday – # Meniti Senja
nanti isteri cakap buang tabiat pulak
Tips yang simple tapi menarik.
Dulu masa kecik pernah dgr org cakap, kalau sedu2 tu maknanya nak meninggi. Haha
Entri Terbaru Affan Ruslan » Cadangan dan Kritikan Untuk Blog Eizil.com
haha. memang selalu orang tua2 cakap camtu. mungkin ada betulnya jugak kot